Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Saturday 16 March 2013

WEDDING REVIEW: PELAMIN, AKSESORI, BAJU SANDING & PHOTOBOOTH

Okay... skang nak review PELAMIN, AKSESORI, BAJU SANDING & PHOTOBOOTH.

WEDDING REVIEW PELAMIN: Aku still masih setia gunakan khidmat ILHAM SERI CINTA as a wedding planner aku. Masa tunang dulu dari mekap sampai la ke mini pelamin ILHAM SERI CINTA yang uruskan. Nama tokey nya PUAN HASNI OTHMAN. Orangnya putih melepak... comel sangat tak nampak pun dah pertengahan umur 30an. Serius!!! :) Hihihi... puji ikhlas ni.

Sebelum tu nak korang mengimbau kenangan mini pelamin majlis tunang aku dulu... Hihi. Meh! jom tgk jom!!!! Jeng... Jeng... Jeng... 
Comel kan? My own idea dan direalisasikan oleh Ilham Seri Cinta. Sweet & Simple


Skang cte pelamin majlis sanding pulak....
Pelamin nak bentuk kubah mcm style morocco, tp nak sweet kaler ikut theme wedding kaler soft pink ngn tiffany/light blue. Pastu nak bunga cherry blossom untuk Arch atau pintu gerbang masuk. Nampak mcm bercampur2 kan aku nyer tema pelamin... tp Alhamdulillah, aku tgk ok dan cantik je. Yang penting Less is More (Ikut bajet wang kemampuan anda) & Sweet and Simple. Itu motto majlis persandingan aku. Peace! hehehe... :) Terima kasih kepada ILHAM SERI CINTA. 

Korang leh tgk album kahwin aku kat link ni (kredit to Ilham Seri Cinta & Photoclique):


- Pelamin -




- Arch -





WEDDING REVIEW AKSESORI:  Aksesori semua dari koleksi ILHAM SERI CINTA kecuali tudung awning aku amik mak aku punya... hahaha! shawl aku beli kat online butik SHAWLFORYOU. Yang paling terharu tang veil... Puan Hasni sanggup... sudi nak cari veil yang aku nakkkkk sangat (specialised utk aku tau!!!). Full beading & with lace bahagian atas kepala. Memula nak buat sindri veil sanding full lace keliling... tapi masa tak cukup. Tu yang suruh Puan Hasni carikan veil yang sesuai ngn baju sanding aku tuh. Bukan cerewet ye... tapi nak realisasikan impian perkahwinan yg di idamkan bak kata Puan Hasni. :)




WEDDING REVIEW BAJU SANDING: Baju sanding nilah yang palinggggg aku sayannggggggg sekali. Sebab ape? Sebab baju sanding nilah mmg dr idea sindri. Pattern design semua idea aku sindri. Beading dgn lace with 3D flowers. Baju dari kain chiffon ngn satin. Tempah buat beading kat MYBEADS. Tokey dia nama Shamsiah Sofea. Baru je nikah awal bulan Mac 2013 ni. :) Kalo korang nak tempah, kena booked awal2 tau... sbb tempahan selalu fully booked. Cantikkan hasil keje tangan dr team MYBEADS? Sgt puas hati.






*macam askar la plak dok tabik2.. hihi!



WEDDING REVIEW PHOTOBOOTH: Photobooth aku ni plan last minute tau tak...? memula takmo buat photobooth. Pastu tgk ade bajet lebih sket... sket jee... hihi, so dgn senang hati aku hired CHANTEKMOLEQ buat simple photobooth ikut bajet yg dikehendaki. Yang penting ayat/props tuuuhhh... hihi. Suka aku tgk kwn2, sedara mara & tetamu yg dtg enjoyed sungguh kat photobooth aku yg comel simple tu. Thank you CHANTEKMOLEQ!!!





*Kredit gambar: Fea Mybeads & Chantekmoleq


*Next update: Handbouquet sanding, Doorgift sanding, Bunga Pahar sanding.

WEDDING REVIEW: HANTARAN NIKAH & HAND BOUQUET NIKAH

Assalammualaikum semua,

Hahahahaha... gelak besar dulu ye!!! Giler lama tak hapdet blog. Dah sebulan lebih tak hapdet. Bukan malas or hilang, tapi kebizian yang laaaa amatttt sangaaattttt bizi. Haaaa... nak tau pasal ape? Pasal menyiapkan tempahan kahwin org yang menimbun2. Alhamdulillah, lepas je bernikah dan habis majlis perkahwinan aku ngn incik suami... rezeki dtg tak putus2!!! sampaikan mak mintak tlg aku buatkan keje kahwin.  Ktorg bahagikan keje ikut bahagian masing2. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur pd Allah SWT. Aminnn... :)

Okay, back to story... Walaupun dah nak masuk 3 bulan nikah, aku still tak lupa lagi kenangan majlis kahwin aku tu tau. (Sape la yg bleh lupa oiiii majlis kahwin sindri. ye tak?) Setiap butir perkara still dok dlm kepala otak aku ni. Sampai ckp ngn incik suami, "Sayang... sy rase mcm nak kahwin nikah lg sekali laarrr...hihihi". Incik suami senyum je la. Tau bini dia ni mereng!!! Hihihi...


Mari kita Review SEKARANG!!!...

Review Hantaran Nikah: Alhamdulillah... Jadi pun hantaran yang di idamkan. Nak hantaran tema warna negeri Peghak gitu. Hehehe... Hitam dan kuning. Pastu nak ala2 merimbun penuh. Aku pakai bunga artificial flowers je. Save bajet beb!!! Walaupun mak aku tokey kedai bunga... sesuka hati nak amik bunga brp byk pun, tp aku rase biarlah berbaloi dr segi kewangan. Lagipun benda ni nak pakai sekali je... lepas tu tak guna dah kan. Betul tak? Tp hantaran aku ni bg anak buah aku guna pakai semula. Recycle gitu! Haaa... itulah bagusnya pakai artificials flowers ni - CHEAP, RECYCLE, REUSE dan TAK MUDAH ROSAK. Kan? Kan? Kan? Korang leh tgk hantaran nikah aku kan blog bisnes EMAMIN ENTERPRISE: http://emamin.blogspot.com



Review Hand Bouquet Nikah: Dengan bangga nak hebohkan... hihihi. Hand bouquet nikah aku buat ni sindri tauuuuu... ala, simple je. Ikut tema yg aku nak la. Memula nak cari la bunga artificials yg kecik2 kaler hitam, tp tak jumpa. Susah plak bila kita nak, tapi xde... in the end, aku buh je la manik2 kecik warna hitam. Habis cite!!!... Hihihi... cantik tak? cantik tak? :) Memang dr awal plan nak guna bunga tulip warna kuning. Tak nak bunga ros sebab dah biasa sgt tgk org pakai bunga ros.

Tengok la ye... Gambar sebelum dan selepas. Ok tak?

DIY: hand bouquet tulip & hydrangea

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...