Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Thursday 30 May 2013

TEMUDUGA SPA: JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27


Assalammualaikum semua...

Haaaa... korang nampak tak pic IG aku dok letak atas ni? Nampak dak? Terkejut woiii bila dapat tawaran ni lebih kurang 2 minggu lepas. Akak aku call, lebih kurang gini la perbualan ktorg: (Aku kdg2 suka pggl akak aku "Datin" sbb dia bergaya mmg mcm2 mak datin. Dari atas pakai tudung...sampai ler kasut, baju & handbag. Hihihi...)

"Datin" Aza: Eh.. aku tgk emel ko ade emel dr SPA.
Aku: Ko bukak emel aku? Ohh.. kat ipad ko eh. Jawatan ape? ape??? (suara terkejut teruja)
"Datin" Aza: Penolong Pegawai Tadbir. Ko pegi la. Jgn tak pegi.
Aku: Okay2.. balik kang aku cek mel. Esok mesti surat SPA sampai umah. Nnt bg kat aku tau. tq.

Balik umah, cek emel. Belek baca2 lama la jugak. Aku siap kabo kat abahmak aku...Hahaha! Kecoh la beb... igt senang nak kena pggl temuduga dari SPA??? Abahmak dah teruja dah. Hari2 mak aku dok berdoa katanya. Siap smyg hajat utk aku. Tu la dia mak kan... kita dah kawin pun still nak amik tau dan ambil berat hal kita.

Di waktu hari kejadian... Semalam laaaa. Hihihi... 29/05/2013. Jam 7.00pg dah sampai dpn pintu gate SPA, Jln Cenderasari (area dkt Lake Garden, blakang Taman Burung.) Incik somi yg anto. Demi aku dia mntk cuti. Alaaa... dia keje shift. Masuk ptg smlm, tp dia nak cuti gak sbb ktorg mmg dah plan lps abis gi temuduga aku ni ktorg nak jalan2 gi dating. Aku ni mane pandai drive kete... mmg xmau blaja. Haha... ktorg gi bekfes dulu dpn Klinik KK Tanglin. kat dpn tu ade foodcourt tmpt org kerajaan dok lepak makan.

Okay... proses temuduga kat SPA ni mula2 kena buat:
  • Pendaftaran amik no. giliran (sape dtg awal, dpt la no. giliran awal)
  • Pekerja pendaftar cek n semak segala salinan yg kena ada. Cukup ke tidak.
  • Tunggu kena panggil no. giliran di bilik yg ditetapkan.
Sbb aku dtg awal, giliran aku No. 2 di bilik kedua (Bilik B). Masa temuduga smlm ramai je yg dtg. Ikut klasifikasi masing2. Ade byk bilik di buka... A,B,C... bla2 dan seterusnya. Tgk ramai dari pekerja kerajaan yg dtg (Pelantikan naik jawatan). Ehehhh... terjumpa plak sepupu aku. Dia keje kat bhgn Kementerian Pertahanan. Cian dia, dah byk kali apply tp xdpt... rajin gak dia usaha tak jemu2 n tak putus asa.

Sesampai je no. 2012 bilik B berbunyi (tingggg...!!!) aku dah berdebar2... Hahaha!!! tp sempat senyum2 kat  calon lelain. Cool beb! Cool... Dpn pintu, aku ketuk perlahan, nampak 2 org pegawai SPA. Seorg lelaki n seorang perempuan. Pertengahan umur lingkungan 50-an. Aku senyum manis lembut, bagi salam & ucap selamat pagi. (Sepanjang temuduga aku senyummmmmmm je... nak kasi aura ceria manis la konon!) Sib baik 2 org pegawai ni okay sangat2... lembut, senyum, xde bagi soklan berbentuk provokasi, Kalo aku ade kurang phm atau xdpt nak jwp jwpn secara penuh diorg kasi hint sket...  Sgt helpful! Alhamdulillah... rase takde la cuak or nervous sgt. Spjg masa temuduga aku rasa santai je la... kurang rase tekanan. Alhamdulillah!!!

Korang nak tau, ape pegawai SPA ni tanya kat aku? Meh sini aku share serba sedikit. Mane la tau... kot2 korang nnt dpt  tawaran sama cam aku nnt. Okay, ni soklan yg aku kena:

  • Apa tugas-tugas yang perlu dibuat bagi jawatan yg dimohon iaitu Penolong Pegawai Tadbir N27?
  • Bagi contoh salah satu Dasar Malaysia. Huraikan.
  • Apa dia Gagasan 1Malaysia?
  • Apa 5 kaum di Malaysia?
  • Integriti sikap yang perlu ada dlm bekerja. Apa dia sikap-sikap tersebut?
  • Perbezaan antara Kementerian dan Jabatan. Bagi contoh sekali. (Ni aku failed! xdpt jwp dgn betul.)
  • Pengetahuan am serba sedikit yg berlaku di Malaysia. Mcm smlm aku kena tny bab bot/feri karam kat Sarawak. (Sib baik aku baca sket2.)
  • Lelain byk tanya apa yg kita buat skang ni. Maksudnya kerja yang kita sedang buat skang ni.
Haaaa... itu la dia soklan yg aku dpt share ngn korang. Mintak2 sgt membantu la ye. InsyaAllah... Lagi bagus kal dpt panel temuduga, pegawai SPA yg baik mcm aku dpt smlm. Syukur sangat. :) Semoga aku dapat la ye... Xdpt xper la. Mungkin xder rezeki dlm Jabatan Kerajaan. Janji aku dah cuba sebaik mungkin. Redhaaaaa keputusan yg akan dtg 2 BULAN lagi. 29/07/2013 nak cek emel!!! tak sabarrrrr.... :)



Sunday 19 May 2013

HONEYMOON @ PENANG ISLAND

Kalo korang nak tau la... aku ngn incik somi baru berkesempatan pi honeymoon awal bulan haritu. ktorg pegi PULAU PINANG. PULAU ROKET... Hihihi.. ktorg pegi 6hb Mei - 8hb Mei 2013. Stayed kat Hotel Sunway, Georgetown Penang. Abah kasi hadiah tdo kat hotel tu. Alhamdulillah... save duit hotel. Hihihi... semoga rezeki abah saya semakin bertambah. Aminnnn!!!

Dulukan aku plan nak pi tmpt lain. Nak gi Sabah ke Sarawak. Lupa dah. Aku ade update kat blog dulu. Abah mmg nak blanje tmpt hotel kitorg nak menginap. Hadiah kawin honeymoon la kan... :) okay, berbalik pd cte PULAU PINANG... Haishh, xtau nak kate ape... seronok la sgt honeymoon. :P 

Semua tmpt tourist ktorg pegi. Expecially Batu Feringgi. 3x naik atas... incik somi mmg suka je drive kete. Tarak hal la dia kate. :) Pegi makan tmpt2 popular... ktorg xde la shopping sgt. Incik somi pun shopping beli selai baju HRC. Mahal la bagi aku. Tshirt biasa lengan pendek RM110. Aku jarang beli brg mahal2. Incik somi pun mcm tu gak. Dpt selai pun jadila kannn... Aku xbeli pun. Sbb xde baju yg sesuai utk para muslimah mcm aku ni. Ade je lengan pjg, tp kualiti kain tak best sbb jarang. Mane lagi ktorg jejalan? Hrmmm... Haaaa... gi Bukit Bendera. Kalo korang nak tau, incik somi aku ni tak penah jalan2 pusing habis kat penang. Ciannn dia. Hihihi... dulu dia kate, ade la pegi sekali. Tu pun jalan2 kat town je. Aku? takyah ckp la... dah byk kali tak terkira g Penang. Yer la... ade sedara mara kat area Perak ngn Penang... Harus la dtg Penang. :)

Okaylahh.. jom tatap pics honeymoon kami. Yg kelakarnya, pics tak byk berdua sbbnya "SAYA AMIK PIC AWAK, AWAK AMIK PIC SAYA". Hahahaahaa... 

BUKIT BENDERA





HRC, BATU FERINGGI








HAMMER BAY, QUEENSBAY SEASIDE






NASI KANDAR LINE CLEAR




JERUK MADU PAK ALI, PASAR CHOW RASTA



KUIL CHAIYA, JALAN BURMA




FERI, PULAU PINANG



WEDDING REVIEW SANDING: OFFICIAL PHOTOS DARI LOOKitLOVE PHOTOGRAPHY

Tadi tatap pics time nikah. Skang tatap la pics saya dgn incik somi masa majlis sanding kami... banyak ooooohhh pics. Semua lawa2 suwet muwet. Xtau mane satu nak share... Letak semua kang, korang termuntah plak nak menengoknya kang... Ngeeeeh!!! :P

MAJLIS SANDING
*Kredit Foto: Rashidah Ahmad dari LookitLove Photography











WEDDING REVIEW NIKAH: OFFICIAL PHOTOS DARI LOOKitLOVE PHOTOGRAPHY

Assalammualaikum semua,

Alhamdulillah.... aku masih bernafas lagi. Terima kasih kpd Allah SWT. Skang agak kemalasan nak update blog. Reason: Suami dah ade slalu kat sebelah. Hahahaha! Kalo dulu lappy la peneman bosan. Sekarang tidak lagiiiii... #poyokuasadua Dushhh!!!

Skang nak cite pasal OP aku. Sebenarnya dah lama dah siap. Dah lama dah aku amik kat Kak Shidah OP aku dari LOOKitLOVE PHOTOGRAPHY. Sampai sesat2 gi umah dia wlpun guna GPS Waze... Gado2 ngn incik somi. Hehehe!

Hrmm.. La ni baru nak stori... Xyah la stori panjang2 eh.. Korang pun bukan baca sgt punnnn... nak tatap gambo aku je kan?kan?kan? Hehehe... Okayyyy... mari kita share pics kawin aku yg suwet muwet... :)

***Aku pilih yg terbaik dan tercantik (yang cantik tu kat tang muka aku la... hahaha!!!)

Majlis Nikah
*Kredit foto: Rashidah Ahmad LookitLove Photography










Haaaa... amacam? comel kan kami... Hehehe. Fyi, pics kahwin aku mmg nak less edit (slalu kan byk org edit pakai photoshop). Aku lebih SUKA gambar suasana sebenar. Kalo edit pun setting tang brightness ngn set contra colors... Hehe.. aku tau la... sbb aku dulu penah blaja grafik.. xyah la menipu sgt lawa gebang gebung kalo pakai photoshop... dah ilang kualiti kecantikan and originality gambo... tu pndpt personal aku la... sukahati korang la kan kalo suka edit vavavoom nak kasi cun... lain org, lain taste. Peace!

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...