Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Thursday 25 July 2013

RESEPI: GULAI LEMAK STAIL ORANG BANJAR

Assalammualaikum semua,

Aku nak share resepi lain pulak. Masak gulai lemak stail orang banjar. Owh yeee... Aku ade darah keturunan org banjar. Tapi tak reti ckp banjar apentah lagi nak memahami bahasa itu. Yang aku tau satu je perkataan ni: GURING. GURING IS TIDUR in bahasa malaysia. Hehehe...

Ok, malas nak ngomel panjang... Nah ini aku kasi resepi. Cuba korang try test. Kalo sedap habaq mai. Kalo tak sedap dok dediam je haaa... Hihihi!



Bahan-bahan:
  1. Ikan (masa la ni masak ikan baung liar. Giler sedapppp!)
  2. Cili kering  (ikut suka hati nak pedas sikit or pedas byk)
  3. Serai 3 btg
  4. Lengkuas 1 inci
  5. Bwg merah  4 ulas
  6. Bunga kantan 1 btg/belimbing buluh 12 biji/timun 1 biji
  7. Santan 1 kotak
  8. Asam keping 2 keping (kalo besar letak sekeping je)
  9. Air
  10. Garam secukup rasa

 Cara-cara masak:
  1. Cili kering potong2 kecil dulu. rendam dlm air panas kasi kembang. Cuci bersih2 buang biji.
  2. Lepas tu masukkan sekali cili kering,serai, lengkuas & bawang merah dlm blender.
  3. Blend sampai hancur halus.
  4. Lps dah blend, satukan semua bahan tadi dgn santan dan air dlm 3 cawan ke dlm periuk. Tunggu mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Dah mendidih masukkan ikan, asam keping dan sayur  utk sesedap rasa.
  6. Sayur tambahan (pilihan): bunga kantan (belah 4) atau belimbing buluh atau timun. Ikut suka hati nak masak yg mana korang suka makan.
  7. Tunggu la segala dlm kuah tu masak. Sekejap je... Siappp!!!

Selamat mencuba kawan-kawan!!!

RESEPI: KUIH CARA BERLAUK STAIL CIKINOT

Assalammualaikum semua...,

Alhamdulillah, kita dah masuk 16Ramadhan. Syukur Alhamdulillah... kita kat Malaysia ni untung sangat. Makanan ade macam2 kat param tu. Haih! Jangan membazir tau. Membazir kawan shaitoooonnnnn!!! Selama berpuasa ni, aku jarang beli makanan kat param. Mostly masak sendiri, makan masakan emak dan makan lagi masakan emak... dan lagi. dan lagi... Hahaha! (Mak aku time posa je rajin bebenor masak. Time cenggitu la amik kesempatan lebih byk sedikit... Hihihi)

La ni aku nak share resepi kuih cara berlauk stail cikinot <--- akulah tuh! Hehehe... Dpt resepi ni dr kwn uitm. Owhhhhhhh!!! sangat simple dan senang sgt buatnya. Aku ubah sket2 cara buat dan bahan ikut kesesuaian tekak. 1st attempt aku buat terus menjadik tauuuuu!!! #bangga #kembangkempislobanghidung. 

Ni la rupa kuih cara berlauk stail cikinot. Jeng... Jeng... Jeng...

*Kuih cara berlauk kaler pink. Ko hado? Haha....

Actually, aku buh pewarna ape yg ade dlm esbok tu. Malas nak beli yg baru. Skali tgk ade kaler merah je. Haish... lupa kaler hijau pandan haritu dah habis guna buat apam. Btw, comel tak kaler pink tu? Hehehe... Dah mcm kaler buah pink guava dah kan... Lantak ler. Janji sodap dan lauk daging tu mesti byk melimpah2 xmcm jual kat param yg kodokut yaaa amat!!! cili takdo... daun bwg pun kdg2 lotak sodikit ajo. Haih!!! Ok lah... jom tgk resepi nya. Untuk makluman, sukatan dibwh ini boleh dpt dlm 28/30 biji.

Bahan-bahan A (untuk inti)
  1. 1/2 peket daging cincang (lebih kurang 200gram)
  2. 2 sudu makan serbuk kari daging (campur ngn air tp jgn bg cair sangat ye)
  3. 2 @ 3 ulas bawang merah dipotong cincang (dadu kecil)
  4. 2 batang cili merah dipotong cincang (dadu kecil)
  5. 1/2 ikat daun sup dipotong cincang (mcm nak buat bergedil)
  6. minyak secukupnya
  7. air secukupnya
  8. garam secukup rasa
Cara-cara masak inti:
  1. Letak minyak dlm kuali secukupnya. Tunggu minyak panas.
  2. Masukkan daging, goreng hingga setengah masak.
  3. Lepas tu masukkan kari daging. Gaul hingga nmpk dah garing pekat sedikit.
  4. Tambahkan air sedikit utk bg daging empuk dan tak melekat.
  5. Dah agak2 pekat dan masak, masukkan bwg dan cili merah td. Letak garam secukup rase.
  6. Kecilkan api, masukkan daun sup. Gaul hingga rata.
  7. Tutup api dan ketepikan. (tak berapa suka daun sup masak lama dan jadi lembik sgt)


Bahan-bahan B (untuk bancuhan tepung)
  1. 2 senduk nasi tepung gandum
  2. 2 biji telur ayam gred C
  3. 1 sudu kecil garam
  4. Air secukupnya
  5. Pewarna
Cara-cara bancuhan:
  1. Masukkan tepung, telur, garam dan air sekali. Gaul. Agak2 pekat, tambah air lagi.
  2. Bila dah konfiden bancuhan tu rata secukupnya, masukkan dlm blender.
  3. Blender sampai halus supaya tepung tak nmpk berketul2 langsung.
  4. Tambah sedikit pewarna semasa blend. (suka hati nak bubuh warna ape)
  5. Kalau agak2 pekat, tambah lg sedikit air.

CARA-CARA MASAK CARA BERLAUK BERMULA!!!
*Aku beli acuan tembaga tu kat PD area umah mertua. Harga RM7.90 aje. Acuan ada 7 bentuk telur. Beli yg saiz kecik aje.

Cara2nya adalah:
  1. Panaskan bekas acuan tembaga dgn api yg kecil.
  2. Dah panas sedikit, sapukan sedikit minyak masak pada acuan.
  3. Lepas tu tuang bancuhan tepung dlm acuan. Kemudian masukkan terus inti daging.
  4. Tutup sekejap dgn penutup periuk. Kejap je dlm 2 or 3 minit.
  5. Lepas tu cungkil perlahan-lahan dgn sudu.
Siapppp!!!... :)

Selamat mencuba kawan-kawan... :)

Tuesday 9 July 2013

SALAM RAMADHAN 1434H

Assalammualaikum semua...

Salam Ramadhan kpd umat islam seluruh dunia... Mmg tak sabar nak tggu bulan puasa. Mase kecik² dulu tak sabar nak raya... Bila dah tua bangka ni baru tau terasa seronokkkknyerrrr lagi sambut bulan puasa. Hihihi...

Bertambah seronok ramadhan tahun ni sbbnya first time sambut puasa sbg seorang isteri. Ehem... ehem... tak sabor la sgt nak bangun sahur masak utk incik somi... (mintak² tak terbabas bangun ye...) Berharap sgt tahun ni dpt semayang terawih ngn suami... nak khatam Al-Quran, nak berbuka dgn keluarga baru (sbelah incik somi lahhh! Hihihi)

Ok, jangan lupa niat puasa. Niat puasa sebulan terus tauuuu...!!! elok baca niat sebulan supaya tak terbabas terlajak tido. Ni niatnya (image from google):



Kisah drama Ramadhan la pulak...

Of cos la kan kalo bulan puasa... mesti ade drama kannn... kat tv3 ade drama khas utk bulan Ramadhan. Tajuknya "HUJAN". Ni link montage opening drama tersebut. Lagu TAKUT dari Amalia Alias. Huishhh sedihhhh...



Published on 22 Jun 2013
Js Pictures Sdn Bhd Brought You Drama Series 20 Episode "Hujan (Rain)"
Start On 08 July 2013 ( Ramadhan ) Slot Azalea Tv3...


Btw, lagu TAKUT ni dah lama dah cik Amalia Alias ni buat/nyanyi/rekod. Baru je ni hah.. Pn. Sheila Rusly perasan amik lagu dia buat OST. Owhhh tahniah Amalia!!!... retisssss ko dikkk!!! :P Korang tgk tau cte ni... tgk opening pun dah sedih... opkos cite ni sedih glerrrr... #nangeslaju²

Perhal aku beriya bebenor promote cte and lagu ni?Haaaaa.... ade sebablahhhh... hahaha!!! sokong la org seni seperti mereka ini. Sgt kreatif... asalnya buat utk suka² n hobi... last² leh jadik popular lak kan... Owhhh tetiba terigt YUNA... Yuna still the best. *Tetiba lagu lelaki tak guna terngiang² di dalam kepala. LoL!!!

*Motip terselit dan tersirat sbb promote beriya sakan: AMALIA ALIAS ni besfren adik aku... Hahaha!!! Kbai...


*cover album buat sindri. kretip budak niii.. .:P


ORIGINAL SONG: AMALIA ALIAS


Lirik

Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini

Wednesday 3 July 2013

BAHAGIANYA RASA BILA SUDAH BERSUAMI... KETIKA SHOPPING!!!

Assalammualaikum semua...,

Selamat pagi dan salam ceria. LOL! macam pembaca berita la pulak. Awal bulan mesti la ceria bahagia... Almaklumlaaaahhhh dlm bank duit dah "diisikan". Hehehe...

Semalam incik somi offday. Kan dia dah start keje shift, so life rutin dia dah tak sama ngn aku. Aku keje dia tido. Aku tido dia keje. Aku keje dia cuti. Ktorg skang ni kalo pi dating time hari weekday je. Weken mmg susah laaaa... sbb incik somi mmg xde off day time weken sabtu or ahad. Dah la rooster jadual dia byk keje ptg sampai ke malam... Sian kakpah ni tau. Kdg² malam tido kesorangan... Sobs! Sobs! :P

Back to stori, smlm incik somi jemput kita pulang dr kerja. Dah plan dah pun nak pi dating. Aku ajak incik somi pegi 1 Utama Shopping Complex. Bosan la kan asik gi Paradigm mall yg setapak sedepa sebelah apartment ktorg tu je. Hihihi...

Incik somi nak shopping cari sluar keje n sluar jejalan... Haaaaa!!! dan tmpt feveret kami ialahhhhhh di BRANDS OUTLET. Jyeahhh... ktorg mmg suka. Dah la murah. Kat sana cara jualannya - BUY 1 FREE 1 dgn SATU HARGA.

Sambil incik somi pilih² sluar... aku pun cuci² mata. Niat mmg nak cuci² je... TETAPIIII... gelodak di dada, nafsu membuak² melihat benda² di situ... arghhhh!!! itulah perempuan. Nafsu 99 otak 1. Kih!kih!kih!... Nampak baju blouse lawa gler... rase nak beli baju. Pastu test try kasut plak... aku rase nak beli kasut plak... last² konfem nak beli kasut, sbb xde kasut. Opss! silap. Bukan xde kasut... tp kasut semua tapak dah haus (alasaaannnnn..!!!)

*Comel kan? kan?... :)

Bermula la entry lakonan gediks manja, "Sayang... saya nak kasut ni? Boleh? sayang blanje ehhh?" sambil senyum² manja menggoda sang suami... Hihihi. Incik somi pandang muka aku, "Shopping lagi?... ok, la amik la" Yeaaaaaa!!! senyum lebar dan girang... kerana berjaya MENGEPAW! Terima kasih incik somi. :D 

BAHAGIA KAN RASA BILA SUDAH BERSUAMI... KETIKA SHOPPING?


*Muka seronok lps dpt paw incik somi. 
Terus feeling nak amik gambo. Poyosss!!!

Korang leh tgk entry aku yg lps psl dress ni.
Terpengaruh dgn kecantikan Shea Rasol bila pakai dress Qeela 3.

Monday 1 July 2013

HATTArtw FASHION SHOW RAYA 2013

Assalammualaikum semua...

Ahhhhhh~~ Speechless!!! Xtau nak start dari mana nak cte ni. Sesungguhnya saya sangat HAPPY!!! Happy dapt jumpa favourite fashion designer saya - HATTA DOLMAT. Kenai dak? Tak kenai...? Hish! Hish! Hish! Takpa... Takpa... meh cni saya stori naaa... :)

Kita shared photos sambil stori okay? Ist pic - Ini lah Hatta Dolmat!!!

*Nampak tak aku tgh kontrol ayu. Haih... Hatta Dolmat ni friendly la sgt. Suka!

Kan posted yg lepas aku ade stori pasal aku terpilih oleh Hatta utk pergi event fashion show HATTArtw Raya 2013. Memang tak sangka menang la... Event ni hari Sabtu lps, 29th June 2013 kat Sheraton Imperial Hotel, KL. Sib baik Incik Somi izinkan aku attend event ni tau! Hihihi... dia tau bini dia ni "syiok" sgt ngn Hatta dah lama dah... Puii!!!

*e-invitation yg aku dpt dr emel

Majlis start lmbt. Kol 9mlm baru nak masuk dewan. Sementara group winner nak pggl masuk dewan, Aku ngn pemenang yg lain sempat la bergambar kejap ngn Hatta. Itu pun nasib tau... Hatta tgh borak² ngn kawan² dia... pastu dia pi amik air minum, dkt ngn ktorg... ape lagi ktorg pun tegur la. Nak amik gambo ngn dia sesama. Sporting dia tau... humble dan tak sombong pun. Alhamdulillah... semoga Hatta kekal dgn sikap mcm tu wlpun dah jd celebriti terkenal... :)

Ni nak shared gambo mase dah start. Sori la pic kureng memuaskan.




Apa yang aku leh bgtau kat sini... baju² koleksi HATTArtw 2013 mmg cun habis! bukan aku puji ni sbb aku mmg minat kat Hatta tau... betullll koleksi dia mmg cun. Nanti korang tgk la sindri ye... Harga berpatutan bermula dari RM2xx hingga RM300. Semua harga baju di bawah RM300. Korang memang mampu beli walaupun sepasang! Hehehe... <-- aku la tu kot.

Ok lah penat nak cte panjang² la... Hihihi.(malas sebenarnya nak taip lagi) nak tau lebih byk info, korang klik la ye link kat bawah yg aku bagi ni:-

Nak tau pasal HATTArtw 2013 lebih detail?
Klik sini: HATTArtw Tumblr

Nak beli?
Klik info PURCHASE di sini: PURCHASE HATTArtw

Nak tgk pics event HATTArtw haritu?
Klik sini: #HATTArtw instagram


Ini antara koleksi yg aku suka/minat.
 Average harga dari RM275-RM295
*Gambo amik dr booklet HATTArtw. 

RM275 - Lady Galaxy Pop

RM295 - Lady Lace Modern

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...