Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Sunday 25 August 2013

MUSLIMAH JUGA BOLEH BERGAYA... MACAM SAYA!


Siapakah wanita comel lagi kiut di atas ini... siapa lagiiii... kalo bukan saya! Muahaha... SAPA KATA MUSLIMAH TAK BOLEH BERGAYA? JANJI MASIH IKUT PADA TETAPAN AJARAN ISLAM - LABUH DAN LONGGAR.

Anyway... nak bergaya pun tak perlu beli barang mahal2... branded2... tapi saya galakkan beli barang yang mahal sedikit untuk KASUT DAN BEG TANGAN. Kenapa kasut? Sebab kasut dibahagian kaki. Bahagian bawah, elok la beli yg berkualiti supaya tak rosak kaki kita ni. Betul tak? Beg tangan kena beli yang mahal sbb saya tau pompuan suka isi mcm2 dlm handbag... moisturizer la... lip balm la, pencuci muka la... panty liner la...pad la... mekap la... tisu la... bla.bla..la. Maka jangan lah beli handbag murah RM20-25 tu. Serius tak tahan lama. Pakai 2 bulan... tali dah tercabut... kain dalam beg terkoyak. Zip hancur... bla.bla.bla...

Macam pakaian pulak... selaluya mmg susah nak cari utk muslimah mcm saya ni. Carilah kat gedung2 terkemuka. Ada pun harga mahaalllll sgt la. Kdg2 tak masuk dek akal. Orang kayo takpo... duit dia tak tau nak buang ke mana... nak beli berpuluh ribu pun takpa. Kita ni? berkira2 kan?... tol dak? Alhamdulillah la... baru zaman 2010-2013 skang ni byk jual fesyen muslimah murah2. Kedai2 jual tudung, baju, jubah muslimah... mostly thru online. Owhhhh!!!... yang paling aku suka skang ni shopping kat SEKSYEN 7 SHAH ALAM... SHOORRRRGAAAA PAKAIAN MUSLIMAH. Asalnya mereka peniaga online, finally bukak butik. Yang bestnya mereka semua "BERSEKUTU" open outlet/butik dekat2... mmg baguslah cara marketing camtu. Kita yg muslimah ni pun senang... berjalan beli barang survey hanya 1 tempat... BRILLIANT IDEAS...!!! SYABAS KEPADA PENIAGA ONLINE WANITA MUDA (Radiusite, Sugarscarf, Ashanimdresslab, Qalaqisya dan lelain...) Dalam hati aku ni pun nak jugak berjaya jadi businesswoman mcm diaorg ni... In Sha Allah... Mudah-mudahan. Aminnn...

Saturday 24 August 2013

KEK CHOCOLATE MOIST

Assalammualaikum semua...

Arini nak story pasal kek choc. Alhamdulillah... kek choc moist aku ni dikatakan sgt sedap dikalangan sedara mara. So diaorg pun order la kat aku... piki2 boleh buat bisnes nih! Hehe... Tiap kali bulan puasa or raya, mesti sedara mara aku order... Kalo tak size kecik, order yang size beso. Kalo nak makan free, diaorg dtg umah time raya... Time raya je free. Raya setahun sekali kannn...? bila dah dapat, mereka balun habis. Pastu mintak tapau bawak balik... Kihkihkih!

So... aku nak luaskan empayar aku yang tak seberapa nilah kan... Allah pun mmg galakkan kita mencari rezeki dgn BERNIAGA. Pasal untung rugi... itu semua keje Allah. Kita sebagai manusia, jangan sesekali give up! Allah benci pada manusia yg mudah berputus asa. Sekali down, down terus... owh tidak! itu bukan saya. Just kena Think positif dan berkawan dgn org2 yang berfikiran positif, hati suci murni tak dengki dan sentiasa supportif... Tol dak?

Makaaaaa.... saya nak menjual kek saya ni lah. Nak order?
Boleh sms saya di talian 012 -2629090
(Self pick-up: SS5 dan SS6 Kelana Jaya berdekatan Giant Mall)
(For delivery: Pls SMS for details info)

Saiz: Mini cup (Min. order 100pcs) (Max. order 200pcs)
Saiz: Medium
Saiz: Large

Saya kira harga bukan ikut kg, tapi ikut saiz bekas.
Boleh refer gambar kat bawah ni. 
Sebarang pertanyaan boleh sms saya terus ye... Tq!

Minta jasa baik anda semua, JANGAN SAVE/COPY GAMBAR DIBAWAH INI. Jika saya terjumpa dimana-mana tindakan akan diambil. Terima kasih. 



Tuesday 20 August 2013

CUTE DOODLE EKIN CIKIN CIKINOT

Assalammualaikum semuaaa...


 
Doodle comey saya!!!

Haaaaa.... korang nampak tak wajah blog aku sudah bertukar ghupa yang maha kiut lagi comel? Secomel tuannya ini.. Hahaha!

Btw, aku bukan buat sindri doodle illustration ni. Tapi aku order kat Cik_Dil atau Cik Adilah. Muda laie... comey gitu. Terpesona dgn hasil kerja art dia. Dah la comey, kreatif, kemas dan paling penting AWESOMEEEEEE!!! 


Aku dgn rakusnya terus order dari dia wlpun tau tempahan dia berderet2... tak kisah je. Bukan nak urgent pun. Lagipun suh dia pun satu doodle illustration je. Dia bukan wat tu je tau... dia pun amik order utk template blog. Sape2 blogger yang aktif, leh la tempah kat Cik_Dil ni. Tetapi... anda perlu BERSABAR ya. Kena tnggu turn. Lama tak lama la jugak... yang penting kena sabar. Kalo xleh tahan sabar jangan gatal nak order, pastu lambat nak marah2 org... Jangan begitu ye! Heeee...

Okay ni blog Cik_Dil... korang leh tgk, cuci2 mata hasil keje dia yg awesome & maveles nih!!!


PERTAMA KALI BERHARI RAYA MEMEGANG STATUS I.S.T.E.R.I

Assalammualaikum semuaaa...,

Straight to the point - GILER SERONOK RAYA TAHUN NIH!!!Hahaha... gelak besau jap. Sebabnya? Sebabnya pertama kali dalam hidup berhari raya bersama suami, bersama mertua, adik-beradik, ipar duai, saudara mara sebelah suami. Baru aku tau betapa RAAAMAAAAIIIINYA sedara dia. Mcm aku jugak la... anak sedara, cucu sedara bersepah2... sampai tak kenal. susur galur salasilah keluarga besar sangat!

Biasalah kan... bila 1st time rasa kekok sket. Tapi oklah.. akak2 ipar biras semua ok. sporting sekepala. Tak tinggalkan aku sorang2... dok temankan ajak aku borak sekali ngn sepupu semua. Tak kenal pun borak je laaa... kang kate sombong plak. Diaorg tny kita jwp. Diaorg senyum kita senyummmm... sib baik lah aku ni jenis berckp kan... boleh la borak2. Hihihi... Pengalaman pertama semua tuhhh. Rasa takut pun ade jugak... Yela, org pandang kita semacam, pastu tny, "sape tu? nama sape? isteri sape? xpernah nmpk pun?"... Hahaha! selamba aku perkenalkan diri dgn muka tersipu2 malu... tp femes la kejap kan... semua nak tau bini Mamat ni camne rupanya. "MAMAT" panggilan utk suami aku oleh sedara-mara dia. Hihihi...

*Sebahagian adik bradik, anak saudara, cucu saudara sebelah suami.
Yg tgh2 kecik molek tu mak mertua saya. Comelkan?


Owh ye... Suami aku org PD. Sedara mara, mak sedara adik bradik dia sebahagiannya ada dlm daerah NEGERI SEMBILAN. Perggghhh!... Nogori beb!... oghang kato mcm2 ler psl org nogori ni. Tapi aku tgk okayyy je... mungkin skang dah maju. Bukan cam dolu-dolu... kan?kan?kan? Hari pertama beraya seronok sakan gler aku... kuar umah mertua dari jam 9.30pagi, balik jam 11 malam! giler tak giler beraya pusing satu daerah Nogori... poie ghombau, poie Sendayan, poie haih...!!! byk tempat la. Dalam sehari 6 buah rumah aku gi beraya. Giler sendat perot aku! Hahaha!!... sampai umah yg ke - 3 perot aku dah tak selesa. Kembong dah... byk mkn sgt. LoL!!


*Inilah je la yg sompek bergambo... lelain gambo ado jo.
Tp dlm henpon. tak brp nak cun. Hrmmm...

Tapi mmg hepi la... mmg aku xleh lupalahhhh... seronok sangat! Tak sabar rase nak raya lagi. Nak tggu raya tahun depan camne pulak ye... Hihihi. Tapi yang tak syiok nyer raya tahun ni... aku tertinggal kamera. Pastu tak menyompek nak bergambo... bizi giler raya. amik gambo pun terkejar2... haha. amik gambo laki bini 1st raya pun dalam kete... Apakah?! mmg aku nak pi ajak laki aku amik gambo kat white studio la pasni... takpo la... lambat pun lambatlahhhhh.... :D

FALSE ALARM... FALSE ALARM... FALSE ALARM!!!

Assalammualaikum semua...

Lamaaanyaaaa... tak hapdet belog. Mood raya masih bergema-gema-gema!!!

Ekceli aku nak cte psl akhir bulan nak2 dekat raya haritu. Hish... spoiled mood jap. Kononnya akhir bulan Julai haritu mengandung la... rupanya... Cish! Tidak... false alarm! false alarm! false alarm! Takde lah keciwa sangat... rase terkilan jap je. Lepas tu okay balik... leh gelak2 buat lawak ngn incik asben. Kita yg teringin nak peknen ni jgn stress sgt... kalo stress laaaaggiii la susah nak dpt baby tau <--- semua org kata camgitu.

Sepatutnya dtg "Miss P" 27hb Julai. Tapi aku tgk, aku okay je... xde tanda2 nak peot. Slalu kalo nak peot perot aku mesti krem sakit sgt kat ari2 bwh perot tu... pastu senggugut seharian 1 hari. terbongkang baring je atas katil layan feeling.

Dalam hati dah berdetik, Ting!!! "eheh... xdtg period? ade apa2kah?" aku dah tersengih sensorang. Terus bgtau incik asben peot xdtg lg... incik asben suh relaks dulu. Dia buat muka cool. Padehal aku tau tu... dia la manusia paling eksaited dlm dunia ni kalo betul2 aku peknen.

Dalam masa tak dtg period tu... mcm2 ler jadi kat aku. Siap gugel, "TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN". Boleh?... hihi. Bila baca, ade separuh tu ade kat aku. Try buat UPT hari ke-4. Eheh... negatif pulak. Pastu akak ngn kwn2 aku nasihat, kdg2 pompuan hamil mmg tak sama smuanya. diaorg suh tggu sampai 10-14 hari. Sampai LAPAN HARI tak mai "MISS P"... aku dah Teruja dahhhhh... sengih je. Siap bgtau kat mak aku dah, "Mak, kin dah 8 hari lewat dtg period ni..." mak aku senyum je la. Mak aku kate pun, tggu dulu. Tggu lama sket baru buat test.... Tuptuptup, HARI KESEMBILAN (4hb Ogos), waktu ptg dlm jam 5pm ada tanda2 coklat pink plak kuar kat "Mrs. V". Aiksssss...? aku sudah konpius. Baca balik, gugel tanda-tanda awal kehamilan - ada part bgtau: Akan ada keluar pendarahan spt darah haid, coklat dan pink. Hishhh... aku kaget! <--- tetiba lak ayat indon. Hihihi...

Peknen ke tidak nihhhh? Aku tny kwn2 aku kat fesbuk... mntk pendpt dan pengalaman dr diaorg. Owhhh... baru aku tau, setiap org ade pengalaman berlainan. Hrmmm... dan aku tak tau la kes aku ni camne. So, conclusion kena tggu sampai "Miss P" aku reda berlalu pergi. Lps habis raya je seminggu raya, aku trus buat UPT sekali lagi... SAH! ujian NEGATIF. Aku tak mengandung... bgtaulah kat incik suami... cian dia. Muka dia redup kejap. Terus aku cium dahi dia... "sori sayang. Takpe, lps ni kita usaha lagi ye". Dia pun trus cium pipi aku. Tau jugak tuh... aku tgh sedih. Tapi tamau tunjuk... kool beb... koollll!!! :D

Ape-ape pun... aku terima ujian Allah dengan Redha. Kita kena percaya dengan Rukun Iman. Terima Qada' dan Qadar drp Allah SWT. Mesti ada hikmahnya kan?... :) Yang penting kena rajin USAHA, rajin DOA mintak pertolongan dan TAWAKAL kpd Allah SWT. Alhamdulillah... aku dan suami tak pernah sekali rasa putus asa. Yang penting kita mesti enjoyyyyy as husband and wife - MARRIED LIFE!!! Hihihi... 

***takdo gambo plak entry kali ni... lupa lak nk amik gambo upt test tuh. :P

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...