Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Friday 27 November 2015

MENGANDUNG/PREGNANCY: 3RD TRIMESTER (PART 2)

Assalammualaikum semua,

Selamat pagi Jumaat... Okay, hari ni nak cite aktiviti 3rd trimester part 2 pulak ye. Banyak stori ni nak bgtau. Dah 3rd trimester kena rajin berjalan². Jangan bagi baby malas. Senang nak beranak nanti. <--- Mak aku kata. :)


CUTI-CUTI PORT DICKSON (21/22/23 NOV 2015)

1stly, nak cite pasal BABYMOON... Heee! sebenarnya takde la babymoon. Pegi Port Dickson je pun. Tempat lahir/tinggal incik asben. Hahaha!... menyibuk skali join kakak bawak anak² dia cuti-cuti Malaysia. Kan dah start cuti sekolah ni kan... Kakak stayed dekat Lexis Hibiscus, Port Dickson. Amik 3 hari 2 malam (21hb - 23hb Nov 2015). Best gilerrr wooooo...!!! Aku yg tumpang menyibuk ni mmg la eksaited. Jakun pun hado!!! Aku tak tido sana pun, just lepak² je. Tido umah mak mertua ler... mano laie nak poie. Hehe... Meh, meh... share pic sikit. :)


*aktiviti kami sekeluarga*

*dalam bilik ada 2 katil size king*

*mak buyung sangat dah ni...hehe!*

*tetiba rasa femes... haha! suami jarang berFB.
Uploaded gambo, Nah! kawan² dia komen, amik kauuu!!!*


Kat PD aktiviti apa yg boleh buat? bagi aku mandi laut je laaaa... tapi kami sefamili kalo dtg Pd mmg xde mandi laut pun. Ntah kenapa... just dtg situ nak relaks² je. Lepak²... santai²... tgk pemandangan. gittewww!!! Tapi incik asben kata, "ORANG PD MANA ADA MANDI LAUTTTT...." Hahaha!!! Betul la tu... aku pun dah berjangkit. Dah jadi ahli keluarga org Pd. Heeee!!!

Aktiviti ktorg hanya pegi RUMAH TERBALIK PORT DICKSON. Sebab belum pernah pegi sana lagi. Dah la masa pegi time malam lps maghrib. lagi 45minit nak tutup ktorg baru sampai. Kakak aku siap merayu suruh kasi masuk sbb kata ktorg ni dari jauh... Hehehe. Padahal dok KL je punnnnnn!!! :P

Tiket harga untuk dewasa RM20 (dulu RM15 je tauuuu...), Kanak² RM15 (Dulu RM10 je tauuu...). Dalam tu takde la besar mane pun. Tapi sbb ramai org, kena tunggu turn la nak bergambar setiap 1 prop. Sib baik la staff sana sporting. Nak tolong ktorg amikkan gambar. Cepat sikit keje kami nak bergambar sakan. Siap ajar kami camne nak pose gitu ginih... aku xde la bergambar sakan sgt... anak² buah, adik dgn incik asben la yg bergambo sakan... hakak dah membuyung ni haaaa... kaki pun asik membengkak je. Ni gambo ktorg kat rumah terbalik, PD... 








LAST CHECK UP @ TUNKU AZIZAH (26 NOV 2015)

Hari Khamis ptg pkl 5.30 ujan renyai²... Hari last check up dgn dr. Kay. Sebab apa last? Sebab incik asben dah decide aku bersalin dekat PPUM. Lagipun dekat sgt dgn umah abahmak aku. 15/20mnt dah sampai hospital. Apa² hal senang nak berulang alik dari umah --> hospital. Lagipunnnnn... sebab utama, incik asben risau aku tgh sarat ni. Elok stay je la dgn abahmak. Incik asben jarang blk umah. Keje shift. Seminggu sekali baru kami jumpa...

Check up mcm biasa la kan... amik urine, tekanan darah & ultrascan. dr. Kay tegur aku dah tembam sikit dah.. dia tgk berat badan aku dah naik... naik lagi. Hehehe!!! last check up 72kg. Yg la nih 74kg. 2kg naik kauuuuu!!! tapi dr. Kay kata okay je, xde masalah ape pun. Normal semua tu...selagi tak naik mendadak!!! Alhamdulillah, BabyHN sihat walafiat. Takde masalah... buat masa ni anggaran berat BabyHN 1.5kg (32 minggu). Dr. Kay kata normal & baby dlm proses nak membesar lagi. Tapi aku xmo la besar sgt. Bagi aku, mintak² baby lahir nnt dalam 3kg/2.7kg. Mak aku pun pesan, biar baby senang nak kuar, aku pun tak sakit/seksa nak meneran... baby besar payah sikit. Mak aku kata lagi... biar baby besar sihat gedempol kat luar... bukan dalam perot aku nih haaa... Hehe!!! Incik asben sempat amik last video check up scan sebagai kenangan kami dekat Tunku Azizah...Laju degup jantung BabyHN :)




BELI BREAST PUMP MALISH LIFESTYLE

Baru ni ha aku order breast pump single... beli Malish Lifestyle. Baca review org tgk mcm okay je. Lgpun tgh murah offer dekat BREAST PUMPS MURAH, harga hanya RM250. Dapat free gift + free pos. Okay la tuh... nnt dah sampai je, aku terus nak test. Semoga berjaya Fully BF kat BabyHN. Doa² kan ye... Aminnnn!!! Proses order sgt mudah... fast reply whatsapp, servis tip top. InshaAllah dapat brg hari Isnin depan 30/11/2015. Tak sabarrrrrr nak study. Hehehe!!!


Malish Lifestyle



BELI SLEEPING BABY BAG

La nih tgk tgh fofular sleeping baby bag... aku pun terjoin skali terpengaruh dgn bakal² mak. Hehehe... benda yg memudahkan aku, wajib la aku order/beli kannn... aku beli sleeping baby bag dari ejen KAPOK KIOSK BABY PRODUCT. Harga masih sama. Beli size besar RM80 free postage. Mudah laaaa.... senang nak pegang, takyah la kot nak bawak tilam travel. Baby pun selesa mcm kena peluk, letak dlm kereta boleh, letak dlm stroller pun boleh... senang nak di angkut ke sana sini. Janji baby selesa sedap tidooooo je nanti. :) actually dah lama beli.. bulan lepas. Tp lupa nak update... eh bukan lupa kot. Tapi malas nak update blog. Hehehe... kumpul² cite kasi byk... kasi muntah korang semua baca info aku dlm blog ni. Hahahaha!!! Nah, gambo sleeping baby bag yg aku pilih. Semestinya Mickey Mouse... Comel kan? kan?



Monday 2 November 2015

SURVEY HOSPITAL BERSALIN SEKITAR SELANGOR

Assalammualaikum semua,

Selamat tengahari. Last week aku dah janji kan nak update post pasal tmpt² yg aku survey utk bersalin. So, ini ada sedikit info untuk kita kongsi bersama. Tak byk yg aku shared... Sbb aku buat pilihan 3 tmpt bersalin sahaja sekitar SELANGOR (Dekat dengan rumah, Hospital "mesra manusia", Jalan tak jam, Harga berpatutan, Suami mampu bayar, Review bagus daripada patients)

Disebabkan WAD BERSALIN Klinik Maternity Tunku Azizah belum bukak lagi (sehingga tarikh ini 2/11/2015 belum buka lagi - dijangka buka bulan Jan 2016), aku & suami kena ada back up plan utk survey hospital bersalin yg lain. Pakej harga buat masa ni pun masih belum tahu lg dkt Tunku Azizah. Dikata kan anggaran bermula NORMAL: RM2k++ & BEDAH (CZER): RM7k++. Harga sebenarnya masih belum ditetapkan lagi.  Kami kena kira bajet mulai sekarang utk kos bersalin (normal/bedah). Ye laaaaa... kami bukan org "have-have". Kalo "have-have" tak heran sgt bab duit... duit sentiasa ado... akak ni "Nan Hado!"... Hehehe!

PILIHAN HOSPITAL
  1. GOMBAK MEDICAL CENTRE, BATU CAVES (GMC)
  2. DEWAN BERSALIN MUSLIMAH, BATU CAVES (DBM)
  3. PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

Gombak Medical Centre (GMC) - bagi tahun 2015/2016
Okay, kita cite ni dulu ya... Lepas dpt tau pasal wad bersalin Tunku Azizah xtau bila akan dibuka, terus aku suruh incik asben call GMC utk info lanjut berkenaan pakej & pendaftaran bersalin dekat sana. Untuk dapatkan harga pakej bersalin di sana, sekurang² nya perlu buat check up/pemeriksaan sebanyak 2 KALI. Kalo tak check up, xde dapat harga pakej. Perlu bawa dokumen perubatan bulanan check up dari klinik utk rujukan mereka & deposit sebanyak RM1,000. Nak tau info lanjut, korang boleh call terus no yang tertera dekat gambar bawah ni ya.

Review yg aku baca dari bloggers & Facebook Page sangat la bagus... So, mmg takde keraguanlah kan. Harga pun reasonable bagi pakej bersalin normal. Bagi pembedahan tidak dinyatakan. Korang boleh call la nak tny utk harga if kos pembedahan berapa... 

Ini harga pakej & maklumat:





Dewan Bersalin Muslimah (DBM) - bagi tahun 2015/2016
Berkenaan hospital DBM ni pulak... tak byk sgt review dari bloggers. Tapi yg pasti hospital ni sama mcm GMC. Ianya swasta, doktor perempuan (muslim)... cawangan utama dekat Permatang Pauh. Yang aku survey ni dekat Batu Caves. Dekat jugak la dgn GMC. Satu kawasan... Berkenaan harga pakej takde dinyatakan lebih lanjut... so, kena call sendiri la ya. Aku tak call pun... sbb baca review komen dari patients harga bermula dari RM1,800 (bersalin normal)

Maklumat:




Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - bagi tahun 2015/2016
Hospital ni tak payah nak cite lebih²... semua org dah tau kot. Aku baca ada bad review & good review. So, bagi aku 50/50... Tak semua org bertuah dpt layanan yg baik & bagus. Ikut rezeki masing². Allah SWT yg tentukan... ye tak? lagi pun semi-government. Nak dilayan BAGAIKAN PERMAISURI pegi la hospital swasta... jgn nak byk songeh bila masuk tmpt byr berpatutan/murah.. kenot ya! kenottttt... bertabah je la... hehe. Spt biasa, doktor for check up & doktor ketika bersalin kita tak boleh pilih. Ikut nasib doktor On Duty... tapi if kita dpt tau, mase tu ade doktor perempuan on duty, kita cuba rekues laaaaa nak doktor perempuan. Cuba & usaha... kalo tak dpt, takleh watpe... yg penting rajin bertanya & bukak mulut tny pada missy/nurse. Itu yg aku baca dari review blogger & pengalaman ibu² yg bersalin kat sana...

Memula aku call dulu sebelum pegi sana, Sbb dah nak masuk 7bln. Sekali staff/nurse tu bgtau appoinment dah penuh bln 12... ikut jadual doktor yg ada utk check up... aku 1st time kan, mane la tauuuuu. Tapi kata kena buat appointment 2 bulan awal... tapi lg awal lagi bagus. Yes! my mistake. Silap aku dan suami relaks sgt... Hehe. Tapi staff/nurse tu bgtau... datang je la dulu. Bawak salinan rekod perubatan aku. Bg diaorg semak dulu dekat kaunter pendaftaran klinik antenatal PPUM. Maka, 30/10/2015 aku set date dgn incik asben nak pegi PPUM. Tanya lebih lanjut berkenaan pendaftaran, booking & check up.

No. tel utk dihubungi utk sebarang pertanyaan: 603-7494422 (suruh sambungkan ke bahagian klinik antenatal utk pertanyaan pendaftaran & booking tmpt bersalin)

30/10/2015 - kami sampai di PPUM jam 10.30pagi... terus masuk ke klinik antenatal dlm keadaan terpinga². Hahahaha!!!... sib baik ade staff lelaki perasan. tegur kami dgn baik. Cam tau je kami 1st time & nak tau cara booking & pendaftaran. Dia suruh kami masuk ke dalam, ada kaunter pendaftaran tekan button B - tempah tmpt bersalin. Sib baik la tak ramai org. hari Jumaat kan... No. kami no yg ke-2 dipanggil. 

Sampai kat kaunter, kami suami isteri senyum bg salam. Staff muka cengeng. Masam. lantak la... aku relaks je senyum je kat dia. Hahaha.. tak salah pun senyum. Dapat pahala tau. Pastu dia mula start bertanya. Soalan yg kami agak blur (pertama kali sebagai bakal ibubapa). Pastu dia mcm bengang sikit, sbb kami salah jawap. Hahaha... Konfius cara dia tny soklan tu sebenarnya... tanya aku sebelum ni bersalin kat mane? aku ckp la... "saya pertama kali mengandung ni..." pastu dia tny lg soklan yg sama, aku dah xtau nak jawap ape... last² suami tlg jwpkan... bila dia dpt pick up..."owhhh... sebelum ni check up kat klinik swasta je, belum decide bersalin dkt mane... ni baru dtg nak tny la ni." Incik asben dgn muka tersengeh²... Hehehe!!

Pastu... staff tu mintak salinan rekod perubatan aku. Ehhhhhh... sekali kena sound, "kenapa dtg lmbt? dah lmbt dah ni... appoinment penuh dah..."(sambil tgk buku rekod catatan & kalendar). Laki aku selamba jawap, "Xtau... pertama kali ni kan..." Pastu dia cek punya cek... mintak ic aku, pastu catat tulis apekebenda ntah... pastu dia ckp, " appoinment boleh dtg bulan 12 ya. 14/12/2015... nnt isi borang ni bawa mase daftar & bayar. Bla... bla... bla... bla... Pendaftaran RM31 dgn deposit RM 500 utk booking wad bersalin." 

Aku pandang incik asben... incik asben pandang aku. Lama tuh kena tggu sampai bln 12... hahaha! silap kami juga. Lambat kan... Maka, utk next check up bulan dpn kami kena pegi jugak dulu dkt klinik Tunku Azizah. Nnt kena mintak salinan rekod perubatan yg baru utk bagi pd staff PPUM 14/12/2015 depan.

Borang yg aku kena isi nanti:




Maklumat:


 


Aku pilih mana? Hehehe... Next update ya!

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...