Skang jam 3:46PM, hari Ahad. Ujan tgh lebat gler kat luar ni. Igtkan nak pegi Tesco beli brg dapur... Hrmmm. Tunggu la ujan reda dulu. Memang la naik kete... tp tak syiok bila ujan ni. Perjalanan agak terbatas. Incik suami pun tgh enak dibuai mimpi indah... indahhh la sangat tambah2 time ujan ni kan... :)
Hari ni nak review pasal majlis nikah jugak. Nak review pasal mekap dulu. Aku hired ILHAM SERI CINTA merealisasikan impian andaman mekap yg di inginkan. Untuk tema nikah, nak mekap ala2 cam arab gitu. Byk main celak hitam. Mmg berangan nak muka cam arab. Dapat cam ala2 arab pun jadiiiilahhhh.... kihkihkih!!!
Masa tunang dulu pun aku amik khidmat dari ILHAM SERI CINTA. Harga sangat berpatutan, mengikut bajet pelanggan dan pemiliknya Puan Hasni Othman sangat2 la friendly. Itu yang aku suka sangat tu. Senang nak berdiskusi ngn Mak Andam aku ni. Maybe sebab umur kami beza sket je kot... tu yg rase tak kekok sgt. Yang paling penting, Mak Andam aku ni sgt la paham ape yg aku nak. Explain kejap je, terus paham. :)
Tips bajet yg aku ingin kongsi ngn korang semua... Kdg2 org/bakal pengantin takut nak amik khidmat andaman/pelamin dari syarikat/servis yg kurang ternama atau tak fofular gituh... korang jgn la risau ye, sebenarnya hasil keje diaorg ni pun sama lebih kurang je dgn yg lain. Cakap je mcmane impian perkahwinan yg kita impikan. Pasti diorang ni leh buat mengikut bajet yg ditetapkan. Bagi rujukan gambar, luahkan ape yg kita mahukan... diskusi face to face... buat trial and error. Konfem akan puas hati lepas tuh! betol... tak tipu.
Kdg2 servis yg murah nampak cantik jugak dan bagus hasil kejenya... yg jadi mahal tu sbb servis andaman/pelamin tu sudah ada "NAMA" DAN POPULAR. Tu yang korang kena tau ye... kalo korang nak tau, diorg beli brg2 pekakas pelamin ke, mekap ke daripada jenama yg sama je pun... ntah2 beli bunga pelamin pun agaknya borong kat kedai Fah Lean, Balakong sana tuh... (sesuka hati je aku buat andaian... hihi!)
Owh... melalut plak... back to stori... nak tunjuk pic mekap saya. Marilah lihat bersama2... :D
*gambar ni real tau... xde edit or photoshop. Yes! i like... :)
No comments:
Post a Comment