Assalammualaikum semua...
Haaaa... korang nampak tak pic IG aku dok letak atas ni? Nampak dak? Terkejut woiii bila dapat tawaran ni lebih kurang 2 minggu lepas. Akak aku call, lebih kurang gini la perbualan ktorg: (Aku kdg2 suka pggl akak aku "Datin" sbb dia bergaya mmg mcm2 mak datin. Dari atas pakai tudung...sampai ler kasut, baju & handbag. Hihihi...)
"Datin" Aza: Eh.. aku tgk emel ko ade emel dr SPA.
Aku: Ko bukak emel aku? Ohh.. kat ipad ko eh. Jawatan ape? ape??? (suara terkejut teruja)
"Datin" Aza: Penolong Pegawai Tadbir. Ko pegi la. Jgn tak pegi.
Aku: Okay2.. balik kang aku cek mel. Esok mesti surat SPA sampai umah. Nnt bg kat aku tau. tq.
Balik umah, cek emel. Belek baca2 lama la jugak. Aku siap kabo kat abahmak aku...Hahaha! Kecoh la beb... igt senang nak kena pggl temuduga dari SPA??? Abahmak dah teruja dah. Hari2 mak aku dok berdoa katanya. Siap smyg hajat utk aku. Tu la dia mak kan... kita dah kawin pun still nak amik tau dan ambil berat hal kita.
Di waktu hari kejadian... Semalam laaaa. Hihihi... 29/05/2013. Jam 7.00pg dah sampai dpn pintu gate SPA, Jln Cenderasari (area dkt Lake Garden, blakang Taman Burung.) Incik somi yg anto. Demi aku dia mntk cuti. Alaaa... dia keje shift. Masuk ptg smlm, tp dia nak cuti gak sbb ktorg mmg dah plan lps abis gi temuduga aku ni ktorg nak jalan2 gi dating. Aku ni mane pandai drive kete... mmg xmau blaja. Haha... ktorg gi bekfes dulu dpn Klinik KK Tanglin. kat dpn tu ade foodcourt tmpt org kerajaan dok lepak makan.
Okay... proses temuduga kat SPA ni mula2 kena buat:
- Pendaftaran amik no. giliran (sape dtg awal, dpt la no. giliran awal)
- Pekerja pendaftar cek n semak segala salinan yg kena ada. Cukup ke tidak.
- Tunggu kena panggil no. giliran di bilik yg ditetapkan.
Sbb aku dtg awal, giliran aku No. 2 di bilik kedua (Bilik B). Masa temuduga smlm ramai je yg dtg. Ikut klasifikasi masing2. Ade byk bilik di buka... A,B,C... bla2 dan seterusnya. Tgk ramai dari pekerja kerajaan yg dtg (Pelantikan naik jawatan). Ehehhh... terjumpa plak sepupu aku. Dia keje kat bhgn Kementerian Pertahanan. Cian dia, dah byk kali apply tp xdpt... rajin gak dia usaha tak jemu2 n tak putus asa.
Sesampai je no. 2012 bilik B berbunyi (tingggg...!!!) aku dah berdebar2... Hahaha!!! tp sempat senyum2 kat calon lelain. Cool beb! Cool... Dpn pintu, aku ketuk perlahan, nampak 2 org pegawai SPA. Seorg lelaki n seorang perempuan. Pertengahan umur lingkungan 50-an. Aku senyum manis lembut, bagi salam & ucap selamat pagi. (Sepanjang temuduga aku senyummmmmmm je... nak kasi aura ceria manis la konon!) Sib baik 2 org pegawai ni okay sangat2... lembut, senyum, xde bagi soklan berbentuk provokasi, Kalo aku ade kurang phm atau xdpt nak jwp jwpn secara penuh diorg kasi hint sket... Sgt helpful! Alhamdulillah... rase takde la cuak or nervous sgt. Spjg masa temuduga aku rasa santai je la... kurang rase tekanan. Alhamdulillah!!!
Korang nak tau, ape pegawai SPA ni tanya kat aku? Meh sini aku share serba sedikit. Mane la tau... kot2 korang nnt dpt tawaran sama cam aku nnt. Okay, ni soklan yg aku kena:
- Apa tugas-tugas yang perlu dibuat bagi jawatan yg dimohon iaitu Penolong Pegawai Tadbir N27?
- Bagi contoh salah satu Dasar Malaysia. Huraikan.
- Apa dia Gagasan 1Malaysia?
- Apa 5 kaum di Malaysia?
- Integriti sikap yang perlu ada dlm bekerja. Apa dia sikap-sikap tersebut?
- Perbezaan antara Kementerian dan Jabatan. Bagi contoh sekali. (Ni aku failed! xdpt jwp dgn betul.)
- Pengetahuan am serba sedikit yg berlaku di Malaysia. Mcm smlm aku kena tny bab bot/feri karam kat Sarawak. (Sib baik aku baca sket2.)
- Lelain byk tanya apa yg kita buat skang ni. Maksudnya kerja yang kita sedang buat skang ni.
Haaaa... itu la dia soklan yg aku dpt share ngn korang. Mintak2 sgt membantu la ye. InsyaAllah... Lagi bagus kal dpt panel temuduga, pegawai SPA yg baik mcm aku dpt smlm. Syukur sangat. :) Semoga aku dapat la ye... Xdpt xper la. Mungkin xder rezeki dlm Jabatan Kerajaan. Janji aku dah cuba sebaik mungkin. Redhaaaaa keputusan yg akan dtg 2 BULAN lagi. 29/07/2013 nak cek emel!!! tak sabarrrrr.... :)
dah boleh tahu keputusan
ReplyDelete