Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Saturday 9 June 2012

BAHAN DIP: Q-DIP MADE IN JAPAN

*Ni la rupa dip yg emamin slalu guna

* Yg ni plak rupa thinner

*Dua benda yg wajib ada nak buat bunga dip

Assalammualaikum...

Salam pagi sabtu. Senyummm.... hehehe. Anyway, pg ni nak share stori pasal bahan dip yg aku guna utk celup2 buat bunga dip. Nampak tak pics kat atas tu? Jenama tu la yg Emamin Enterprise slalu guna sejak thn 1987. Setia gitu! :)

Kongsi cerita ni pun sbb smlm ade blogger B2B tanya, jenama ape yg aku pakai. So aku amik la pic benda alah tu utk kongsi bersama2. Mak aku tak suka bahan dip yg made in china tu. Bahan dip dr China bau kuat sangat. Kepala aku pun pening tau! Yg Q-DIP ni kurang bau & mmg menyenangkan hati la bila guna. Bahan dr Jepun mmg terbaik. Asalnya bahan dip ni pun dari jepun. Negara China kan suka "COPY & PASTE". Paham2 sudah la eh... Peace! :)

SPECIAL TIPS:
1) Masa nak celup jgn dok bawah kipas. Dip TAK BOLEH kena/terdedah dgn udara. Nanti CEPAT MENGERAS. Masa celup tu, sambil celup sambil tutup penutup. Kalo sanggup bertahan panas kejap, tutup la kipas. Sekian. Hehehe...

2) Bila nak campu thinner tu, letak sket demi sedikit. Jangan letak skali byk. Agak2 dah ok, Benti kejap. Pastu kaco ngn pisau besi (pisau yg kita slalu guna kat umah tu, yg skali set ngn sudu, garfu & pisau). Sbb nak jaga rupa/texture bahan dip tu. Kenapa kena buat camtu? Kalo buh thinner byk sgt, nnt dip akan jadi lebih cair. Cair sgt pun tak cantik. Nampak nipis je.

3) Selepas celup, tunggu hasil bunga dip tu BETUL-BETUL kering. Jangan sekali2 nak pegang. Nanti rupa/texture tak jadi cantik.

4) Masa celup tu, buat la perlahan-lahan. Jangan sampai meleleh2 byk. Rugiiii wooohhh... Celup masukkan perlahan, angkat pun perlahan sket. Tapi jgn la perlahan sgt... nnt dip cepat lak mengeras. Hehehe...

5) Lebihan dip yg meleleh tu, boleh guna balik tau. kumpul2 kan semo. Letak dlm bekas lain, pastu campur ngn thinner. Biarkan dip tu cair. Pastu leh guna balik. Haaa... tu tips utk berjimat. :)

9 comments:

  1. wah tQ ;)
    kat sini xde jual jenama tuh..
    bila tnye kedai dorg kata semua guna usa tuh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. O yeke. Tp mmg betul pun. Mmg susah nk cari dip dr jepun ni. Ktorg beli pun kat 1 kedai tu je. Kat area keramat setiawangsa. Sape dok area keramat setiawangsa KL tau la kot. Sbb kedai tu pun mmg guna bhn dip ni je. Harga belasan RM. Mahal la. Tp kualiti mmg tip top. :)

      Delete
    2. Boleh bg alamat @ nama kedai tu x? Kawan saya nk kswin n nak sgt buat sndiri..tx

      Delete
    3. https://plus.google.com/105544305929933354139/about?gl=my&hl=en

      sederet klinik Mozarina, AU1 keramat. dkt dgn kawasan Pasar Malam setiap hari isnin Au1 keramat. tak igt nama kedai apek cina tu. sorry. kecik je kedai dia.

      Delete
  2. Hi awak, kalau berminat nak belajar teknik2 bunga dip moden dan design yg lebih advance boleh hubungi 016 619 7554, Pn Normah. Awak boleh tgk contoh2 di www.duniquewedding.blogspot.com
    atau facebook/duniqueweddingcrafts&beauty

    Thanks!

    ReplyDelete
  3. salam... nk tanya..
    kedai kat area keramat setiawangsa tu kat mana ye? ada lagi je jual benda ni? thanks..

    ReplyDelete
  4. best buat bunga ni sebenarnya...:)

    ReplyDelete
  5. boleh guna nail polish remover untuk cairkan dip

    ReplyDelete

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...