Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Sunday 25 August 2013

MUSLIMAH JUGA BOLEH BERGAYA... MACAM SAYA!


Siapakah wanita comel lagi kiut di atas ini... siapa lagiiii... kalo bukan saya! Muahaha... SAPA KATA MUSLIMAH TAK BOLEH BERGAYA? JANJI MASIH IKUT PADA TETAPAN AJARAN ISLAM - LABUH DAN LONGGAR.

Anyway... nak bergaya pun tak perlu beli barang mahal2... branded2... tapi saya galakkan beli barang yang mahal sedikit untuk KASUT DAN BEG TANGAN. Kenapa kasut? Sebab kasut dibahagian kaki. Bahagian bawah, elok la beli yg berkualiti supaya tak rosak kaki kita ni. Betul tak? Beg tangan kena beli yang mahal sbb saya tau pompuan suka isi mcm2 dlm handbag... moisturizer la... lip balm la, pencuci muka la... panty liner la...pad la... mekap la... tisu la... bla.bla..la. Maka jangan lah beli handbag murah RM20-25 tu. Serius tak tahan lama. Pakai 2 bulan... tali dah tercabut... kain dalam beg terkoyak. Zip hancur... bla.bla.bla...

Macam pakaian pulak... selaluya mmg susah nak cari utk muslimah mcm saya ni. Carilah kat gedung2 terkemuka. Ada pun harga mahaalllll sgt la. Kdg2 tak masuk dek akal. Orang kayo takpo... duit dia tak tau nak buang ke mana... nak beli berpuluh ribu pun takpa. Kita ni? berkira2 kan?... tol dak? Alhamdulillah la... baru zaman 2010-2013 skang ni byk jual fesyen muslimah murah2. Kedai2 jual tudung, baju, jubah muslimah... mostly thru online. Owhhhh!!!... yang paling aku suka skang ni shopping kat SEKSYEN 7 SHAH ALAM... SHOORRRRGAAAA PAKAIAN MUSLIMAH. Asalnya mereka peniaga online, finally bukak butik. Yang bestnya mereka semua "BERSEKUTU" open outlet/butik dekat2... mmg baguslah cara marketing camtu. Kita yg muslimah ni pun senang... berjalan beli barang survey hanya 1 tempat... BRILLIANT IDEAS...!!! SYABAS KEPADA PENIAGA ONLINE WANITA MUDA (Radiusite, Sugarscarf, Ashanimdresslab, Qalaqisya dan lelain...) Dalam hati aku ni pun nak jugak berjaya jadi businesswoman mcm diaorg ni... In Sha Allah... Mudah-mudahan. Aminnn...

Saturday 24 August 2013

KEK CHOCOLATE MOIST

Assalammualaikum semua...

Arini nak story pasal kek choc. Alhamdulillah... kek choc moist aku ni dikatakan sgt sedap dikalangan sedara mara. So diaorg pun order la kat aku... piki2 boleh buat bisnes nih! Hehe... Tiap kali bulan puasa or raya, mesti sedara mara aku order... Kalo tak size kecik, order yang size beso. Kalo nak makan free, diaorg dtg umah time raya... Time raya je free. Raya setahun sekali kannn...? bila dah dapat, mereka balun habis. Pastu mintak tapau bawak balik... Kihkihkih!

So... aku nak luaskan empayar aku yang tak seberapa nilah kan... Allah pun mmg galakkan kita mencari rezeki dgn BERNIAGA. Pasal untung rugi... itu semua keje Allah. Kita sebagai manusia, jangan sesekali give up! Allah benci pada manusia yg mudah berputus asa. Sekali down, down terus... owh tidak! itu bukan saya. Just kena Think positif dan berkawan dgn org2 yang berfikiran positif, hati suci murni tak dengki dan sentiasa supportif... Tol dak?

Makaaaaa.... saya nak menjual kek saya ni lah. Nak order?
Boleh sms saya di talian 012 -2629090
(Self pick-up: SS5 dan SS6 Kelana Jaya berdekatan Giant Mall)
(For delivery: Pls SMS for details info)

Saiz: Mini cup (Min. order 100pcs) (Max. order 200pcs)
Saiz: Medium
Saiz: Large

Saya kira harga bukan ikut kg, tapi ikut saiz bekas.
Boleh refer gambar kat bawah ni. 
Sebarang pertanyaan boleh sms saya terus ye... Tq!

Minta jasa baik anda semua, JANGAN SAVE/COPY GAMBAR DIBAWAH INI. Jika saya terjumpa dimana-mana tindakan akan diambil. Terima kasih. 



Tuesday 20 August 2013

CUTE DOODLE EKIN CIKIN CIKINOT

Assalammualaikum semuaaa...


 
Doodle comey saya!!!

Haaaaa.... korang nampak tak wajah blog aku sudah bertukar ghupa yang maha kiut lagi comel? Secomel tuannya ini.. Hahaha!

Btw, aku bukan buat sindri doodle illustration ni. Tapi aku order kat Cik_Dil atau Cik Adilah. Muda laie... comey gitu. Terpesona dgn hasil kerja art dia. Dah la comey, kreatif, kemas dan paling penting AWESOMEEEEEE!!! 


Aku dgn rakusnya terus order dari dia wlpun tau tempahan dia berderet2... tak kisah je. Bukan nak urgent pun. Lagipun suh dia pun satu doodle illustration je. Dia bukan wat tu je tau... dia pun amik order utk template blog. Sape2 blogger yang aktif, leh la tempah kat Cik_Dil ni. Tetapi... anda perlu BERSABAR ya. Kena tnggu turn. Lama tak lama la jugak... yang penting kena sabar. Kalo xleh tahan sabar jangan gatal nak order, pastu lambat nak marah2 org... Jangan begitu ye! Heeee...

Okay ni blog Cik_Dil... korang leh tgk, cuci2 mata hasil keje dia yg awesome & maveles nih!!!


PERTAMA KALI BERHARI RAYA MEMEGANG STATUS I.S.T.E.R.I

Assalammualaikum semuaaa...,

Straight to the point - GILER SERONOK RAYA TAHUN NIH!!!Hahaha... gelak besau jap. Sebabnya? Sebabnya pertama kali dalam hidup berhari raya bersama suami, bersama mertua, adik-beradik, ipar duai, saudara mara sebelah suami. Baru aku tau betapa RAAAMAAAAIIIINYA sedara dia. Mcm aku jugak la... anak sedara, cucu sedara bersepah2... sampai tak kenal. susur galur salasilah keluarga besar sangat!

Biasalah kan... bila 1st time rasa kekok sket. Tapi oklah.. akak2 ipar biras semua ok. sporting sekepala. Tak tinggalkan aku sorang2... dok temankan ajak aku borak sekali ngn sepupu semua. Tak kenal pun borak je laaa... kang kate sombong plak. Diaorg tny kita jwp. Diaorg senyum kita senyummmm... sib baik lah aku ni jenis berckp kan... boleh la borak2. Hihihi... Pengalaman pertama semua tuhhh. Rasa takut pun ade jugak... Yela, org pandang kita semacam, pastu tny, "sape tu? nama sape? isteri sape? xpernah nmpk pun?"... Hahaha! selamba aku perkenalkan diri dgn muka tersipu2 malu... tp femes la kejap kan... semua nak tau bini Mamat ni camne rupanya. "MAMAT" panggilan utk suami aku oleh sedara-mara dia. Hihihi...

*Sebahagian adik bradik, anak saudara, cucu saudara sebelah suami.
Yg tgh2 kecik molek tu mak mertua saya. Comelkan?


Owh ye... Suami aku org PD. Sedara mara, mak sedara adik bradik dia sebahagiannya ada dlm daerah NEGERI SEMBILAN. Perggghhh!... Nogori beb!... oghang kato mcm2 ler psl org nogori ni. Tapi aku tgk okayyy je... mungkin skang dah maju. Bukan cam dolu-dolu... kan?kan?kan? Hari pertama beraya seronok sakan gler aku... kuar umah mertua dari jam 9.30pagi, balik jam 11 malam! giler tak giler beraya pusing satu daerah Nogori... poie ghombau, poie Sendayan, poie haih...!!! byk tempat la. Dalam sehari 6 buah rumah aku gi beraya. Giler sendat perot aku! Hahaha!!... sampai umah yg ke - 3 perot aku dah tak selesa. Kembong dah... byk mkn sgt. LoL!!


*Inilah je la yg sompek bergambo... lelain gambo ado jo.
Tp dlm henpon. tak brp nak cun. Hrmmm...

Tapi mmg hepi la... mmg aku xleh lupalahhhh... seronok sangat! Tak sabar rase nak raya lagi. Nak tggu raya tahun depan camne pulak ye... Hihihi. Tapi yang tak syiok nyer raya tahun ni... aku tertinggal kamera. Pastu tak menyompek nak bergambo... bizi giler raya. amik gambo pun terkejar2... haha. amik gambo laki bini 1st raya pun dalam kete... Apakah?! mmg aku nak pi ajak laki aku amik gambo kat white studio la pasni... takpo la... lambat pun lambatlahhhhh.... :D

FALSE ALARM... FALSE ALARM... FALSE ALARM!!!

Assalammualaikum semua...

Lamaaanyaaaa... tak hapdet belog. Mood raya masih bergema-gema-gema!!!

Ekceli aku nak cte psl akhir bulan nak2 dekat raya haritu. Hish... spoiled mood jap. Kononnya akhir bulan Julai haritu mengandung la... rupanya... Cish! Tidak... false alarm! false alarm! false alarm! Takde lah keciwa sangat... rase terkilan jap je. Lepas tu okay balik... leh gelak2 buat lawak ngn incik asben. Kita yg teringin nak peknen ni jgn stress sgt... kalo stress laaaaggiii la susah nak dpt baby tau <--- semua org kata camgitu.

Sepatutnya dtg "Miss P" 27hb Julai. Tapi aku tgk, aku okay je... xde tanda2 nak peot. Slalu kalo nak peot perot aku mesti krem sakit sgt kat ari2 bwh perot tu... pastu senggugut seharian 1 hari. terbongkang baring je atas katil layan feeling.

Dalam hati dah berdetik, Ting!!! "eheh... xdtg period? ade apa2kah?" aku dah tersengih sensorang. Terus bgtau incik asben peot xdtg lg... incik asben suh relaks dulu. Dia buat muka cool. Padehal aku tau tu... dia la manusia paling eksaited dlm dunia ni kalo betul2 aku peknen.

Dalam masa tak dtg period tu... mcm2 ler jadi kat aku. Siap gugel, "TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN". Boleh?... hihi. Bila baca, ade separuh tu ade kat aku. Try buat UPT hari ke-4. Eheh... negatif pulak. Pastu akak ngn kwn2 aku nasihat, kdg2 pompuan hamil mmg tak sama smuanya. diaorg suh tggu sampai 10-14 hari. Sampai LAPAN HARI tak mai "MISS P"... aku dah Teruja dahhhhh... sengih je. Siap bgtau kat mak aku dah, "Mak, kin dah 8 hari lewat dtg period ni..." mak aku senyum je la. Mak aku kate pun, tggu dulu. Tggu lama sket baru buat test.... Tuptuptup, HARI KESEMBILAN (4hb Ogos), waktu ptg dlm jam 5pm ada tanda2 coklat pink plak kuar kat "Mrs. V". Aiksssss...? aku sudah konpius. Baca balik, gugel tanda-tanda awal kehamilan - ada part bgtau: Akan ada keluar pendarahan spt darah haid, coklat dan pink. Hishhh... aku kaget! <--- tetiba lak ayat indon. Hihihi...

Peknen ke tidak nihhhh? Aku tny kwn2 aku kat fesbuk... mntk pendpt dan pengalaman dr diaorg. Owhhh... baru aku tau, setiap org ade pengalaman berlainan. Hrmmm... dan aku tak tau la kes aku ni camne. So, conclusion kena tggu sampai "Miss P" aku reda berlalu pergi. Lps habis raya je seminggu raya, aku trus buat UPT sekali lagi... SAH! ujian NEGATIF. Aku tak mengandung... bgtaulah kat incik suami... cian dia. Muka dia redup kejap. Terus aku cium dahi dia... "sori sayang. Takpe, lps ni kita usaha lagi ye". Dia pun trus cium pipi aku. Tau jugak tuh... aku tgh sedih. Tapi tamau tunjuk... kool beb... koollll!!! :D

Ape-ape pun... aku terima ujian Allah dengan Redha. Kita kena percaya dengan Rukun Iman. Terima Qada' dan Qadar drp Allah SWT. Mesti ada hikmahnya kan?... :) Yang penting kena rajin USAHA, rajin DOA mintak pertolongan dan TAWAKAL kpd Allah SWT. Alhamdulillah... aku dan suami tak pernah sekali rasa putus asa. Yang penting kita mesti enjoyyyyy as husband and wife - MARRIED LIFE!!! Hihihi... 

***takdo gambo plak entry kali ni... lupa lak nk amik gambo upt test tuh. :P

Thursday 25 July 2013

RESEPI: GULAI LEMAK STAIL ORANG BANJAR

Assalammualaikum semua,

Aku nak share resepi lain pulak. Masak gulai lemak stail orang banjar. Owh yeee... Aku ade darah keturunan org banjar. Tapi tak reti ckp banjar apentah lagi nak memahami bahasa itu. Yang aku tau satu je perkataan ni: GURING. GURING IS TIDUR in bahasa malaysia. Hehehe...

Ok, malas nak ngomel panjang... Nah ini aku kasi resepi. Cuba korang try test. Kalo sedap habaq mai. Kalo tak sedap dok dediam je haaa... Hihihi!



Bahan-bahan:
  1. Ikan (masa la ni masak ikan baung liar. Giler sedapppp!)
  2. Cili kering  (ikut suka hati nak pedas sikit or pedas byk)
  3. Serai 3 btg
  4. Lengkuas 1 inci
  5. Bwg merah  4 ulas
  6. Bunga kantan 1 btg/belimbing buluh 12 biji/timun 1 biji
  7. Santan 1 kotak
  8. Asam keping 2 keping (kalo besar letak sekeping je)
  9. Air
  10. Garam secukup rasa

 Cara-cara masak:
  1. Cili kering potong2 kecil dulu. rendam dlm air panas kasi kembang. Cuci bersih2 buang biji.
  2. Lepas tu masukkan sekali cili kering,serai, lengkuas & bawang merah dlm blender.
  3. Blend sampai hancur halus.
  4. Lps dah blend, satukan semua bahan tadi dgn santan dan air dlm 3 cawan ke dlm periuk. Tunggu mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Dah mendidih masukkan ikan, asam keping dan sayur  utk sesedap rasa.
  6. Sayur tambahan (pilihan): bunga kantan (belah 4) atau belimbing buluh atau timun. Ikut suka hati nak masak yg mana korang suka makan.
  7. Tunggu la segala dlm kuah tu masak. Sekejap je... Siappp!!!

Selamat mencuba kawan-kawan!!!

RESEPI: KUIH CARA BERLAUK STAIL CIKINOT

Assalammualaikum semua...,

Alhamdulillah, kita dah masuk 16Ramadhan. Syukur Alhamdulillah... kita kat Malaysia ni untung sangat. Makanan ade macam2 kat param tu. Haih! Jangan membazir tau. Membazir kawan shaitoooonnnnn!!! Selama berpuasa ni, aku jarang beli makanan kat param. Mostly masak sendiri, makan masakan emak dan makan lagi masakan emak... dan lagi. dan lagi... Hahaha! (Mak aku time posa je rajin bebenor masak. Time cenggitu la amik kesempatan lebih byk sedikit... Hihihi)

La ni aku nak share resepi kuih cara berlauk stail cikinot <--- akulah tuh! Hehehe... Dpt resepi ni dr kwn uitm. Owhhhhhhh!!! sangat simple dan senang sgt buatnya. Aku ubah sket2 cara buat dan bahan ikut kesesuaian tekak. 1st attempt aku buat terus menjadik tauuuuu!!! #bangga #kembangkempislobanghidung. 

Ni la rupa kuih cara berlauk stail cikinot. Jeng... Jeng... Jeng...

*Kuih cara berlauk kaler pink. Ko hado? Haha....

Actually, aku buh pewarna ape yg ade dlm esbok tu. Malas nak beli yg baru. Skali tgk ade kaler merah je. Haish... lupa kaler hijau pandan haritu dah habis guna buat apam. Btw, comel tak kaler pink tu? Hehehe... Dah mcm kaler buah pink guava dah kan... Lantak ler. Janji sodap dan lauk daging tu mesti byk melimpah2 xmcm jual kat param yg kodokut yaaa amat!!! cili takdo... daun bwg pun kdg2 lotak sodikit ajo. Haih!!! Ok lah... jom tgk resepi nya. Untuk makluman, sukatan dibwh ini boleh dpt dlm 28/30 biji.

Bahan-bahan A (untuk inti)
  1. 1/2 peket daging cincang (lebih kurang 200gram)
  2. 2 sudu makan serbuk kari daging (campur ngn air tp jgn bg cair sangat ye)
  3. 2 @ 3 ulas bawang merah dipotong cincang (dadu kecil)
  4. 2 batang cili merah dipotong cincang (dadu kecil)
  5. 1/2 ikat daun sup dipotong cincang (mcm nak buat bergedil)
  6. minyak secukupnya
  7. air secukupnya
  8. garam secukup rasa
Cara-cara masak inti:
  1. Letak minyak dlm kuali secukupnya. Tunggu minyak panas.
  2. Masukkan daging, goreng hingga setengah masak.
  3. Lepas tu masukkan kari daging. Gaul hingga nmpk dah garing pekat sedikit.
  4. Tambahkan air sedikit utk bg daging empuk dan tak melekat.
  5. Dah agak2 pekat dan masak, masukkan bwg dan cili merah td. Letak garam secukup rase.
  6. Kecilkan api, masukkan daun sup. Gaul hingga rata.
  7. Tutup api dan ketepikan. (tak berapa suka daun sup masak lama dan jadi lembik sgt)


Bahan-bahan B (untuk bancuhan tepung)
  1. 2 senduk nasi tepung gandum
  2. 2 biji telur ayam gred C
  3. 1 sudu kecil garam
  4. Air secukupnya
  5. Pewarna
Cara-cara bancuhan:
  1. Masukkan tepung, telur, garam dan air sekali. Gaul. Agak2 pekat, tambah air lagi.
  2. Bila dah konfiden bancuhan tu rata secukupnya, masukkan dlm blender.
  3. Blender sampai halus supaya tepung tak nmpk berketul2 langsung.
  4. Tambah sedikit pewarna semasa blend. (suka hati nak bubuh warna ape)
  5. Kalau agak2 pekat, tambah lg sedikit air.

CARA-CARA MASAK CARA BERLAUK BERMULA!!!
*Aku beli acuan tembaga tu kat PD area umah mertua. Harga RM7.90 aje. Acuan ada 7 bentuk telur. Beli yg saiz kecik aje.

Cara2nya adalah:
  1. Panaskan bekas acuan tembaga dgn api yg kecil.
  2. Dah panas sedikit, sapukan sedikit minyak masak pada acuan.
  3. Lepas tu tuang bancuhan tepung dlm acuan. Kemudian masukkan terus inti daging.
  4. Tutup sekejap dgn penutup periuk. Kejap je dlm 2 or 3 minit.
  5. Lepas tu cungkil perlahan-lahan dgn sudu.
Siapppp!!!... :)

Selamat mencuba kawan-kawan... :)

Tuesday 9 July 2013

SALAM RAMADHAN 1434H

Assalammualaikum semua...

Salam Ramadhan kpd umat islam seluruh dunia... Mmg tak sabar nak tggu bulan puasa. Mase kecik² dulu tak sabar nak raya... Bila dah tua bangka ni baru tau terasa seronokkkknyerrrr lagi sambut bulan puasa. Hihihi...

Bertambah seronok ramadhan tahun ni sbbnya first time sambut puasa sbg seorang isteri. Ehem... ehem... tak sabor la sgt nak bangun sahur masak utk incik somi... (mintak² tak terbabas bangun ye...) Berharap sgt tahun ni dpt semayang terawih ngn suami... nak khatam Al-Quran, nak berbuka dgn keluarga baru (sbelah incik somi lahhh! Hihihi)

Ok, jangan lupa niat puasa. Niat puasa sebulan terus tauuuu...!!! elok baca niat sebulan supaya tak terbabas terlajak tido. Ni niatnya (image from google):



Kisah drama Ramadhan la pulak...

Of cos la kan kalo bulan puasa... mesti ade drama kannn... kat tv3 ade drama khas utk bulan Ramadhan. Tajuknya "HUJAN". Ni link montage opening drama tersebut. Lagu TAKUT dari Amalia Alias. Huishhh sedihhhh...



Published on 22 Jun 2013
Js Pictures Sdn Bhd Brought You Drama Series 20 Episode "Hujan (Rain)"
Start On 08 July 2013 ( Ramadhan ) Slot Azalea Tv3...


Btw, lagu TAKUT ni dah lama dah cik Amalia Alias ni buat/nyanyi/rekod. Baru je ni hah.. Pn. Sheila Rusly perasan amik lagu dia buat OST. Owhhh tahniah Amalia!!!... retisssss ko dikkk!!! :P Korang tgk tau cte ni... tgk opening pun dah sedih... opkos cite ni sedih glerrrr... #nangeslaju²

Perhal aku beriya bebenor promote cte and lagu ni?Haaaaa.... ade sebablahhhh... hahaha!!! sokong la org seni seperti mereka ini. Sgt kreatif... asalnya buat utk suka² n hobi... last² leh jadik popular lak kan... Owhhh tetiba terigt YUNA... Yuna still the best. *Tetiba lagu lelaki tak guna terngiang² di dalam kepala. LoL!!!

*Motip terselit dan tersirat sbb promote beriya sakan: AMALIA ALIAS ni besfren adik aku... Hahaha!!! Kbai...


*cover album buat sindri. kretip budak niii.. .:P


ORIGINAL SONG: AMALIA ALIAS


Lirik

Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini

Wednesday 3 July 2013

BAHAGIANYA RASA BILA SUDAH BERSUAMI... KETIKA SHOPPING!!!

Assalammualaikum semua...,

Selamat pagi dan salam ceria. LOL! macam pembaca berita la pulak. Awal bulan mesti la ceria bahagia... Almaklumlaaaahhhh dlm bank duit dah "diisikan". Hehehe...

Semalam incik somi offday. Kan dia dah start keje shift, so life rutin dia dah tak sama ngn aku. Aku keje dia tido. Aku tido dia keje. Aku keje dia cuti. Ktorg skang ni kalo pi dating time hari weekday je. Weken mmg susah laaaa... sbb incik somi mmg xde off day time weken sabtu or ahad. Dah la rooster jadual dia byk keje ptg sampai ke malam... Sian kakpah ni tau. Kdg² malam tido kesorangan... Sobs! Sobs! :P

Back to stori, smlm incik somi jemput kita pulang dr kerja. Dah plan dah pun nak pi dating. Aku ajak incik somi pegi 1 Utama Shopping Complex. Bosan la kan asik gi Paradigm mall yg setapak sedepa sebelah apartment ktorg tu je. Hihihi...

Incik somi nak shopping cari sluar keje n sluar jejalan... Haaaaa!!! dan tmpt feveret kami ialahhhhhh di BRANDS OUTLET. Jyeahhh... ktorg mmg suka. Dah la murah. Kat sana cara jualannya - BUY 1 FREE 1 dgn SATU HARGA.

Sambil incik somi pilih² sluar... aku pun cuci² mata. Niat mmg nak cuci² je... TETAPIIII... gelodak di dada, nafsu membuak² melihat benda² di situ... arghhhh!!! itulah perempuan. Nafsu 99 otak 1. Kih!kih!kih!... Nampak baju blouse lawa gler... rase nak beli baju. Pastu test try kasut plak... aku rase nak beli kasut plak... last² konfem nak beli kasut, sbb xde kasut. Opss! silap. Bukan xde kasut... tp kasut semua tapak dah haus (alasaaannnnn..!!!)

*Comel kan? kan?... :)

Bermula la entry lakonan gediks manja, "Sayang... saya nak kasut ni? Boleh? sayang blanje ehhh?" sambil senyum² manja menggoda sang suami... Hihihi. Incik somi pandang muka aku, "Shopping lagi?... ok, la amik la" Yeaaaaaa!!! senyum lebar dan girang... kerana berjaya MENGEPAW! Terima kasih incik somi. :D 

BAHAGIA KAN RASA BILA SUDAH BERSUAMI... KETIKA SHOPPING?


*Muka seronok lps dpt paw incik somi. 
Terus feeling nak amik gambo. Poyosss!!!

Korang leh tgk entry aku yg lps psl dress ni.
Terpengaruh dgn kecantikan Shea Rasol bila pakai dress Qeela 3.

Monday 1 July 2013

HATTArtw FASHION SHOW RAYA 2013

Assalammualaikum semua...

Ahhhhhh~~ Speechless!!! Xtau nak start dari mana nak cte ni. Sesungguhnya saya sangat HAPPY!!! Happy dapt jumpa favourite fashion designer saya - HATTA DOLMAT. Kenai dak? Tak kenai...? Hish! Hish! Hish! Takpa... Takpa... meh cni saya stori naaa... :)

Kita shared photos sambil stori okay? Ist pic - Ini lah Hatta Dolmat!!!

*Nampak tak aku tgh kontrol ayu. Haih... Hatta Dolmat ni friendly la sgt. Suka!

Kan posted yg lepas aku ade stori pasal aku terpilih oleh Hatta utk pergi event fashion show HATTArtw Raya 2013. Memang tak sangka menang la... Event ni hari Sabtu lps, 29th June 2013 kat Sheraton Imperial Hotel, KL. Sib baik Incik Somi izinkan aku attend event ni tau! Hihihi... dia tau bini dia ni "syiok" sgt ngn Hatta dah lama dah... Puii!!!

*e-invitation yg aku dpt dr emel

Majlis start lmbt. Kol 9mlm baru nak masuk dewan. Sementara group winner nak pggl masuk dewan, Aku ngn pemenang yg lain sempat la bergambar kejap ngn Hatta. Itu pun nasib tau... Hatta tgh borak² ngn kawan² dia... pastu dia pi amik air minum, dkt ngn ktorg... ape lagi ktorg pun tegur la. Nak amik gambo ngn dia sesama. Sporting dia tau... humble dan tak sombong pun. Alhamdulillah... semoga Hatta kekal dgn sikap mcm tu wlpun dah jd celebriti terkenal... :)

Ni nak shared gambo mase dah start. Sori la pic kureng memuaskan.




Apa yang aku leh bgtau kat sini... baju² koleksi HATTArtw 2013 mmg cun habis! bukan aku puji ni sbb aku mmg minat kat Hatta tau... betullll koleksi dia mmg cun. Nanti korang tgk la sindri ye... Harga berpatutan bermula dari RM2xx hingga RM300. Semua harga baju di bawah RM300. Korang memang mampu beli walaupun sepasang! Hehehe... <-- aku la tu kot.

Ok lah penat nak cte panjang² la... Hihihi.(malas sebenarnya nak taip lagi) nak tau lebih byk info, korang klik la ye link kat bawah yg aku bagi ni:-

Nak tau pasal HATTArtw 2013 lebih detail?
Klik sini: HATTArtw Tumblr

Nak beli?
Klik info PURCHASE di sini: PURCHASE HATTArtw

Nak tgk pics event HATTArtw haritu?
Klik sini: #HATTArtw instagram


Ini antara koleksi yg aku suka/minat.
 Average harga dari RM275-RM295
*Gambo amik dr booklet HATTArtw. 

RM275 - Lady Galaxy Pop

RM295 - Lady Lace Modern

Thursday 27 June 2013

BERTUAH LAGI!!! - I'M THE WINNER HATTARTW FASHION SHOW

Assalammualaikum semua...,

Sukaaaaa sangat sejak 2 minggu ni. Rasa bertuah sangatlah... hohoho! Last week menang contest Emel by Melinda Looi. Semalam plak dpt tau menang HATTARTW pulak. Bukan ade wat contest ape² pun. Hattadolmat suruh REPOST/RETWEET/SHARED je pasal produk terbaru dia tu. Aku pun suka suki la repost share kat IG aku... Hahaha!!! Alhamdulillah dan mmg tak sangka terpilih. Terkojut den, Hattadolmat tagged nama den kat IG dia... Lompat-lompat bintang semalam. Hihihi... nak tgk? nk tgk... *excited tak habis lagi ni! LOL...!!! Btw, RTW tu singkatan bagi READY TO WEAR. :)

*Nampak tak tu? Hatta tagged & like IG kita. :)

Event ni start 29hb Jun, Sabtu jam 8pm kat SHERATON IMPERIAL HOTEL Jalan Sultan Ismail. Sape² dok KL tau la ye... (aku pun baru google katne... Owhhh dkt ngn area ke Kg. Baru/Bkt Bintang rupanya. Baru tauuu... :P) Hantar emel ke assistant Hatta, Qamy namanya. Then Qamy emel E-Invitation card kat aku. Qamy siap remind bgtau, "Pakai glams2 & Vouge²..." Hahaha... aku maneler reti vouge n glams ni... aku tau pegi dinner malam pakai baju kurung, dress tak pun jubah je... hihi. Den dah juakkkkk... trus emel kat Qamy lagi (sure Qamy geleng kapla tgk emel aku je yg masuk. hihi) aku tny, "Dress code glams & vouge camne... alamaakkk... advise pls. Nak pakai baju kurung, dress or jubah bleh?" Qamy replied, "pakai je cantik². tema glams. just be yourself.." Haihh... lega aku pas Qamy balas camgitu... janji glams ye... glams.... mekap glams sudahhhh! :P

*Sbhgn rupa e-invi card dari Hattartw & First lady

Hrmmm... Tak sabar ni oiii nak tgk fashion show favourite designer aku ni. Dulu dok berangan Hatta buatkan baju kawin... Berangannnn jeee laaaaa... kalo dlm poket ade ribu-ribuan tarak hal face to face ngn Hattadolmat. Hihihi... Finally, dapat gak jumpa dia & tgk fashion show in my real life dan secara langsung 29hb June 2013 ini!!!.... Can't waaaaitttttttt!!! :D

Antara teaser koleksi Hattartw
*kredit gambar kpd Hattartw


*lawa kan? Full lace siap ngn bunga² timbul.
Hatta kata skang fashion camgini tgh "in".


Kalo korang xkenal Hattadolmat, korang pegi la web dia - http://www.hattadolmat.com/. Dia design mmg lawo² laaahhhh haiiii... mmg tempting gugur hati mata tgk dia nyer design (aku kata laaa... org lain kata aku xamik tau. Hihi)

Jommmmmmmm!!! tahun ni kita raya sakan pakai baju Hattadolmat pulak. Mmg korang mampu beli... percayaaalahhhh.... jgn lupa serbu First Lady nnt eh. 

Selamat menyambut bulan Ramadhan Semua... ;)

Monday 24 June 2013

ALHAMDULILLAH... I'M THE WINNER!!! - EMEL BY MELINDA LOOI

Assalammualaikum semua dan selamat berjerebusssssh!!!...

Hrmmm... teruk kan jerebu skang ni. Dulu ade gak Msia kena jerebu tp xde la sampai index naik ke paras BAHAYA... Huihhh! Takut wooo... tak pasal² leh dpt semput. Hari terbau asap terbakor... Ni gi keje pakai mask (Rase macam gaban la plak... :P)

Ok stop cte jerebu. Nak cte pasal perihal fashion pulak ye. Last week aku gatal² tgn try test cuba nak masuk contest dari blog Shea Rasol. Alaaa... jwp simple question je. Piki xde la rase akan menang sbb aku tgk ramai yg minat masuk contest tu :) Dalam hati dpt scarf dr koleksi EMEL Melinda Looi pun jadilah... xde la berangan MENANG BESAR dpt g event fashion show & Hi-Tea. Tup! Tup menang besar la pulak... Haiii la bertuah! dah la baru 1st komen aku tu kat blog Shea. So lucky! Hehehe...

*Teruja wooo dpt emel nih!


+ Ni link blog Shea soklan yg aku kena jawap: GET YOURSELF EMEL BY MELINDA LOOI
+ Ni plak link Shea umumkan nama pemenang: DIME A DOZEN
+ Soklan yg aku kena jawap:
All you need to do is, LIKE this post on that blue LIKE button below and answer in the comment box:
  • What are you mostly looking forward to in Ramadan?
  • Full name
  • Email
+ Jawapan yg aku bagi:
Assalammualaikum Shea,

This is my 1st comment to your lovely blog Miss Shea. Harap² i'm the lucky one! (Tak bodekkk!!! hehe..)

What are you mostly looking forward to in Ramadan?
- This is my 1st time Ramadhan as a Wifeeeeee!!! Hahaha.. and i mostly excited about it. Can't wait solat terawih, sahur, break fast with my lovely husband... Opss! and of course PARAM - Pasar Ramadhan. Every during Ramadhan i've enjoyed "cuci² mata" seeing a variety of foods. Other than that... the mostly looking forward to in Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan dan memberi saya lebih banyak peluang utk beribadah dan mendapat pahala daripada ALLAH SWT. In Sha Allah... :)

Selamat menyambut Ramadhan Shea Rasol.

Full name: Nurashikin Mohd Amin
Email: cikin_80@yahoo.com
June 18, 2013 at 12:56 PM

*Ni la rupa e-invi kad diaorg emel. Sebelah kiri ade lg gambo.
Muka maya karin. Tp aku xminat. Tu yg aku crop tu. Hahaha!!!

Giler pjg kan aku taip? Hahaha... susah org yg byk ckp ni. Adeeee je benda nak ngomel (Sesuai  bg mereka yg suka buat blog. Org yg ade blog ni suka mengomel! Hehehe...) Btw, aku xdpt attent event tu sbb buat masa weekday... hari Rabu ni - 26th JUNE 2013, kat PWTC jam 2.30-4.30pm. Alaaaaa!!! mase wat contest tu mmg xpasan sbb teruja sgt nak masuk contest. Igtkan event tu time weekend... Hrmm.. xde rezeki. :'( Berangan la nak jumpa Shea Rasol dgn Diana Amir. Hailaaaahhh!!! maybe 1 day kot dpt jumpa diaorg. In Sha Allah. Adore their style!!! sangat cantik wlpun simple je diaorg dress up. :)


So... pade sape yg terbaca post aku ni pada hari ini (24/06/2013) dan teringin nak pegi event EMEL BY MELINDA LOOI,  aku nak bagi free kat korang la invi card tu. Boleh la dgn segera emel ke aku ye: cikin_80@yahoo.com ataupun SMS 012-2629090. Ade peluang lagi ni... Esok last day bg nama buat confirmation ke event ni.

*Sila re-post kpd kawan² anda yg berminat. Opss! Fyi, Per-invi card only for ONE PERSON. 

Friday 21 June 2013

JOM SOKONG PETANI RAKYAT PALESTIN & BELI KURMA PALESTINIAN MEDJOUL DATES



Assalammualaikum semua... salam jumaat,

Alhamdullilah... dah jumaat dah kita ye? *Suka!Suka!Suka! Spt biasa sebelum buat apa² aku suka online dulu... tgk berita online... apa² je la yg jd kat malaysia & dunia kita ni. Laagiii satu, tak sah la kan kalo tak bukak FACEBOOK. Hahaha... "makanan harian di waktu pagi. LOL!

Okay... malas nak lalut panjang², kan bulan Ramadhan akan tiba dlm masa beberapa belas hari je la kan? So aku share cite pasal Kurma Palestinian Medjoul Date. Ni pun dpt info dari Official page Wardina Safiyyah. Aku suka shared benda² yang ilimiah dan berinfo. Kan ade kate, if kita berkongsi ilmu dah dapat pahala tau... 

Ini antara petikan kata dari Wardina Safiyyah:-

"Boikot kurma Iran dan kurma Israel! JOm tolong petani Palestine!! Kurma medjoul Palestin dari Ariha yg diusahakan oleh peladang kurma Palestin sendiri. sila hubungi Manager Ariha dates (Wan Muhammad @ Wan Am 0175854409) utk tempahan sebagai pengedar. utk pembelian bolih hubungi aqsa syarif daerah (sila lawat FB Aqsa Syarif utk alamat/no tel aqsa syarif daerah @70 daerah seluruh negara). satu cara utk membantu petani/rakyat palestin."



Sape² yang rase nak jd pengedar boleh la hubungi nombor yang tertera itu. Aku taknak jadi pengedar. Aku nak beli je. Sambil membeli, sambil membantu rakyat islam Palestin kita yang sering dan sudah lama di tindas. Cara paling senang ini je la yg kita mampu tolong dan derma serta sedekah kepada mereka. Semoga mereka dilindungi dan dilimpahi rezeki oleh Allah SWT. Aminnn...


Selamat menyambut Ramadhan semua... Sayang Islam! :)

Tuesday 18 June 2013

SHOPPING RAYA QEELA DRESS - NAVY BLUE @ PRETTY LUUNA

"Ekelehhhh... Lum puasa lagi dah cite pasal shopping raya."

Mesti korang kata begitu kan?kan?kan? Hehehe... lantak laaarrrr...!!! :P style aku, beli sikit2 nnt tak la terase duit keluar byk sangat. Tol tak? Itu style aku la... style korang, korang nyer pasal la. (Huishh.. kasor bahsa cik kak oi! Hehehe.. gurau!)





Camne leh terjebak shopping dress atas ni? Begini ctenya....

Aku kan suka baca blog Shea Rasol blogger fashionista Malaysia. Korang mesti kenalnya lahh... aku dah lama dok follow gadis comey Shea ni. Bagi aku, taste dia mmg cool... cantik & superb! barang murah pun, bila dia pakai nampak lawa, mahal dan esklusif bagi aku. Dia pun mcm kita gak... ade barang dia beli sendiri, ada barang dia kongsi sama ngn adik bradik ngn mak dia... paling aku tak tahan handbang vintage mak dia... aduhhhh! Gler lawa... Baguih dpt mak yg suka melaram jugak! (macam mak aku ler ni...)

Satu hari tu dia posted blog pasal dia jejalan pegi Jalan TAR... aku mmg terpegun la dia dress up. Pakai  Qeela Dress beli dari PRETTY LUUNA Cun gilosss bagi aku. Simple, Sweet and and and very nice... Tu laaa, sape kate org berhijab ni tak boleh melawa? tapi melawa tu pun kena iku syariat jugak la kan... LABUH DAN LONGGAR! Ni aku shared posted blog dia pakai dress Qeela kaler emerald green. Cuweeetttt sangat! :)




Memula nak tiru la kan, nak beli emerald green jugak... skali dah out of stock. Shea punya pasal semua jadi selling fast! Hehehe... ekceli aku xde/xpenah ade kaler hijau emerald ni, nak gak pakai. Tgk dulu elyana ngn schaalyahya pakai kaler ni lawaaa la sangat. Aku tak berani pakai memula sbb rase mcm suram... Tetapi bila tgk kaler ni dah dok popularrrrrr... makaaaaa aku pun ingin cuba. Hihihi... Aku <--- adakah mangsa fesyen? LOL!!! In the end beli la kaler biru kesukaan aku... sib baik ade lg stock. Alhamdulillah, email dah replied oleh admin PRETTY LUUNA. Esok nak pi bayar. Sib baik reservation dlm mase 2 hari. Harga hanya RM60 sahaja... postage RM6. Jumlah RM66 sahajaaaaa... :)

SARANGHAEYO KOREA! = I LOVE YOU KOREA!

*Saranghaeyo, meaning "I love you", is written as 사랑해요 in Korean.

Assalammualaikum semua,

Kenapa aku tetiba taip ayat korea ni? adakah aku akan ke korea? honeymoon kali ke-2 bersama incik somi???!!! Owhhh... tidak, tidak, tidak... Jauh lagi mau menuju ke sana. Tarak bajet woooo!!! ado RM3K baru leh cite (tak termasuk duit shopping lagi tuh. haih!). Ngheeee.... :P

Begini cte sebenarnya... Mak ngn adik aku yg pegi sebenarnya laaarrrr. Diorg dah register awal2 tahun haritu masa Matta Fair kat PWTC bulan Mac haritu. Sekali deposit sorang kena bayo RM500. Aku manede duit tang tu... baru nak bernapas kumpul duit tauuuu... Sobs! Sobs! Sobs! Jealoussssss lagi nih!...

Adik aku amik travel manentah lupa la plak. Tapi ianya percutian in pakej group - muslim travel. Senang kan skang ni nak pi bercuti?... semua dah sedia ada. Janji ONGKOS kena ada dulu la kan? Per person RM3K+++ pakej 6H 4M. Adik ngn mak aku syiokkkkk woooo... mak aku la plak paling eksaited. Dah 2 hari balik mesia still dok cte negara Korea. Lagiii laaaaa aku panas meyirap mengoren semua lah! Aku ajak abah aku gi thn depan. Abah aku kate okay je. Aku ckp, "abah sponsor... yeayyy!!!" Terus abah ku senyap. Hahahaha...!!!

Byk tempat2 popular adik aku pegi antaranya Nami Island... cte winter sonata wat kat situ la shooting. Sape2 yg pegi time musim sejuk opkos terasa auranya... hehehe. Tapi skang ni musim panas, (adik aku kate xpanas manepun... 29 darjah celsius) so, xde la sajli malji bebola ais. Untungnya pegi time musim panas ni, senang nak berjalan... xyah nak pakai baju tebal2... perjalanan mudah tanpa ade delay2 (kalo time salji buruk, kan slalu delay time perjalanan)... nak shopping pun xde masalah. Sonanggggg!!!

Ini antara ole-ole adik ngn mak aku belikan... (rugi aku tak mintak adik aku sebundle pack masker. Kat sana murah gler produk skin care - 1 peket face masker baru RM1 duit kita. Murahkannnn?) Jom usha barang2 100% made in Korea. Bukan made in China taaauuuuu.... awal2 dah suh adik aku cek kalo nak shopping brg kat sana... kalo made in China, baik gi negara Cina terus... ye dak??? hahaha...!!!

Handmade fridge magnet, face mask, Halal food keropok & WON1000 (RM3 jer!)

Losyen, brooch, face mask & Tshirt. All 100% made in Korea. 

Miniature Moschino Collection. 
Mak aku beli kat airport Incheon. Harga murah la mcm kat Langkawi.
Comey je! Suka tau bau floral&fruity.

2PM artis kegemaran aku & adik aku... ktorg ni geng Hottest tauuu...!!!

Wednesday 12 June 2013

ALKISAHNYA TUDUNG BAWAL COTTON VISCOSE

Assalammualaikum semua,

Ni 1st entry utk bulan Jun 2013... hahaha! dah tgh bulan baru nak update blog. Bkn xnak update, tp rasenya xde cte yg best nak cte kat korang semua. 

Ni haa.. tetiba plak nak share stori ngn korang pasal TUDUNG. Haih... sape yg tak giler ngn tudung kan? Sape yg berhijab tu dan giler berfesyen, mesti hari2 dok scroll kat tenet nak cari latest corak tudung kan?kan?kan?... Alaaaa... aku tau la. Sbb aku pun hari2 mmg buat camgitu. Hahaha! Aku mmg gler tudung. Tak kisah la shawl ke, bawal ke, syria ke, tudung awning ke... semua aku bedal! Seronok gler kalo bab cuci2 mata tgk tudung kat tenet ni kannnnn?.... :P

Aku sebenarnya nak cte psl aku beli tudung BAWAL COTTON VISCOSE BIDANG 45". Aku still confused sampai laaa niii haaaaaa... kenapaaaa???

Sebab aku konpius ialahhhhhh... korang bleh bayang tak? camne la aku tak konpius... Tudung corak dan material yang sama, kat kedai harga jual lain, kat online jual lain... plak tu kat online ni ade beribu-ribuuuuuuuuuuuu online seller tudung. Makaaaanyaaaaa... harga pun sangat berbeza. Padehal material sama tu. Ya, aku paham. Ade seller nak untung lebih... ada seller tak kisah, janji dpt untung pulang modal. Aku tau la sbb aku pun peniaga jugak. Hihihi...

Ni kisah aku ye: - aku beli kat kedai "A" sebab murah harga jauh beza sgt dengan kedai online "B" & "C". Aku beli RM15 je. Korang nak tau tak berapa aku tgk harga kat online tudung aku tu? RM25 okayyyyy. Mahal kan?... tu tak masuk postage lagi tu. Kalo beli wholesale plak kedai "B" jual RM170 termasuk postage. Kalo beli wholesale kat kedai "C" plak dia jual RM160 termasuk postage. Haaaa... korang nampak tak perbezaan tu. (Ya, aku mmg seorang yg detail dan suka survey. Itu penting!!!)

Apa aku bleh wat conclusion skang ni, barangan online skang harga sama je kalo kita pegi beli sendri kat butik/kedai luar sana... xde lagi istilah "beli brg kat online lagi murah laaa...." ITU DULU, SKANG TIDAK LAGI... Bukan aku sorang je tau yg ckp camgini, kwn2 aku yg suka shopping online pun dah perasan dan berpendapat sama cam aku ni.




Nasihat personal aku la kan... patutnya seller online ni kena la compare harga dgn peniaga lain dr online jugak. Pastu jgn ler beli dgn "orang dari atas tangan ke tangan" (pembekal 1 jual ke pembekal 2 kemudian kita beli dari pembekal 2 maka harga jadi 2X ganda la naiknya). Baik terus beli drp pembekal or pemborong. Rajin2 la cari sendiri thru google or tanya2 kat org. Kalo jual mahal sangat, mane ade pembeli nak beli. La ni... kita sebagai pembeli ade "KUASA VETO". Kuasa Pembeli gituh... korang opkos dok survey2 yg paling murah kan? Ye dak?... Heeee!!! Peace... :)


Bawah ni aku shared pics tudung bawal cotton viscose aku yg berharga di pasaran dgn bermacam2 harga. Heheheh... Gambo balik kg awal Jun haritu. Anak buah aku kahwin...

*Baru beli terus pakai. Tak sempat nak basuh dulu. haha!

*Peace yo!

ni bff tersayang... anak akak aku. Mana2 mesti nak menempel kat aku. Hihi.

*mak aku meghaaaahhhh... hihi!

Thursday 30 May 2013

TEMUDUGA SPA: JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27


Assalammualaikum semua...

Haaaa... korang nampak tak pic IG aku dok letak atas ni? Nampak dak? Terkejut woiii bila dapat tawaran ni lebih kurang 2 minggu lepas. Akak aku call, lebih kurang gini la perbualan ktorg: (Aku kdg2 suka pggl akak aku "Datin" sbb dia bergaya mmg mcm2 mak datin. Dari atas pakai tudung...sampai ler kasut, baju & handbag. Hihihi...)

"Datin" Aza: Eh.. aku tgk emel ko ade emel dr SPA.
Aku: Ko bukak emel aku? Ohh.. kat ipad ko eh. Jawatan ape? ape??? (suara terkejut teruja)
"Datin" Aza: Penolong Pegawai Tadbir. Ko pegi la. Jgn tak pegi.
Aku: Okay2.. balik kang aku cek mel. Esok mesti surat SPA sampai umah. Nnt bg kat aku tau. tq.

Balik umah, cek emel. Belek baca2 lama la jugak. Aku siap kabo kat abahmak aku...Hahaha! Kecoh la beb... igt senang nak kena pggl temuduga dari SPA??? Abahmak dah teruja dah. Hari2 mak aku dok berdoa katanya. Siap smyg hajat utk aku. Tu la dia mak kan... kita dah kawin pun still nak amik tau dan ambil berat hal kita.

Di waktu hari kejadian... Semalam laaaa. Hihihi... 29/05/2013. Jam 7.00pg dah sampai dpn pintu gate SPA, Jln Cenderasari (area dkt Lake Garden, blakang Taman Burung.) Incik somi yg anto. Demi aku dia mntk cuti. Alaaa... dia keje shift. Masuk ptg smlm, tp dia nak cuti gak sbb ktorg mmg dah plan lps abis gi temuduga aku ni ktorg nak jalan2 gi dating. Aku ni mane pandai drive kete... mmg xmau blaja. Haha... ktorg gi bekfes dulu dpn Klinik KK Tanglin. kat dpn tu ade foodcourt tmpt org kerajaan dok lepak makan.

Okay... proses temuduga kat SPA ni mula2 kena buat:
  • Pendaftaran amik no. giliran (sape dtg awal, dpt la no. giliran awal)
  • Pekerja pendaftar cek n semak segala salinan yg kena ada. Cukup ke tidak.
  • Tunggu kena panggil no. giliran di bilik yg ditetapkan.
Sbb aku dtg awal, giliran aku No. 2 di bilik kedua (Bilik B). Masa temuduga smlm ramai je yg dtg. Ikut klasifikasi masing2. Ade byk bilik di buka... A,B,C... bla2 dan seterusnya. Tgk ramai dari pekerja kerajaan yg dtg (Pelantikan naik jawatan). Ehehhh... terjumpa plak sepupu aku. Dia keje kat bhgn Kementerian Pertahanan. Cian dia, dah byk kali apply tp xdpt... rajin gak dia usaha tak jemu2 n tak putus asa.

Sesampai je no. 2012 bilik B berbunyi (tingggg...!!!) aku dah berdebar2... Hahaha!!! tp sempat senyum2 kat  calon lelain. Cool beb! Cool... Dpn pintu, aku ketuk perlahan, nampak 2 org pegawai SPA. Seorg lelaki n seorang perempuan. Pertengahan umur lingkungan 50-an. Aku senyum manis lembut, bagi salam & ucap selamat pagi. (Sepanjang temuduga aku senyummmmmmm je... nak kasi aura ceria manis la konon!) Sib baik 2 org pegawai ni okay sangat2... lembut, senyum, xde bagi soklan berbentuk provokasi, Kalo aku ade kurang phm atau xdpt nak jwp jwpn secara penuh diorg kasi hint sket...  Sgt helpful! Alhamdulillah... rase takde la cuak or nervous sgt. Spjg masa temuduga aku rasa santai je la... kurang rase tekanan. Alhamdulillah!!!

Korang nak tau, ape pegawai SPA ni tanya kat aku? Meh sini aku share serba sedikit. Mane la tau... kot2 korang nnt dpt  tawaran sama cam aku nnt. Okay, ni soklan yg aku kena:

  • Apa tugas-tugas yang perlu dibuat bagi jawatan yg dimohon iaitu Penolong Pegawai Tadbir N27?
  • Bagi contoh salah satu Dasar Malaysia. Huraikan.
  • Apa dia Gagasan 1Malaysia?
  • Apa 5 kaum di Malaysia?
  • Integriti sikap yang perlu ada dlm bekerja. Apa dia sikap-sikap tersebut?
  • Perbezaan antara Kementerian dan Jabatan. Bagi contoh sekali. (Ni aku failed! xdpt jwp dgn betul.)
  • Pengetahuan am serba sedikit yg berlaku di Malaysia. Mcm smlm aku kena tny bab bot/feri karam kat Sarawak. (Sib baik aku baca sket2.)
  • Lelain byk tanya apa yg kita buat skang ni. Maksudnya kerja yang kita sedang buat skang ni.
Haaaa... itu la dia soklan yg aku dpt share ngn korang. Mintak2 sgt membantu la ye. InsyaAllah... Lagi bagus kal dpt panel temuduga, pegawai SPA yg baik mcm aku dpt smlm. Syukur sangat. :) Semoga aku dapat la ye... Xdpt xper la. Mungkin xder rezeki dlm Jabatan Kerajaan. Janji aku dah cuba sebaik mungkin. Redhaaaaa keputusan yg akan dtg 2 BULAN lagi. 29/07/2013 nak cek emel!!! tak sabarrrrr.... :)



Sunday 19 May 2013

HONEYMOON @ PENANG ISLAND

Kalo korang nak tau la... aku ngn incik somi baru berkesempatan pi honeymoon awal bulan haritu. ktorg pegi PULAU PINANG. PULAU ROKET... Hihihi.. ktorg pegi 6hb Mei - 8hb Mei 2013. Stayed kat Hotel Sunway, Georgetown Penang. Abah kasi hadiah tdo kat hotel tu. Alhamdulillah... save duit hotel. Hihihi... semoga rezeki abah saya semakin bertambah. Aminnnn!!!

Dulukan aku plan nak pi tmpt lain. Nak gi Sabah ke Sarawak. Lupa dah. Aku ade update kat blog dulu. Abah mmg nak blanje tmpt hotel kitorg nak menginap. Hadiah kawin honeymoon la kan... :) okay, berbalik pd cte PULAU PINANG... Haishh, xtau nak kate ape... seronok la sgt honeymoon. :P 

Semua tmpt tourist ktorg pegi. Expecially Batu Feringgi. 3x naik atas... incik somi mmg suka je drive kete. Tarak hal la dia kate. :) Pegi makan tmpt2 popular... ktorg xde la shopping sgt. Incik somi pun shopping beli selai baju HRC. Mahal la bagi aku. Tshirt biasa lengan pendek RM110. Aku jarang beli brg mahal2. Incik somi pun mcm tu gak. Dpt selai pun jadila kannn... Aku xbeli pun. Sbb xde baju yg sesuai utk para muslimah mcm aku ni. Ade je lengan pjg, tp kualiti kain tak best sbb jarang. Mane lagi ktorg jejalan? Hrmmm... Haaaa... gi Bukit Bendera. Kalo korang nak tau, incik somi aku ni tak penah jalan2 pusing habis kat penang. Ciannn dia. Hihihi... dulu dia kate, ade la pegi sekali. Tu pun jalan2 kat town je. Aku? takyah ckp la... dah byk kali tak terkira g Penang. Yer la... ade sedara mara kat area Perak ngn Penang... Harus la dtg Penang. :)

Okaylahh.. jom tatap pics honeymoon kami. Yg kelakarnya, pics tak byk berdua sbbnya "SAYA AMIK PIC AWAK, AWAK AMIK PIC SAYA". Hahahaahaa... 

BUKIT BENDERA





HRC, BATU FERINGGI








HAMMER BAY, QUEENSBAY SEASIDE






NASI KANDAR LINE CLEAR




JERUK MADU PAK ALI, PASAR CHOW RASTA



KUIL CHAIYA, JALAN BURMA




FERI, PULAU PINANG



Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...