Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."
Showing posts with label UJIAN HIV. Show all posts
Showing posts with label UJIAN HIV. Show all posts

Thursday, 4 October 2012

B2B TASK [40]: ALKISAHNYA HIV TEST (PART 1)

Memula nak taip... GRRRRRRR!!! *Bukan marah, gerraammm jew*

KORANG SEMUA MESTI BACA SAMPAI HABIS
ENTRY AKU NIH!!!


Camne nak start stori ek... pjg ni nak stori. Stori pasal tidak kepuashatian dgn sistem Klinik Kerajaan Kesihatan Malaysia. Ulang Taip caps lock - KERAJAAN...

2 hari sebelum buat ujian hiv... [Isnin - 1/10/2012]

Kisah 1 - Alkisahnya nak buat saringan hiv test dlm diswek... call la salah satu KK berdekatan dgn umah - KK Kelana Jaya nak buat appointment utk hiv test. Situasi begini:

Aku: Selamat pagi
KK: Bhgn pendaftaran. Selamat pagi.
Aku: Saya nak buat appointment utk hiv test... er, utk kawin.
KK: Bila nak kawin?
Aku: bulan 12 ni.
KK: Owh... tak sempat. Tak boleh buat. Kalo nak kawin bulan 12 mmg tak boleh buat.
Aku: (memula blur) Er... sy nak buat diswek, knp tak sempat tak boleh plak?
KK: Mmg tak boleh. Kalo buat result dpt bln 1 (suara mcm dah malas nak lyn)
Aku: (tak puas hati) Skang bln 10, tak boleh jugak ke?
KK: (suara dia pun xpuas hati) Mmg tak boleh mcm sy ckp td la, kalo nak buat jugak. Dpt bln 1.
Aku: (Dah hangin) Klinik KK lain mcm tu jugak je? ade solution lain utk saya tak? (tetiba nk mntk tlg sbb 1st time kan... nak la advise)
KK: Tak tau la... cik cari call sendiri la...
Aku: (kecewa) Xper la. Terima kasih.

Begitu la kisah pertama. Aku dah la tgh demam panas. Lagi la aku hanginnnnn!!!

Kisah 2 - Aku on tenet, amik list semua no klinik KK daerah petaling jaya. Cari no yg dkt ngn kwsn daerah umah aku ngn aku tau tmpt... Call KK Seri Kembangan tak angkat, call KK Shah Alam tak angkat, Call Ampang tak angkat, call KK AU2 Keramat... Nak tau situasi jd ape plak? Begini ceritanya:

(Tunggu lama la jugak nak tggu staff KK pick up phone)
Aku: Selamat pagi
KK: Selamat pagi
Aku: Sy nak buat appointment utk hiv test. Utk kawin
KK: Tinggal kat mana?
Aku: Kelana Jaya
KK: kat sana ade KK. Boleh buat kat sana.
Aku: Dah call td. staff kate tak boleh buat tak sempat utk nak kawin bln 12. Semo klinik KK mcm tu ke? (dah start nak hangin)
KK: Maaf la cik. Kat sini tak boleh buat. Ade masalah. Cik try pegi KK lain atau klinik swasta.
Aku: Boleh ke kat klinik swasta?
KK: (suara dh mcm malas nak layan) boleh, pegi klinik swasta. Lps tu bwk surat ke sini.
Aku: Hrmmm... xper la. Terima kasih. (Kecewa lagi)

Begitu la plak kisah kedua... aku tak yakin ngn jwpn BOLEH BUAT DI KLINIK SWASTA. Sebab diberitahu perlu buat di klinik-klinik kerajaan aje... arghhh!!! dah start kepala pening... trus call "my-sayang"... ngaduuuuu....

Ngadu habis-habisan... siap nangis kejap. Yer la, aku tgh demam. Stress. Bila stress aku mmg senang naik hangin.. nangis... emo tak tentu pasal. Hihihi... gedix kan? :P Last2 "my-sayang" bgtau, biar dia uruskan sbb kesian aku tgh demam. Dia call klinik daerah Sepang. Area kwsn tmpt dia keje... Hrmmm. Kat KK salak, result dpt sebulan. Kat KK Sg. Pelek plak leh siap dlm 1 hari je, tp HIV test kit dah kehabisan stok. Pulak dahhhhh... nak buat bulan dpn diorg kate. Hadoiiiii....

Pastu "my-sayang" call JAIS utk double confirm boleh ke buat kat klinik/hospital swasta. Skali SAHIH!!! Boleh buat kat klinik/hospital swasta. Lepas tu kena jugak gi Klinik KK Kerajaan utk mintak pengesahan cop dan tandatangan pegawai. Ahhhh..... Lega aku bila dpt info dr "my-sayang". Dia terus call hospital NCI dekat Nilai, buat appointment jam 10pagi. Alhamdulillah... settle! (Masa ni aku dah rasa lega sgt2...)

PART 2... TO BE CONTINUED... SELEPAS INI.... hihi!!!

Sunday, 1 April 2012

B2B TASK [6]: UJIAN HIV (JAIS - BAHAGIAN NEGERI SELANGOR)


UPDATED! TAK JADI BUAT UJIAN HIV 10HB APRIL 2012. BARU DPT TAU TEMPOH HANYA UTK
6 BULAN SAHAJA.
====================================================================

UPDATED! Kami dah buat appointment. InsyaAllah nextweek 10hb April kami pegi
ujian HIV dekat KK Kelana Jaya. :)
====================================================================
Semalam mlm diskusi ngn "my-sayang"... InsyaAllah, awal bln depan kami akan pegi Klinik Kesihatan Kelana Jaya nak buat ujian HIV. Tarikh tak sure lagi, sbb ktorg kena apply cuti dulu. Kat bawah ni sedikit info mengenai Ujian HIV (JAIS- Bahagian Negeri Selangor).

INDIVIDU YANG PERLU MENJALANI UJIAN HIV
1. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin di Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

2. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin Negeri Selangor Tetapi Ingin Berkahwin Di Luar Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

3. Pengecualian akan diberikan kepada individu yang telah menjalani ujian tersebut di Negeri, Johor, Melaka dan Pahang, dengan syarat individu tersebut perlu mengemukakan laporan ujian tersebut.

4. Pasangan Yang Ingin Mendaftarkan Perkahwinan Setelah Berkahwin di Luar Negeri.
(Permohonan Mendaftar Perkahwinan Sek 31,33,40 (2) dan 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

Sekiranya salah seorang pasangan berasal dari negeri selain daripada Negeri Selangor, Johor, Melaka dan Pahang, maka individu tersebut akan diberi pilihan seperti berikut :

i. Pemohon hadir ke Negeri Selangor untuk menjalani ujian tersebut seperti biasa, atau ;

ii. Pemohon mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Negeri Selangor dan membuat ujian tersebut di Klinik Kesihatan Kerajaan di negeri mereka dengan menanggung segala kos yang telah ditetapkan oleh pihak klinik.

*** Pemohon boleh mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan seluruh Selangor.

Bagi maklumat lebih lanjut, sila klik link dibawah ini:-

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...