Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Friday 18 December 2015

MENGANDUNG/PREGNANCY: 3RD TRIMESTER (PART 4 - OGTT)

Assalammualaikum semua,

... Dan selamat pagi Jumaat yang barakah. hari ni 18/12/2015. Aku nak cite halnya kisah semalam 1st appointment buat OGTT atau kata hambarnya - MINUM AIR GULA. Hahaha!!!


Seronok sangat kan ayat atas aku tu? Ok start cite skang...

17/12/2015, hari Khamis... aku & incik asben sampai di klinik Antenatal PPUM pukul 8.15 pagi. Ye laaaaa... kena la dtg awal. Kan puasa. Kang dtg lambat, lambat la boleh berbuka puasa. Tapi bgn pepagi perot aku ni biasa mmg tak karuan pun. Terus kreuk kreuk kreuk lapar.... Mlm smlm start puasa jam 11malam. Manaaa laaaaa... tak lapar. cian BabyHN pun mengamok tendang² perot ummi menahan lapar. Hehehe...!!!

Terus pegi ke kaunter pendaftaran - TEKAN BUTTON C untuk ujian OGTT. Nombor aku ke-2 dipanggil. Kejap je proses. Bayaran hanya dikenakan sebanyak RM13.50 sahajaaaaa... Staff tu kata, "Terus pegi ke bilik no. 12 ya..." Macam la ktorg tau bilik no 12 kat mane. Sib baik incik asben pantas, laju je dia jalan ke depan tanya kat kaunter nurse... "Owhh kat situ.." kata incik asbenku yg prihatin (Alhamdulillah, syukur sgt dapat suami yang baik dan prihatin). Aku pun terkedek² la pegi ke bilik no. 12. Incik asben tunggu kat seat luar.


Dekat Bilik no. 12...

Takde patient... hanya ada 2 org nurse muda. Aku bagi salam & senyum... depa senyum (kita kena start dulu bagi salam & senyum... baru depa nak mesra kot? ntahla). Aku bgtau hari ni kena minum air gula. aku hulur borang. Nurse tu tanya - TARIKH EDD? ANAK YANG KE BERAPA? TINGGI & BERAT? UMUR? NO. HP? lps tu bagi aku dua bekas kecik utk amik darah isi darah nanti. Kena pegang sendiri ya. Tunggu la turnnnnn... Lama la jugak tggu dari jam 8.45pagi sampai 9.20pagi. Sebab nurse yang bertugas utk amik darah tengah sibuk kat bhgn lain. Sib baik aku org yg pertama awal yg kena buat dulu. Masa menunggu tu mata aku melilau dlm bilik no. 12... GULPS!!! ternampak bekas cawan berwarna putih (macam cawan coffee tp tinggi sikit). Sah la!!! cawan itu berisi air gula... Hehe! aku senyum sorang². Lps settle amik darah yg pertama, terus kena pegi minum air gula. (tak amik gambar sbb malas. Boleh? hehe. tak teruja tgk cawan tuhhhh... :p)


Minum air gula bermula...

Jeng. Jeng. Jeng! Aku amik cawan, buka penutup... ehehhhhhh!!! air gula PERISA OREN suam² gittew. Hahaha!!! hati ku dah gumbiraaaaaaaa... sbb kwn² aku kata yang pure plain kaler putih TAK SEDAP LANGSUNG. Mmg tekak rasa loya nak termuntah masa minum. Alhamdullillah... aku dpt yg berperisa. Hehe! aku amik bau sikit, pastu rasa kat hujung lidah sikit. SERIUSSSSSS MANIS GILA BABENG!!! Terus aku teringat tips² dari blogger mak² mengandung yg aku baca mlm smlm... aku ikut 100% depa punya tips. BERJAYA AKHIRNYA!!!... aku TARIK NAPAS, PASTU MINUM SEKALIGUS TANPA HENTI. SELESAIIIII!!! Nurse terkejut, "eheh.. dah sudah?" Aku tersenyum bangga. Pastu kena tunggu dalam 2jam utk amik darah kali ke-2. Dalam masa 2jam tak boleh makan lg. Hanya boleh minum air kosong sahaja. Aku kuar bilik tersengeh pandang muka incik asben... Banggaaa laaaaaaa!!! dapat menahan minum air gula yg ibu² ngandung anggap sebagai mimpi ngeri. Hehe... lps 2jam amik darah terus balikkkkkk - HUNTING FOODS!!! Muahahaha... kebulur weeeeeyh. Lapor sesangat!!!


Ok, ni aku shared tips² yg aku ikut -
KREDIT KEPADA BLOGGERS INI. TERIMA KASIH BANYAK²!!!




Tuesday 15 December 2015

MENGANDUNG/PREGNANCY: 3RD TRIMESTER (PART 3)

Assalammualaikum semua,

Hari ni 15/12/2015 (Selasa). Nak stori pasal 1st check up kat PPUM semalam, (14/12/2015). Btw, tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor... Juara Piala Malaysia (tak minat bola punnnn... tapi mengikuti perkembangan semasa itu penting. Hehe!)

Last posted kan aku ade bgtau kena dtg 1st appointment kat PPUM 14hb Disember kan kan? xtau la nape... tiap kali nak pegi check up mesti ada rasa berdebor². Normal kot bg semua mak² mengandung... Kot aku je yg camgitu? Hahaha...


Ok, nak start cite skang...
(Kali ini agak panjang ye posting. Harap baca dengan tenang pengalaman aku nih. Hehe!)

Ikut jadual pendaftaran start pukul 8pagi sampai 10pagi utk pendaftaran kali pertama. Aku ngn incik asben sampai pkl 8.30pagi. Mmg kuar awai pun... tapi ktorg pegi bekfes dulu. Perot ummi dok kreok kreuk dari lps subuh... xleh tahan. kena pi mamam dulu. Sib baik dekat je dari umah parents aku ke PPUM. Jalan tak jem. 17minit dah sampai dah... Heeeee!!! 

Sesampai je kat klinik Antenatal (klinik ibu mengandung PPUM) terus pegi bhgn pendaftaran, TEKAN BUTTON 'A'. Ktorg tunggu takde la lama sgt... dalam 10-15mnt je kot. Pendaftaran bayar RM31 sahaja. Lps staff dah key in semua details, dpt nombor angka giliran yg baru utk next check up dgn nurse & doktor. Sebelum tu kena pegi kaunter pembayaran dekat LOBI untuk bayar booking DEPOSIT RM500 - tempah WAD BERSALIN/BERSALIN DI PPUM <--- WAJIB!!! Sebelum tu kami suami isteri dapat flyer dari staff kaunter berkenaan UJIAN SARINGAN BAYI UNTUK PENYAKIT "INBORN ERRORS OF METABOLISM". Kami setuju nak buat saringan utk baby kami nnt selepas lahir. BAYARAN HANYA RM 84.80 termasuk GST.

Apa itu IEM?....

Kitaorg pun xtau punnnnnn.... lps staff tu terangkan sikit & ktorg baca dari flyer tersebut, ktorg dah paham la sedikit. Penyakit IEM - ADALAH DISEBABKAN OLEH PERUBAHAN GENETIK YANG MENGHALANG PEMBENTUKAN ENZIM TERTENTU DI DALAM BADAN. INI MENYEBABKAN KEKURANGAN KOMPONEN TERTENTU YANG PENTING DALAM PERKEMBANGAN MENTAL & FIZIKAL BAYI.

Nanti korang google la lebih lanjut berkaitan penyakit IEM ni eh... aku pun baru tau, xleh nak cite details sgt. Kang tersalah bagi info pulak. Naya!

Nah... ini flyer pasal IEM.



Sesi ditemubual dengan macik nurse kekwat...

Dah settled bayar deposit kat lobi, masuk balik ke klinik tunggu nama kena panggil oleh nurse utk saringan. Amik urine, catat tinggi & berat, tekanan darah... lps tu "ditemubual" kejap dgn nurse. Tang bhgn jumpa nurse² ni aku nak stori sikit... sikit je. Hehehe... so far so good. Semua staff nurse okay. Alaa... yg kekwat sikit tu, yg nurse macik² yg dah berusia. Xyah nak amik hati sangat la... anggap la mcm mak kita tgh bagi nasihat dan ceramah serta arahan. Hahaha!!!... don't heart feeling okay ibu² mengandung sekalian. Peace! Heee... Yang klaka bg aku time amik ukuran tinggi dan berat. Akak nurse tu dia duduk je. Tulis je. Dia tanya Berat berapa? Tinggi berapa? padehal mesin penimbang/ukuran tinggi ade je kat situ. Nampak nau malasnya dia nak bangun buat check ukuran dan tengok berat badan kita. Xper la... hal kecik je bagi aku.

Ok tang kena "temubual" berkenaan sejarah perubatan pulak... aku dapat macik kekwat... tapi aku cool je. Layan kan je. Kan aku kata tadi, anggap je mcm mak² kita tgh bagi nasihat & arahan. Hehehe... Macam² la kena tanya itu ini. Tang aku gelabah sikit bila, nurse macik tu bgtau takleh follow up check up kat klinik PPUM situ, sbb aku dtg lmbt utk pendaftaran. Appointment doktor semua dah full. Dia suh aku follow up je kat klinik Tunku Azizah sampai aku nak bersalin. Nak dekat bersalin baru dtg PPUM bawak report perubatan. Ehehhh...? Aku kata, "kenapa tak boleh pulak? kan saya nak bersalin kat sini?" Dia tetap tekankan APPOINTMENT FULL. Lagipun salah aku sbb lambat dah masuk 3rd trimester baru nak datang follow up kat PPUM. Aku iye kan je la... tp still tak puas hati selagi tak jumpa doktor. Nak bgtau tanya doktor jugakkkkk... Hehe! Lepas dah kena soal siasat itu ini, nurse macik tu suruh aku tunggu nombor kena panggil utk check up dgn doktor pulakkkk. Legaaaaaa....


Sesi menunggu giliran jumpa doktor...

Azaaaabbbbbbb... rupanya lama giler nak tunggu turn kena jumpa doktor. Hampir nak dekat 3 jam aku & incik asben kena tunggu. Pengalaman pertama... aku kalut kejap. Sbb paling tak suka tunggu lelama. Incik asben cool je, dia okay je. Sambil main game COC. Hahaha... Mmg la selesa sgt... ekon sejukkkk je. tmpt kerusi selesa jugak. Tapi tang tunggu tu je laaaaaaaa.... Bayangkan dari jam 10pagi sampai ke zohor, nak dekat pkl 1.30 tengahari, baru sampai nombor aku kena panggil. TAPI BERBALOI!!!! SEBAB APA?

Sebab... Aku dapat doktor melayu perempuan Islam. Namanya Doktor Hasliza tak silap aku. Mmg pun, sebelum ni aku hari² doa biarlah masa check up aku dpt doktor melayu perempuan, kalo boleh Islam. Bukan racist ke memilih ke ape... Tapi aku lebih rasa selamat dan selesa... sbb kan selama ni aku monthly check up ngn doktor perempuan je. Alhamdulillah... Allah dengar doa aku. Syukur. Tapi aku rasa boleh rekues la kalo masa check up fizikal, kita nak doktor perempuan check kejap. Sbb masa check up fizikal tak amik masa lama pun. Sapa² yang ada pengalaman... leh ler stori kat komen aku ya?

Masa borak² dgn doktor... aku rasa santai sangat. Doktor sangat bagus!!! check pun okay... Alhamdulillah, doktor kata BabyHN kepala dah ke bawah (mmg dah rasa nyilu kat bhgn ari² skang ni), degupan jantung baik/okay. Semua normal setakat ni. So far so good! lps tu incik asben tny la pasal nak follow up weekly je kat PPUM. Xnak pegi klinik sebelum ni. Doktor kata boleh je, xde masalah... tapi kena tgk jadual dan ikut jadual appoinment. Appointment mmg full, tapi boleh fix. Legaaaa aku dan incik asben dengornya... memandai je tauuuuu nurse macik kat luar tu ckp tak boleh. Doktor Hazliza kata, lagipun aku dah nak dekat dah... dah hampir masuk 35weeks. So senang follow up je kat PPUM terus. Ibu mengandung yg nak dekat tarikh EDD bersalin didahulukan... gittew!!! Next appointment hari Khamis (17/12/2015) utk ORAL GTT - MINUM AIR GULA!!! Huhuhu... kena berpuasa la malam Rabu ni... Pengalaman pertama jugak kena telan air gula. Bertabahlahhhhh walapun aku dgr mcm² pasal telan air gula. Tak penah kena minum lagi ni tau sepanjang menngandung. Ni dah nak masuk 35 weeks baru kena. Hehehe!!! Next appointment dgn doktor lagi 2 weeks - 28/12/2015 (Isnin). Semoga ummi dan BabyHN sihat² sahaja... 

Okay... ini je kot rasanya nak stori. Dah xde dah kot nak cite benda lain lagi. Next post aku stori la pengalaman pertama minum air gula. Tak sabar pula rasanya. Hahaha!!!... 

Friday 27 November 2015

MENGANDUNG/PREGNANCY: 3RD TRIMESTER (PART 2)

Assalammualaikum semua,

Selamat pagi Jumaat... Okay, hari ni nak cite aktiviti 3rd trimester part 2 pulak ye. Banyak stori ni nak bgtau. Dah 3rd trimester kena rajin berjalan². Jangan bagi baby malas. Senang nak beranak nanti. <--- Mak aku kata. :)


CUTI-CUTI PORT DICKSON (21/22/23 NOV 2015)

1stly, nak cite pasal BABYMOON... Heee! sebenarnya takde la babymoon. Pegi Port Dickson je pun. Tempat lahir/tinggal incik asben. Hahaha!... menyibuk skali join kakak bawak anak² dia cuti-cuti Malaysia. Kan dah start cuti sekolah ni kan... Kakak stayed dekat Lexis Hibiscus, Port Dickson. Amik 3 hari 2 malam (21hb - 23hb Nov 2015). Best gilerrr wooooo...!!! Aku yg tumpang menyibuk ni mmg la eksaited. Jakun pun hado!!! Aku tak tido sana pun, just lepak² je. Tido umah mak mertua ler... mano laie nak poie. Hehe... Meh, meh... share pic sikit. :)


*aktiviti kami sekeluarga*

*dalam bilik ada 2 katil size king*

*mak buyung sangat dah ni...hehe!*

*tetiba rasa femes... haha! suami jarang berFB.
Uploaded gambo, Nah! kawan² dia komen, amik kauuu!!!*


Kat PD aktiviti apa yg boleh buat? bagi aku mandi laut je laaaa... tapi kami sefamili kalo dtg Pd mmg xde mandi laut pun. Ntah kenapa... just dtg situ nak relaks² je. Lepak²... santai²... tgk pemandangan. gittewww!!! Tapi incik asben kata, "ORANG PD MANA ADA MANDI LAUTTTT...." Hahaha!!! Betul la tu... aku pun dah berjangkit. Dah jadi ahli keluarga org Pd. Heeee!!!

Aktiviti ktorg hanya pegi RUMAH TERBALIK PORT DICKSON. Sebab belum pernah pegi sana lagi. Dah la masa pegi time malam lps maghrib. lagi 45minit nak tutup ktorg baru sampai. Kakak aku siap merayu suruh kasi masuk sbb kata ktorg ni dari jauh... Hehehe. Padahal dok KL je punnnnnn!!! :P

Tiket harga untuk dewasa RM20 (dulu RM15 je tauuuu...), Kanak² RM15 (Dulu RM10 je tauuu...). Dalam tu takde la besar mane pun. Tapi sbb ramai org, kena tunggu turn la nak bergambar setiap 1 prop. Sib baik la staff sana sporting. Nak tolong ktorg amikkan gambar. Cepat sikit keje kami nak bergambar sakan. Siap ajar kami camne nak pose gitu ginih... aku xde la bergambar sakan sgt... anak² buah, adik dgn incik asben la yg bergambo sakan... hakak dah membuyung ni haaaa... kaki pun asik membengkak je. Ni gambo ktorg kat rumah terbalik, PD... 








LAST CHECK UP @ TUNKU AZIZAH (26 NOV 2015)

Hari Khamis ptg pkl 5.30 ujan renyai²... Hari last check up dgn dr. Kay. Sebab apa last? Sebab incik asben dah decide aku bersalin dekat PPUM. Lagipun dekat sgt dgn umah abahmak aku. 15/20mnt dah sampai hospital. Apa² hal senang nak berulang alik dari umah --> hospital. Lagipunnnnn... sebab utama, incik asben risau aku tgh sarat ni. Elok stay je la dgn abahmak. Incik asben jarang blk umah. Keje shift. Seminggu sekali baru kami jumpa...

Check up mcm biasa la kan... amik urine, tekanan darah & ultrascan. dr. Kay tegur aku dah tembam sikit dah.. dia tgk berat badan aku dah naik... naik lagi. Hehehe!!! last check up 72kg. Yg la nih 74kg. 2kg naik kauuuuu!!! tapi dr. Kay kata okay je, xde masalah ape pun. Normal semua tu...selagi tak naik mendadak!!! Alhamdulillah, BabyHN sihat walafiat. Takde masalah... buat masa ni anggaran berat BabyHN 1.5kg (32 minggu). Dr. Kay kata normal & baby dlm proses nak membesar lagi. Tapi aku xmo la besar sgt. Bagi aku, mintak² baby lahir nnt dalam 3kg/2.7kg. Mak aku pun pesan, biar baby senang nak kuar, aku pun tak sakit/seksa nak meneran... baby besar payah sikit. Mak aku kata lagi... biar baby besar sihat gedempol kat luar... bukan dalam perot aku nih haaa... Hehe!!! Incik asben sempat amik last video check up scan sebagai kenangan kami dekat Tunku Azizah...Laju degup jantung BabyHN :)




BELI BREAST PUMP MALISH LIFESTYLE

Baru ni ha aku order breast pump single... beli Malish Lifestyle. Baca review org tgk mcm okay je. Lgpun tgh murah offer dekat BREAST PUMPS MURAH, harga hanya RM250. Dapat free gift + free pos. Okay la tuh... nnt dah sampai je, aku terus nak test. Semoga berjaya Fully BF kat BabyHN. Doa² kan ye... Aminnnn!!! Proses order sgt mudah... fast reply whatsapp, servis tip top. InshaAllah dapat brg hari Isnin depan 30/11/2015. Tak sabarrrrrr nak study. Hehehe!!!


Malish Lifestyle



BELI SLEEPING BABY BAG

La nih tgk tgh fofular sleeping baby bag... aku pun terjoin skali terpengaruh dgn bakal² mak. Hehehe... benda yg memudahkan aku, wajib la aku order/beli kannn... aku beli sleeping baby bag dari ejen KAPOK KIOSK BABY PRODUCT. Harga masih sama. Beli size besar RM80 free postage. Mudah laaaa.... senang nak pegang, takyah la kot nak bawak tilam travel. Baby pun selesa mcm kena peluk, letak dlm kereta boleh, letak dlm stroller pun boleh... senang nak di angkut ke sana sini. Janji baby selesa sedap tidooooo je nanti. :) actually dah lama beli.. bulan lepas. Tp lupa nak update... eh bukan lupa kot. Tapi malas nak update blog. Hehehe... kumpul² cite kasi byk... kasi muntah korang semua baca info aku dlm blog ni. Hahahaha!!! Nah, gambo sleeping baby bag yg aku pilih. Semestinya Mickey Mouse... Comel kan? kan?



Monday 2 November 2015

SURVEY HOSPITAL BERSALIN SEKITAR SELANGOR

Assalammualaikum semua,

Selamat tengahari. Last week aku dah janji kan nak update post pasal tmpt² yg aku survey utk bersalin. So, ini ada sedikit info untuk kita kongsi bersama. Tak byk yg aku shared... Sbb aku buat pilihan 3 tmpt bersalin sahaja sekitar SELANGOR (Dekat dengan rumah, Hospital "mesra manusia", Jalan tak jam, Harga berpatutan, Suami mampu bayar, Review bagus daripada patients)

Disebabkan WAD BERSALIN Klinik Maternity Tunku Azizah belum bukak lagi (sehingga tarikh ini 2/11/2015 belum buka lagi - dijangka buka bulan Jan 2016), aku & suami kena ada back up plan utk survey hospital bersalin yg lain. Pakej harga buat masa ni pun masih belum tahu lg dkt Tunku Azizah. Dikata kan anggaran bermula NORMAL: RM2k++ & BEDAH (CZER): RM7k++. Harga sebenarnya masih belum ditetapkan lagi.  Kami kena kira bajet mulai sekarang utk kos bersalin (normal/bedah). Ye laaaaa... kami bukan org "have-have". Kalo "have-have" tak heran sgt bab duit... duit sentiasa ado... akak ni "Nan Hado!"... Hehehe!

PILIHAN HOSPITAL
  1. GOMBAK MEDICAL CENTRE, BATU CAVES (GMC)
  2. DEWAN BERSALIN MUSLIMAH, BATU CAVES (DBM)
  3. PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

Gombak Medical Centre (GMC) - bagi tahun 2015/2016
Okay, kita cite ni dulu ya... Lepas dpt tau pasal wad bersalin Tunku Azizah xtau bila akan dibuka, terus aku suruh incik asben call GMC utk info lanjut berkenaan pakej & pendaftaran bersalin dekat sana. Untuk dapatkan harga pakej bersalin di sana, sekurang² nya perlu buat check up/pemeriksaan sebanyak 2 KALI. Kalo tak check up, xde dapat harga pakej. Perlu bawa dokumen perubatan bulanan check up dari klinik utk rujukan mereka & deposit sebanyak RM1,000. Nak tau info lanjut, korang boleh call terus no yang tertera dekat gambar bawah ni ya.

Review yg aku baca dari bloggers & Facebook Page sangat la bagus... So, mmg takde keraguanlah kan. Harga pun reasonable bagi pakej bersalin normal. Bagi pembedahan tidak dinyatakan. Korang boleh call la nak tny utk harga if kos pembedahan berapa... 

Ini harga pakej & maklumat:





Dewan Bersalin Muslimah (DBM) - bagi tahun 2015/2016
Berkenaan hospital DBM ni pulak... tak byk sgt review dari bloggers. Tapi yg pasti hospital ni sama mcm GMC. Ianya swasta, doktor perempuan (muslim)... cawangan utama dekat Permatang Pauh. Yang aku survey ni dekat Batu Caves. Dekat jugak la dgn GMC. Satu kawasan... Berkenaan harga pakej takde dinyatakan lebih lanjut... so, kena call sendiri la ya. Aku tak call pun... sbb baca review komen dari patients harga bermula dari RM1,800 (bersalin normal)

Maklumat:




Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - bagi tahun 2015/2016
Hospital ni tak payah nak cite lebih²... semua org dah tau kot. Aku baca ada bad review & good review. So, bagi aku 50/50... Tak semua org bertuah dpt layanan yg baik & bagus. Ikut rezeki masing². Allah SWT yg tentukan... ye tak? lagi pun semi-government. Nak dilayan BAGAIKAN PERMAISURI pegi la hospital swasta... jgn nak byk songeh bila masuk tmpt byr berpatutan/murah.. kenot ya! kenottttt... bertabah je la... hehe. Spt biasa, doktor for check up & doktor ketika bersalin kita tak boleh pilih. Ikut nasib doktor On Duty... tapi if kita dpt tau, mase tu ade doktor perempuan on duty, kita cuba rekues laaaaa nak doktor perempuan. Cuba & usaha... kalo tak dpt, takleh watpe... yg penting rajin bertanya & bukak mulut tny pada missy/nurse. Itu yg aku baca dari review blogger & pengalaman ibu² yg bersalin kat sana...

Memula aku call dulu sebelum pegi sana, Sbb dah nak masuk 7bln. Sekali staff/nurse tu bgtau appoinment dah penuh bln 12... ikut jadual doktor yg ada utk check up... aku 1st time kan, mane la tauuuuu. Tapi kata kena buat appointment 2 bulan awal... tapi lg awal lagi bagus. Yes! my mistake. Silap aku dan suami relaks sgt... Hehe. Tapi staff/nurse tu bgtau... datang je la dulu. Bawak salinan rekod perubatan aku. Bg diaorg semak dulu dekat kaunter pendaftaran klinik antenatal PPUM. Maka, 30/10/2015 aku set date dgn incik asben nak pegi PPUM. Tanya lebih lanjut berkenaan pendaftaran, booking & check up.

No. tel utk dihubungi utk sebarang pertanyaan: 603-7494422 (suruh sambungkan ke bahagian klinik antenatal utk pertanyaan pendaftaran & booking tmpt bersalin)

30/10/2015 - kami sampai di PPUM jam 10.30pagi... terus masuk ke klinik antenatal dlm keadaan terpinga². Hahahaha!!!... sib baik ade staff lelaki perasan. tegur kami dgn baik. Cam tau je kami 1st time & nak tau cara booking & pendaftaran. Dia suruh kami masuk ke dalam, ada kaunter pendaftaran tekan button B - tempah tmpt bersalin. Sib baik la tak ramai org. hari Jumaat kan... No. kami no yg ke-2 dipanggil. 

Sampai kat kaunter, kami suami isteri senyum bg salam. Staff muka cengeng. Masam. lantak la... aku relaks je senyum je kat dia. Hahaha.. tak salah pun senyum. Dapat pahala tau. Pastu dia mula start bertanya. Soalan yg kami agak blur (pertama kali sebagai bakal ibubapa). Pastu dia mcm bengang sikit, sbb kami salah jawap. Hahaha... Konfius cara dia tny soklan tu sebenarnya... tanya aku sebelum ni bersalin kat mane? aku ckp la... "saya pertama kali mengandung ni..." pastu dia tny lg soklan yg sama, aku dah xtau nak jawap ape... last² suami tlg jwpkan... bila dia dpt pick up..."owhhh... sebelum ni check up kat klinik swasta je, belum decide bersalin dkt mane... ni baru dtg nak tny la ni." Incik asben dgn muka tersengeh²... Hehehe!!

Pastu... staff tu mintak salinan rekod perubatan aku. Ehhhhhh... sekali kena sound, "kenapa dtg lmbt? dah lmbt dah ni... appoinment penuh dah..."(sambil tgk buku rekod catatan & kalendar). Laki aku selamba jawap, "Xtau... pertama kali ni kan..." Pastu dia cek punya cek... mintak ic aku, pastu catat tulis apekebenda ntah... pastu dia ckp, " appoinment boleh dtg bulan 12 ya. 14/12/2015... nnt isi borang ni bawa mase daftar & bayar. Bla... bla... bla... bla... Pendaftaran RM31 dgn deposit RM 500 utk booking wad bersalin." 

Aku pandang incik asben... incik asben pandang aku. Lama tuh kena tggu sampai bln 12... hahaha! silap kami juga. Lambat kan... Maka, utk next check up bulan dpn kami kena pegi jugak dulu dkt klinik Tunku Azizah. Nnt kena mintak salinan rekod perubatan yg baru utk bagi pd staff PPUM 14/12/2015 depan.

Borang yg aku kena isi nanti:




Maklumat:


 


Aku pilih mana? Hehehe... Next update ya!

Thursday 29 October 2015

MENGANDUNG/PREGNANCY: 3RD TRIMESTER (PART 1)

Assalammualaikum semua,

Alhamdulillah... Minggu ni genap la dah masuk 28 minggu atau 7 bulan. Last week pegi check up kami berdua Ummi & baby HN sihat walafiat. Berat badan ummi ni haaa.... naik sikit. Sikit jer.. Hehe!!! bulan lepas check up 69.7kg, la nih  72.3kg. Sikit jeeee... tak mendadak pun. Risau gak baby membesorrr!!! Eh lupa nak bgtau... confirm!!! scan haritu nampak bebird dgn jelas - BABY BOY... 

Baby HN

Kalau nak tau la... kami suami isteri baru plan Jumaat ni (30/10/2015) nak pi survey hospital utk register & booking bersalin. Nanti aku update eh... kat mana yg kami survey... dan aku dapat kat mana. Next post akan cerita detail utk korang terutama bakal ibu² bersalin. In Sha Allah.... semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. Yang penting aku bersalin baby HN dengan selamat & kami berdua sihat walafiat. Doa² kan ye... Amin!

Persiapan baby HN pun dah beli sikit demi sedikit. Start beli berdikit² dari bulan September. Macam aku jenis tak suka membazir. 1st think aku buat adelah - SURVEY! SURVEY! SURVEY! Igt tuhhhh bakal ibu² yg akan dapat anak pertama. Selalu kita/depa ni eksaited kan?!!! Mak, kakak & incik asben byk kali berpesan... JANGAN TERLALU EXCITED. BERPADA-PADA & SENTIASA BERINGAT. Sbb tu la setiap kali nak beli brg baby HN... aku pikiaq habis². KEPERLUAN ATAU KEHENDAK? Mana yang lebih penting? Alhamdulillah... syukur, aku masih boleh cool lagi. Hehehe... bertabah hati ni sabar byk² bila tgk barang baby tauuuuuu..... Hahaha!!! (Rasa macam semua nak beli!)

Setakat ni persiapan barang baby HN & ummi dah sedia ada dalam 70%. Ade lagi item yg tak lengkap. Mungkin akhir bulan depan boleh beli lagi... Ye la, nak beli sekali harung semua mane boleh... Kalo duit banyak terlebih takpe. La nih zaman Jibby GST... semua pakat tarik duit je keje. Sabor je laaa...

Ni nak kongsi gambar antara persiapan barang baby HN yang dah dibeli:

playpen beli online. Murah!

semua brg dah letak 1 tempat. Nampak kemas sikit.


Playpen tu aku beli sekali dengan satu set tilam kekabu + sarung + bantal. Bagi aku harga murah utk set PLAYPEN & SET TILAM KEKABU. Harga keseluruhan termasuk postage - RM495. Aku order beli online dari peniaga bumiputera Kelantan (sila support perniagaan BUMIPUTERA ya.. peace! hehe). Korang kalo berminat nak beli pelbagai barangan baby, boleh usha tengok kat FACEBOOKKIDZ COLLECTION CORNER. Whatsapp fast reply, Bahasa Sopan, Layanan Mesra, Servis TIP TOP, Barang cepat sampai (order hari ni, lusa dah dapat).

Facebook Page:

Friday 18 September 2015

SHOPPING!!! @ MOM & BABY EKPO, MIDVALLEY SEPT 2015

Assalammualaikum semua,

Aku nak hapdet pasal shopping barang baby kat Midvalley haritu. Mmg dah lama blocked date nak pi ekspo Mom & baby bulan Sept. Lagipun tarikh tu cantik la sangat... hehe, besday aku 12/09/2015 (Sabtu). Lepas tu tak disangka incik asben & kakak aku ajak pegi hari Jumaat lps incik asben solat Jumaat. Apelagiiiiii.... girang kegembiraan la aku dpt pegi awal sehari. mmg tak sabar pun. Tak sabar nak merasa pengalaman beli brg baby/anak sendiri. Heeeee...!!!

 Mom & Baby Ekpo

Sedia maklum ye.. kalo dah namanya ekpo,opkos crowded dan susah nak dpt parking. Ktorg sampai je kat Midvalley, tgk papan tanda parking semua alerted kaler MERAH... maknanya full parking laaaa... tapi incik asben adelah seorang yg penyabar... kami pusing tawaf mall sekali, lps tu terus cuba masuk parking wlpun alerted merah lagi... ckp² manelatau kot ade org nak kuar kan... sampai tingkat atas sekali ktorg pusing... Tup!!! ade sorang mamat indian, berjalan bawak barang, incik asben follow dan dgn selamba bukak tingkap tny, "nak kuar ke?" indian tu ngangguk!!!.... YESSSS!!! REZEKI IBU MENGANDUNG... HAHAHA!!! dah la dpt tmpt parking senang... betul² dkt nak masuk ke tingkat atas menuju ke ruang ekpo. Senyum lebar aku tauuuu....

Masukkk jeeee.... perghhh!!! orang dah ramai. Ye la dah petang... nak dkt pukul 4.30 rasanya. Masuk terus menuju ke hall 3. Aku dah siap² kuarkan list nak beli brg, list hall & no booth. Sonang!!! terus pegi tmpt mane nak pegi beli brg baby.... ringkaskan cite, aku pegi booth Mumdreams, Fiffy, Pureen, Drypers (yg dalam list aku la...) Mostly, barang dekat FIFFY AMATLAH MURAH. baju utk newborn ade byk lg. Murah laaaa... 3 pasang (6 helai - seluar + baju) ada rm40, rm35, rm30. Aku beli semua baju newborn/3-6 months kat FIFFY je. Barang hgygiene baby beli kat Pureen. kat Pureen baju jual selai² tak byk choice for newborn. harga mahal sikit. Dekat Mumdreams aku beli bengkung zig zag dgn barut baby... Lelain brg aku usha je dulu mcm botol susu, breast pump, car seat... tu next ekpo baru nak pegi... maybe bulan Nov 2015. Jap! Jap!.. bulan Nov aku dah brp bulan ek? Rasanya dah sarat tuh. Hehehehe....



Opsss... lupa nak bgtau, disebabkan xtau dan xdpt dipastikan gender baby... aku beli baju kaler warna warni. Semua kaler ader... kecuali PINK!!! ntah la.. xde feel nak beli kaler pink. Tapi aku tgk aku byk beli kaler biru jeee... Hahahaha!!! Naluri ummi cikin kata "bebird"... Hehehe!

Btw, aku tak dan nak snap pic dlm ekpo tu... penat weyh... sampai terduduk aku ngn akak aku. Masuk dlm 2x tau... memula rehat jap kat foodcourt makan & solat asar. Sib baik dkt je surau. Dalam foodcourt tu je (dah lama tak dtg Midvalley. Xtau foodcourt dah berubah rupa) Lps solat sambung blk shopping... Pastu lps isyak dlm 8.30 baru ktorg gerak balik.

Ni je pic yang mampu aku shared, itu pun amik dari fb kakak aku. hehehe...!!! nampak tak muka kepenatan aku tu... sambil pgg botol air. Sekejap je habis air masak sebotol tu!!! Haus weyh... hausssss!!!

*Masa ni la ramai baru tau aku peknen...
jadi retis kejap dlm masa beberapa jam membalas komen. Haha!!

Monday 7 September 2015

MENGANDUNG/PREGNANCY: 2ND TRIMESTER

Assalammualaikum semua...

Hahahahaha...!!! Gelak dulu. Giler lama tak hapdet. Malas la... skang koje aku malas je memanjang. Tapi bab makan rajin. mengunyah tak renti². Hehe...

Tak tau la nak taip ape... just boleh bgtau, Alhamdulillah... minggu ni dah nak masuk kandungan 22 minggu. Alhamdulillah aku sihat dan baby pun sihat. Doakan kami berdua sihat ye sepanjang pregnancy ni. 

Takde pe yg pelik sepanjang masuk 2nd trimester ni. Biasa² je aku rasa. Baby tak byk songeh. Alhamdulillah... syukur sgt² kpd Allah SWT. Semoga kemudahan yg diberikan berpanjangan sepanjang mengandung dan sehingga waktu sakit bersalin. Doa² kan.... Amin!

Tapi biasa la kan... lenguh kaki, sakit tulang belakang, sakit pinggang dah mula terasa sikit². Berjalan pun dah tak selaju dulu. Cepat penat... hehe. Orang lain dah 2 meter ke depan... aku dok terhegeh² kat blakang nak follow depa kat depan... Suami pun jadi slow gak berjalan. Sentiasa pimpin/pegang tgn aku kalo berjalan... tahap kesabaran yg sangat tinggi ye tuan/puan sekalian. Hahaha!!!

Paling best... moment paling best ketika ini... hari² dpt rasa baby bergerak². Baby ketuk sana, ketuk sini, gerak sana, gerak sini... apa? sommersaults?!!! haaaa... gittew. Tapi bila tang mengeras... rasa tak selesa sikit la. Mengeras kalo aku byk berjalan or terasa penat. Time tu la aku nak cari katil... landing sepuas hati sambil urut perot... bertenang baby... bertenang... hehe!

Apa?Gender baby? Rahsiaaaaa.... Sesungguhnya aku ngn doktor pun xleh nak agak... sebab tak brp nmpk sgt mase ultrasound/scan haritu. Macam nmpk bebird... tp takleh nak sure lg. Next appointment leh tgk confirm lagi skali... tak sabar nak tunggu 30/09/2015 (ikut kiraan 24 minggu - 6 bulan). Semoga perkembangan baik² sahaja... In sha Allah. Doa² kan ye.... :)

Nah... share pic sikit

20 weeks

19 weeks

20 weeks

21 weeks

Wednesday 17 June 2015

MENGANDUNG/PREGNANCY: 1st TRIMESTER

Assalammualaikum... Yuhuuuuuu!

Hahaha... giler lama tak update blog. Pemalasssss ya amat skang ni. Haaaa! tgk tajuk atas tu... Torkojut tak? Den pun memulo torkojut jugak. Macam tak caya memula... heee! Ape pun, Alhamdulillah... Ok, sebelum urat² pelupa ni ilangkan memori setiap kejadian apa yg berlaku every week sepjg aku pregnant ni... baik aku dok draft dari skang (padahal masa entry ni tulis dah masuk 10 weeks dah pun).

Okay, marilah membaca entry panjang untuk 1st Trimester (5-12minggu)... 

3/05/2015
Petang tu tgk ade kuar bleeding sikit... kira cycle date, hrmmm... mmg date tu pun aku dtg peot. Hish! hampa la jugak bila dtg peot. Setiap bulan harapan tinggi nak pregnant tau. Tak penah rasa give up selama nak masuk 3 thn kawin. Tapiiii... pelik berlaku, aku tgk kenapa aku bleeding peot ni dr ptg sampai mlm sikit bebenor??? pastu bleeding spot mcm nak abis peot? Alaaa... korang pompuan tau la kan rupa camne. Xyah aku nak dok details kat sini. Pelik sampai masuk hari ke-3, terus takde!!! Huwaaa... risau sudah! Wasap grup kawan² skolah aku. Semua dok bajet aku peknen... kwn² skolah ni bagus. Tahap positif diaorg ni level 200%... haha!!! Semua sepakat suh aku rileks. Tunggu 2 weeks... nak confirm kan camne...

Tapi aku xleh sabar, risau pun ade... takut kena infection kat rahim je. Naya... sbb bawah perot kat ari² aku sakit bila byk bergerak. Lps tu mesti kuar spotting... brown spot. Risauuuuuuu... (yes! bab penyakit mmg paranoid). Pastu buat urine test sampai 3 kali (3 hari berturut²). Tgk double line. 1 terang, 1 tak terang. Heeee... pastu, pujuk incik asben jumpa doktor hari Jumaat 8/05/2015 sbb dia offday haritu.


8/05/2015 (1st check up)
Pegi klinik Tunku Azizah dkt Sri Rampai, Setapak. Sebab Dr. Kay - doktor kesukaan kakak aku. Doktor dia dari bersalin anak yg 1st sampai no.4 semua Dr. Kay yg sambut. Sejarah Dr. Kay, xyah nak cerita kat sini. Mmg dia pakar. 100% aku percaya kat dia. Lagipun perempuan... mmg niat dari awal nak check up ngn doktor perempuan. AURAT kita kena jaga ya wahai wanita muslimah sekalian. Sbb kita bukan dlm keadaan darurat.

Bawah upt dari klinik: masa kat klinik tak jelas lsg double line. Sampai umah baru nmpk jelas, terus aku amik gambar.
Atas upt aku: Buat sebelum pegi klinik. Samar² je.

Dipendekkan cite... buat urine test, scan... result tak brp jelas... kurang nampak lg. Dot kecik pun tak nmpk lsg dlm perot aku. Tapi aku yakin mmg aku MENGANDUNG!!! Biasa la doktor, selagi tak sahih dia xkan ckp. Tapiii... risau jugak kot penyakit bersarang dlm perot aku ni. Dia suruh dtg next week 15/05/2015. Utk check up yg ini, dr. bagi ubat kuat rahim (Duphaston) bg langkah berjaga² sbb umur aku nak masuk 35thn tahun ni, dgn ubat Folic Acid. Harga? dah klinik swasta.. .sedia maklum mahal la kan. Bukan nak riak ye. Jauh skali tidak...cuma niat nak berkongsi. Sbb setiap wanita mengandung situasi tak sama. Harga utk 1st week check up RM184. (consultation, urine test, scan, ubat)


12/05/2015
Sebab kita ni perempuan ada rasa keibuan instinct yg sangat kuat. Adik yg bongsu plak bg semangat, siap belanja belikan pregnancy yang mahal tu - CLEAR BLUE DIGITAL. Hahaha!!!... apa lagi, buat la test lg skali. Bgn pagi subuh trus pi toilet. Menunggu keputusan dlm bilik air dgn hati berdebor²... YES!!! perkataan kat situ - PREGNANT 2-3WEEKS. Alhamdulillah... terus kejut incik asben tido, terpisat² mata tgk bini dia eksaited pepagi buta. Hahaha!... tapi cam biasa, incik asben seorang yg cool. Dia senyum, pastu urut² blakang badan aku sambil cium dahi. Cool giler... nyampah plak!!! Heee...

Sahih!!! 



15/05/2015 (2nd check up) - 5 WEEKS
Hari Jumaat pagi... appointment lg sekali dgn doktor. Spt biasa masuk je, dr. mesti tersenyum manis sambil bertanya khabar... mcm biasa cek tekanan darah. Tanya itu ini, ada simptom itu ini ke tidak... Aku cakap so far so good... mood sgt okay. Takde morning sickness. Selera makan cam biasa. Muntah² pun takdo... pening sket je. Pastu aku selit cite aku buat urine test & tunjuk gambar clear blue digital aku tu la. Bukan tak caya kat doktor... tp sbb aku piki, apa yg aku buat kena report kat doktor. hehehe.... Tu dia laporan aku bgtau pd dr. Kay. Pastu dia suh aku baring nak scan lg. Tgk camne... scan punya scan... tak jumpa². Haih aku dah risau... kenapa perot aku ni? kenapa baby ni main nyorok² pulak. Pastu dr. tekan sikit... ehhhh dpt detected. DOT kecik halus bebenor... haha!! patut laaaa xnmpk... Alhamdulillah... dr. kata dah lebih kurang 5 weeks. Senyum kami suami isteri. Syukurrrrrr...!!!

2nd check up bill kena RM204. Huwaaaa... mmg dah agak dah. Ktorg mmg standby dah awal². Bagi ubat kuat rahim (Duphaston) dgn folic acid. Kes aku? Rahim tak kuat... dan pregnant umur 35thn. Risiko tinggi. Next week kena dtg lg check up. Dalam hati... RM200++ kena standby (Huhuhu... demi anak + susah dpt anak, ku sanggup lakukan apa saja, DUIT boleh di cari.) Kami bukan berduit sgt pun. Kerja kami biasa² je. Aku kerani, incik asben pulak keje kat KLIA pegawai bhgn operasi dlm kapal terbang (bhgn cleaning). Sbb kami dah biasa berjimat, ada la sikit simpanan kami kalo ape² jadi.


21/05/2015 (3rd check up) - 6 WEEKS
3rd check up, macam biasa... dr. tanya aku camne... okay ke tidak. Sihat ke tidak? Ade ape² simptom ke? Kita kena cite tau semua kat doktor... kalo tak cite doktor tak tau perkembangan kita camne. Aku bgtau cam biasa, aku sihat... xde ape² yg pelik. Cuma biasa la, sakit sikit bhgn ari². Bila byk berjalan, akan terasa something. Sakit senak sikit. Scan lg... dr. nak cek perkembangan baby camne. Hrmm... mase ni dr. tak brp byk ckp. Dia scan, aku nmpk kantung baby... tp baby tak nmpk pun. Ye la baru 6 weeks. Tp ikutkan dah leh detect jantung/heartbeat. Aku tny dr. Kay, camne, ok ke? Dia just bgtau, proses ok. Kantung baby dah nmpk, cuma jantung/heartbeat xdpt detect. Ok... aku dah cuak. Dr. just bgtau perkembangan ok. Next weeks kena dtg lg. Mcm aku ckp kat atas td, kes aku RAHIM TAK KUAT. Maybe dr. xnak aku risau... sbb tu dia tak brp byk ckp. Kot.... aku sedapkan hati mase tu.

Balik opis survey sendiri perkembangan bayi ketika 6 weeks... lps tu aku terbuka baca plak link blog org, pasal problem dia... kantung baby ada... baby xde. Akhirnya, sahih dia kehilangan/tiada baby. Kesian sgt. Okayyyyy.... ni buat aku lagi cuak masa tuhhhh. Dlm hati aku, patutlah dr. xde nak bgtau ape². Benda baru lagi... selagi heartbeat xdpt dgr, dia xkan report pada aku. Gituhhhh... (sepanjang mengandung mmg kepala ni positif saja... hehe!) Ok, spt biasa dpt ubat Duphaston & folic acid dannnn... dpt sample susu frisomum GOLD 4 peket (sedap! habis aku kejekan 4 peket. hehe!!!). Bill utk 3rd check up RM201. Nak kira jugak singgit tu. Takdak diskaun pun. Hahaha!!! Hakak redhoooo...


29/05/2015 (4th check up) - 7 WEEKS
Datang lagi... utk check up perkembangan baby. Aku mmg cuak la... sebelum jumpa dr. mmg dah berdebor sgt. Berdebor tunggu report. Seminggu lama sgt bg aku.... Tak sabar nak tau perkembangan baby aku ni camne. Dr. Kay mcm biasa... buat rutin biasa, mase scan lg... tgk, kantung baby semakin besar aku tgk, Alhamdulillah... dah dpt nmpk "kebesaran" baby di dalam kantung. Ala, cinonet je... tp nmpk la prosesnya membesar kan kan? Cuma, xleh detect lg heartbeat.. apekehainya? risau dah ni. Dr. just bgtau baby okay. Dr. kata lagi, aku kena injek kat punggung. kasi rahim kuat lagi, for safety utk baby. Elakkan aku risiko keguguran dan lagipun susah nak peknen, dah nak masuk 3thn kawin ni baru nak peknen 1st baby. Tambahan rahim tak kuat... dr. checked ade bleeding sikit dlm sekitar perot mase scan haritu. Hakak redhooo... kena injek. Kebas jap rase. Hahaha!!! dah lama tak kena injek. Kena injek pun, kena mkn ubat Duphaston jugak. Tp dos dikurangkan. Kali ni sehari makan 2 kali shj. Kalo minggu lepas² kena mkn 3 kali sehari. Ubat Duphaston tu la aku rasa buat bill aku jadi ratusan. Hakak redhoooo lagiiii... bill kali ni kena RM254. Caj lebih plak kali ni... pasal injek la tu kot. Next week ado lg check up, nak check heartbeat baby. Semoga sihat sejahtera... think positif. Senyummmm...


5/06/2015 (5th check up) - 8 WEEKS
Datang lagi... masa ni mmg tak sabar sgt nak jumpa dr. Kay. Tak sabar nak dgr heartbeat baby. Mmg piki positif je. Baby sihat. Baby okay... Tak piki ape dah. Duit beratus² keluar opkos la terasaaaa sgt bg golongan marhaen mcm kami ni... Tapi sebab ni 1st baby, 1st anak... korbankan saja duit. Takpe... duit, rezeki Allah yang tentukan. Yang penting skang baby dlm perot aku ni sihat walafiat. Tu je aku piki... masuk je bilik, nmpk dr. dah tersenyum. Tny aku camne... ade morning sickness tak? aku ckp takde langsung... Dia gelak kecik. maybe kelakar kot tgk cara aku ckp. Suara bangga xde kena morning sickness wlpun dah masuk 2 bulan mengandung (syukur Alhamdulillah...). Hahaha!

8 weeks

Pastu dr. Kay suh aku baring. Scan ler... Huwaaaa... tgk kantung baby makin besar. Pastu dr. on something kat skrin. Ehehhh... Ya Allah, bunyik heartbeat baby akuuuu!!! laju gilerrrr... kuat bunyi. Aku dah gelak besar masa tu, xleh tahan. Happy sangat-sangat-sangat!!! incik asben aku tgk muka dia cool je. Cool sgt. Hadoiiii... senyum je dia. senyum lebar tak ckp ape. Hahaha!!!... Dr. suh aku dediam. jgn gerak². sbb mase gelak mmg gerak² perot aku kaco dia dok scan. Hehehe... dia scan dan print. Bagi aku tgk dan simpan. Alhamdulillah... Camtu rasanya ek, Ya Allah... xleh nak ckp ape dah. xleh nak gambarkan camne perasaan happy suka tu camne... tapi, happy... happy jugak. Punggung kena injek lg skali. Hadoiii! kebas lg... hehe. Bill utk check up kali ni RM222. Takdak diskaun gak. RM2 di kira jugak. Hrmmm... igt pasar malam? Heee!


12/06/2015 (6th check up) - 9 WEEKS
Datang lagi... datang sebab nak kena injek lg buat kali ke-3. 1st trimester ni mmg dr. Kay kata, dia akan jaga baby dan pantau perkembangan baby aku elok². Taknak aku kena risiko ape². Yang plg penting skang baby kena sihat dan selamat katanya. Aku ikutkan saja. Elok bg doktor, elok la bg aku... dia lg pakar. Buat la apa saja. Janji baby dan aku okay dan sihat sampai bersalin, habis bersalin... lepas bersalin. Dr. scan lagi... Alhamdulillah... baby okay. Membesar dlm 2cm++ mcm tu... dr. print bg kat aku. Pasni jumpa dr. Kay 3 minggu lagi. awal bulan Julai. Next appointment check up - 3/07/2015. Semoga baby sihat walafiat. Aminnn.... Ikutkan waktu appointment nnt, baby dah 12 weeks (3 bulan). Doakan aku dan baby baik² okay... diberi kesihatan yg baik dan takde masalah. Aminnn... Ok, bill kali ni lagi up nampaknya. RM284. Sbb Ubat Duphaston bg stock sampai 3 minggu. Sehari kena mkn 2 kali. Korang kira la brp bijik dlm 3 minggu tu aku kena telan. Hahaha!!!... hakak redhoooo sajaa....

9 weeks


10 WEEKS
Perkembangan aku camne? Alhamdulillah.. sihat sahaja. Cuma sakit tekak sikit. Bykkan minum air suam je la. Tak berani nak amik ubat sakit tekak. Pastu tgk selera aku lain mcm dah... Tak suka mkn lauk pauk beli time lunch tghari kat opis ni. rasa tak sodap langsung!!! Dah perasan masa nak masuk minggu ke-8 haritu. Mkn lauk beli tak penah jamah kasi habis. Maka... bermula episod, aku masak sendiri. Bawak bekal. Masak time subuh. Rajin kan? kan? kan? Hahaha... terpaksaaaaaa. Baby tak suka mkn lauk beli. Nak maknya masak. Nak rasa masakan maknya. Gittewww... bagus la awak baby, dlm perot dah pandai apa itu berjimat. hehehe... Sayang baby ketat². Muahhhhs!!! (buat masa ni xtau nak bahasakan diri pada baby apa. Umi ke? Mummy ke? Mak ke? Korang ghase?)


SIMPTOM 1st TRIMESTER
Korang ada rasa pelik tak? aku pelik ni... sbb simptom² 1st trimester aku mcm takde je. Sbb aku baca ibu peknen 1st trimester ni simptom alahan diaorg menakutkan... ada yg bau badan suami pun tak boleh!!! Alhamdulillah... aku tak kena alahan teruk, setakat ni simptom aku hanya pening kejap², asik nak kencing, kdg² kena sembelit dan rasa letih. Itu sahaja. Kalo rasa letih, aku terus baring relaks... nyamannnn perotku! hehe... Pasal makanan, mcm aku cite kat atas td... aku xleh mkn lauk pauk beli. Tekak takmo terima. Nak makan masakan sendiri. Bukan aku mintak, baby yg mintak... Hehe. Sbb dia tau mak dia mmg suka masak, rajin memasak... Lagi satu.... simptom paling best aku rasa, SUKA BAU BADAN INCIK ASBEN... muahahaha!!! bau sedap mcm bau beger, ayam kfc dan domino pizza... kihkihkih!!! (ke baby dlm perot yg syiok kat bapak dia nih? :p)


Next update bila?.... Tunggu!!! (hari ini 2nd update pada -17/06/2015)

Thursday 12 March 2015

RESEPI: CHICKEN GRILLED SALAD WITH FRENCH DRESSING

Assalammualaikum semua,

Haaa... dah jadi column masak resepi pulak ye? Hehe... Btw, aku ni baru lepas sihat je. 2 weeks dok sakit on off. Selsema + batuk + demam + sakit kelapa... Musim panas kan skang nih. Berbotol² lahai dah teguk air mineral ngn air masak. Siap bawak botol besar gi opis. Maybe lambat baik sebabnya tak kuarantin kan diri ini ketika sakit. Sakit cuti sehari je... pastu esok harinya dah pegi keje. Dah la gi keje naik public transport... lagiiii ler lambat nak baik selsema batuk ni ha... plus sakit kepala!!!

Ok stop bebel... mukadimah panjang sgt. Sesungguhnya, nak bgtau, dalam masa 2 weeks tak sihat on off tu... aku takde selera langsung nak jamah makanan. Apentah lagi makanan feveret aku - NASI PUTIH. Hahaha... tekak melayu ni babe... xdpt nasi, rasa macam tak lengkap hidup. Puih!!! Penyakit itu penyembuh dosa... malahan dapat kurangkan berat badan. BETUL!!! berat badan aku turun 4KG korang tau takkk?!!! dlm masa 2 weeks je tuh. Sebab? aku tak jamah nasi dan lebih suka teguk air bergelen²... maka, diet atkins terjadi secara tidak langsung... Hehehe... Berat aku berapa? Maleh ar nak tipu. Berat lepas kahwin naik mendadak². Berat terakhir yang aku ingat 69KG. Lepas baik sakit haritu, 2-3 hari lps aku timbang... macam tak percaya jugak mase tu... haha!! 65KG beb... 65KG!!! Huuuuuu... *tepuk tangan beramai²*

Dah tu syiok plak tgk jarum penimbang turun mendadak... ape lagi, mula la rasa nak berjinak² konon berdiet atkins (No Carb). Ni resepi pertama aku - CHICKEN GRILLED SALAD WITH FRENCH DRESSING. Alaa.... semua aku amik dari incik Google ni haa... senang je buat. Prep dalam masa 40 minit. Siap! Makan!

Gambar ni dari fesbuk aku... aku ni suka share resepi ngn kawan². Hobi masa lapang... hehe!!!




Meh copy & paste kot korang rasa nak buat:-

Grilled Chicken
1. Chicken breast
2. Minyak bijan (sesame oil)
3. Garam
4. Black pepper
5. Extra virgin olive oil

- Gaul semua bahan² ikut sukatan sendiri. Tgk berapa byk ayam digunakan. Perap 15-30mnt.
- Panaskan grill pan dgn olive oil.
- grill ayam sampai masak. Masak dgn api sederhana. Jgn lama sgt nnt tak rasa juicy.
- sejukkan kejap. Potong ayam ikut sukahati.

French Dressing (seorang makan)
1. 6 sudu besar Extra virgin olive oil
2. 2 sudu besar cuka biasa/balsamic vinegar.
3. 1 sudu besar mustard (Dijon mustard)
4. Garam secukup rasa
5. 1 sudu kecil Black pepper

- Campur semua bahan dalam bekas/botol kaca. Goncang sampai sebati. Siap!
- Nak buat banyak pun boleh. Lebihan dressing simpan dlm peti ais.

Veggie
1. Brocoli
2. Capsicum merah
3. Carrot

- Brocoli dengan carrot dibasuh dan potong ikut suka hati.
- Kemudian kukus/rebus.
- Capsicum potong dadu kecil.

Chicken grilled salad
- Gaulkan bersama² veggie, chicken grilled & french dressing.

Thursday 22 January 2015

MEH NAK UPDATE PASAL ONLINE BIZ @cikinamin_shoesbags


Assalammualaikum,

Huwaaaaaa... giler lama dok bersarang blog ni. Muahahaha!!!... Bukan bizi sangat per pun. Tapi Mallllasssssssss nak hapdet. Hikhikhik...

Untuk sesiapa yang belum tau dan nak tau... meh sini aku nak bgtau. Sebenarnya aku skang dah aktif berniaga online. MENJUAL KASUT DAN BEG. Serius... mmg aku dah serius skang ni. Daripada suka-suka nak cari duit lebih lepas kahwin, terus jadi nak serius sebagai PENIAGA ONLINE/BUSINESSWOMAN macam mak aku - EMAMIN ENTERPRISE.

Memula start berniaga bulan Julai 2013. Jual baju dan skirt (Muslimah attire)... Pastu persaingan sangat la ramai. Modal banyak la jugak keluar (memula start berniaga tak tau ape itu maksud 'DROPSHIP'). Bertahan jual baju/skirt selama 3 bulan. Pastu aku tukar mood, mood berniaga nak jual benda lain pulak.

Tuptuptup...Allah SWT dengar doa aku ni. Terjumpa la satu supplier online yg perlukan ejen utk membantu diaorg sale bermacam jenis produk/pattern kasut. Perghhhh!!! giler aku tgk. Byk kasut cun². Harga reasonable.Sebab aku nih mmg giler kasut. Terutama wedges. Pucuk di cita ulam mendatang, terus aku email cara utk jadi ejen. Haaaa... start tu la aku baru tau ape maksud 'DROPSHIP'... HAHAHA!!! YES!... Gained knowledge, harta tak ternilai beb!

Maka... start NOVEMBER 2013 aku mula berniaga kasut secara aktif. Alhamdulillah, feedback sangat la bagus. Mostly rakyat Malaysia suka benda murah dan harga berpatutan. Kira berbaloi la kalo beli. Harga murah & kualiti sama mcm beli kat kedai. Beza kedai mahal... sebab nak byr kos sewa kedai, bil elektrik, gaji pekerja. bla.bla.bla... Lepas tu start bulan DISEMBER 2013 pulak... aku nak kembangkan biz aku ni jual benda item lain pulak. Terpiki nak jual BEG.. YES! Allah dgr lagi doa aku. Dapat supplier online yg perlukan ejen jugak mase tu... dah la dia jual beg lawa². Harga komisen utk ejen sangat la reasonable. Win-Win situation aku rasa. Dia untung, aku pun dapat untung... *Senyumlebar*






Haaaa!!! Lupa nak bgtau... maka NAMA KEDAI ONLINE aku - @cikinamin_shoesbags (instagram). Sape yang takde instagram bleh usha kat FB Page aku - Cikinamin_Shoesbags. Alhamdullilahhh... syukur sangat sebabnya Cikinamin_shoesbags makin dikenali di instagram. Regular customer pun dah ade ramai. Lepas tu diberitahu peniaga online WAJIB DAFTAR DENGAN SSM, makaaaaa... selepas hampir setahun lebih berniaga online, aku pun daftar la. Takmo kene saman weyhhh...!!! Elehhh, bukan mahal pun daftar syarikat kecik, RM70 sahaja setahun. MURAHHH!!! aku pilih CIKINAMIN RESOURCES sebagai nama rasmi syarikat. BEST GILERRRR... haha! jakun jap bila ade syarikat wlpun berskala kecil.

Okayyy laaa... sampai sini dulu la dok bebebebebellll.. haha! dah lama bersarang, banyak plak menaip eh. Btw, meh la cuci mata, soping² kat kedai saya yang comel ittew... Harga mmg berpatutan. Yang penting SAYA ADALAH TRUSTED SELLER YANG BERDAFTAR DI BAWAH SSM, Malaysia.

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...