Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."
Showing posts with label DECO. Show all posts
Showing posts with label DECO. Show all posts

Saturday, 16 March 2013

WEDDING REVIEW: HANTARAN NIKAH & HAND BOUQUET NIKAH

Assalammualaikum semua,

Hahahahaha... gelak besar dulu ye!!! Giler lama tak hapdet blog. Dah sebulan lebih tak hapdet. Bukan malas or hilang, tapi kebizian yang laaaa amatttt sangaaattttt bizi. Haaaa... nak tau pasal ape? Pasal menyiapkan tempahan kahwin org yang menimbun2. Alhamdulillah, lepas je bernikah dan habis majlis perkahwinan aku ngn incik suami... rezeki dtg tak putus2!!! sampaikan mak mintak tlg aku buatkan keje kahwin.  Ktorg bahagikan keje ikut bahagian masing2. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur pd Allah SWT. Aminnn... :)

Okay, back to story... Walaupun dah nak masuk 3 bulan nikah, aku still tak lupa lagi kenangan majlis kahwin aku tu tau. (Sape la yg bleh lupa oiiii majlis kahwin sindri. ye tak?) Setiap butir perkara still dok dlm kepala otak aku ni. Sampai ckp ngn incik suami, "Sayang... sy rase mcm nak kahwin nikah lg sekali laarrr...hihihi". Incik suami senyum je la. Tau bini dia ni mereng!!! Hihihi...


Mari kita Review SEKARANG!!!...

Review Hantaran Nikah: Alhamdulillah... Jadi pun hantaran yang di idamkan. Nak hantaran tema warna negeri Peghak gitu. Hehehe... Hitam dan kuning. Pastu nak ala2 merimbun penuh. Aku pakai bunga artificial flowers je. Save bajet beb!!! Walaupun mak aku tokey kedai bunga... sesuka hati nak amik bunga brp byk pun, tp aku rase biarlah berbaloi dr segi kewangan. Lagipun benda ni nak pakai sekali je... lepas tu tak guna dah kan. Betul tak? Tp hantaran aku ni bg anak buah aku guna pakai semula. Recycle gitu! Haaa... itulah bagusnya pakai artificials flowers ni - CHEAP, RECYCLE, REUSE dan TAK MUDAH ROSAK. Kan? Kan? Kan? Korang leh tgk hantaran nikah aku kan blog bisnes EMAMIN ENTERPRISE: http://emamin.blogspot.com



Review Hand Bouquet Nikah: Dengan bangga nak hebohkan... hihihi. Hand bouquet nikah aku buat ni sindri tauuuuu... ala, simple je. Ikut tema yg aku nak la. Memula nak cari la bunga artificials yg kecik2 kaler hitam, tp tak jumpa. Susah plak bila kita nak, tapi xde... in the end, aku buh je la manik2 kecik warna hitam. Habis cite!!!... Hihihi... cantik tak? cantik tak? :) Memang dr awal plan nak guna bunga tulip warna kuning. Tak nak bunga ros sebab dah biasa sgt tgk org pakai bunga ros.

Tengok la ye... Gambar sebelum dan selepas. Ok tak?

DIY: hand bouquet tulip & hydrangea

Sunday, 16 September 2012

B2B TASK [38]: LANGSIR BUTTON & IKEA



Lihatlahhhh... Pandanglahhhh... Comelkan langsir saya tuh.. hihi. Ade polkadot besar kat atas tu. Tu sebenarnya langsir design button. Tempah jahit kat kwn mak aku. Bgtau kat dia nak design yg simple & comel. Suh la letak bulat2 cam button kat atas camtu. Seminggu je siap. Sabtu lepas hantar, semlm ptg abah aku dah bawak blk umah.

Lepas ni, nak cantikkan master bedroom pulak. Langsir kat bilik maybe tak tukar kot. Langsir byk mak aku punya. Macam2 kaler ade. Maybe nanti nak beli bedsheet kaler green mix light cream. Owhh... dalam kepala ni dah bayangkan mcm2 nak deco bilik tidur. Last week gi IKEA, dah survey dah harga & brg... nak beli cermin dinding, bantal, lampu dll utk hiasan bilik nnt. Nak beli sikit2 dulu. :)

Marilah tgk ikea online catalog (2013):-

Friday, 7 September 2012

B2B TASK [35]: PENAT! MENGEMAS RUMAH...

Sebelum - macam baru pindah

Tanggal 31 Bulan 8 tahun 2012... Hari Merdeka. Yeeeee... MERDEKA!!! Aku me"MERDEKA"kan umah aku yg dah lama berhabuk... Hihihi. Cian umah... setahun sekali baru nak kasi bersih & deco lawa2 (Lawa ker?)

Plan kemas bahagian ruang tamu dulu. Kemas sket2... bhgn lain mcm dapur ke bilik ke akan dibuat secara ansuran... mane larat nak kemas umah seluruhnya dalam masa 1 hari. Matilah aku oiii... Sib baik mase mengemas2 ni, housemate yg sorang lg sudi nak menolong sekali. Alhamdulillah... :) xde la terasa penat sgt wlpun penat la jugak. Kemas dari jam 8pg sehingga 2.15ptg. Siap semua sekali. Basuh langsir, sidai & gantung balik langsir yg jarang sementara nak tggu langsir baru (ehem...ehem..).

Selepas - Barulah cantik kan?kan? :P


Siap ade kuih raya lagi tau kat umah anak dara ni.. hihi!


***Next schedule: Nak kemas dapur nak ajak "My-sayang" berkemas sekali... kena paksa dia angkut barang2 berat nnt. :p

Thursday, 6 September 2012

B2B TASK [34]: BELI KAIN LANGSIR 16 METER @ NAGOYA

Assalammualaikummmm...

Sudah masuk bulan September. Hrrmmm... Sekejap je kan? Hari ni hari Khamis - 6/09/2012. Kira2 dgn jari jemari...114 hari lagi "Hari Bersejarah" akan tibaaaaa... Huhuhu!!!

Byk stori nak cte ni. Memula nak cte psl beli kain langsir dulu. Beli kain langsir pd tarikh 28/08/2012. Dapat gaji terus buang duit! Hehehe... Tak terpiki pun memula nak beli kain langsir, pastu mak ngn akak aku dok asik tny, "Ko bila nak kemas umah?", "xnak cantik2 kan umah ko ke, kan nak kawin?" "Xnak tukar langsir baru ke?"... In the end, ikut akak aku g Nagoya kat Carefour Wangsa Maju. 

Hrmmm... SUMPAH! SUMPAH! Aku xreti beli kain langsir. Nak dekat setgh jam dok belek2 kain langsir... xtau nak pilih yg mane. Tp still dalam bajet la... nak yg paling murah lerrr. Last2 akak aku yg pilihkan. Kejap je dia pilih... Hehehe. Usha yg harga RM4 jeww... darab ngn 16mtr = RM64. Upah jahit anta kat kwn mak aku. Bajet mesti ler murah punya. Hehehe... Harga kwn2. *Nakmurahsaje*


Ni la dia rupa kaler kain langsir aku. Kaler hijau tuhh... tp xtau hijau apekebendanya. In Sha Allah, akhir bulan ni siap. Aku nak paten button je. Aku kan suka benda yg bollat2... ala2 polkadot gitu. Tgk la nnt rupanya camne... :P

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...