Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Monday 2 November 2015

SURVEY HOSPITAL BERSALIN SEKITAR SELANGOR

Assalammualaikum semua,

Selamat tengahari. Last week aku dah janji kan nak update post pasal tmpt² yg aku survey utk bersalin. So, ini ada sedikit info untuk kita kongsi bersama. Tak byk yg aku shared... Sbb aku buat pilihan 3 tmpt bersalin sahaja sekitar SELANGOR (Dekat dengan rumah, Hospital "mesra manusia", Jalan tak jam, Harga berpatutan, Suami mampu bayar, Review bagus daripada patients)

Disebabkan WAD BERSALIN Klinik Maternity Tunku Azizah belum bukak lagi (sehingga tarikh ini 2/11/2015 belum buka lagi - dijangka buka bulan Jan 2016), aku & suami kena ada back up plan utk survey hospital bersalin yg lain. Pakej harga buat masa ni pun masih belum tahu lg dkt Tunku Azizah. Dikata kan anggaran bermula NORMAL: RM2k++ & BEDAH (CZER): RM7k++. Harga sebenarnya masih belum ditetapkan lagi.  Kami kena kira bajet mulai sekarang utk kos bersalin (normal/bedah). Ye laaaaa... kami bukan org "have-have". Kalo "have-have" tak heran sgt bab duit... duit sentiasa ado... akak ni "Nan Hado!"... Hehehe!

PILIHAN HOSPITAL
  1. GOMBAK MEDICAL CENTRE, BATU CAVES (GMC)
  2. DEWAN BERSALIN MUSLIMAH, BATU CAVES (DBM)
  3. PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

Gombak Medical Centre (GMC) - bagi tahun 2015/2016
Okay, kita cite ni dulu ya... Lepas dpt tau pasal wad bersalin Tunku Azizah xtau bila akan dibuka, terus aku suruh incik asben call GMC utk info lanjut berkenaan pakej & pendaftaran bersalin dekat sana. Untuk dapatkan harga pakej bersalin di sana, sekurang² nya perlu buat check up/pemeriksaan sebanyak 2 KALI. Kalo tak check up, xde dapat harga pakej. Perlu bawa dokumen perubatan bulanan check up dari klinik utk rujukan mereka & deposit sebanyak RM1,000. Nak tau info lanjut, korang boleh call terus no yang tertera dekat gambar bawah ni ya.

Review yg aku baca dari bloggers & Facebook Page sangat la bagus... So, mmg takde keraguanlah kan. Harga pun reasonable bagi pakej bersalin normal. Bagi pembedahan tidak dinyatakan. Korang boleh call la nak tny utk harga if kos pembedahan berapa... 

Ini harga pakej & maklumat:





Dewan Bersalin Muslimah (DBM) - bagi tahun 2015/2016
Berkenaan hospital DBM ni pulak... tak byk sgt review dari bloggers. Tapi yg pasti hospital ni sama mcm GMC. Ianya swasta, doktor perempuan (muslim)... cawangan utama dekat Permatang Pauh. Yang aku survey ni dekat Batu Caves. Dekat jugak la dgn GMC. Satu kawasan... Berkenaan harga pakej takde dinyatakan lebih lanjut... so, kena call sendiri la ya. Aku tak call pun... sbb baca review komen dari patients harga bermula dari RM1,800 (bersalin normal)

Maklumat:




Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - bagi tahun 2015/2016
Hospital ni tak payah nak cite lebih²... semua org dah tau kot. Aku baca ada bad review & good review. So, bagi aku 50/50... Tak semua org bertuah dpt layanan yg baik & bagus. Ikut rezeki masing². Allah SWT yg tentukan... ye tak? lagi pun semi-government. Nak dilayan BAGAIKAN PERMAISURI pegi la hospital swasta... jgn nak byk songeh bila masuk tmpt byr berpatutan/murah.. kenot ya! kenottttt... bertabah je la... hehe. Spt biasa, doktor for check up & doktor ketika bersalin kita tak boleh pilih. Ikut nasib doktor On Duty... tapi if kita dpt tau, mase tu ade doktor perempuan on duty, kita cuba rekues laaaaa nak doktor perempuan. Cuba & usaha... kalo tak dpt, takleh watpe... yg penting rajin bertanya & bukak mulut tny pada missy/nurse. Itu yg aku baca dari review blogger & pengalaman ibu² yg bersalin kat sana...

Memula aku call dulu sebelum pegi sana, Sbb dah nak masuk 7bln. Sekali staff/nurse tu bgtau appoinment dah penuh bln 12... ikut jadual doktor yg ada utk check up... aku 1st time kan, mane la tauuuuu. Tapi kata kena buat appointment 2 bulan awal... tapi lg awal lagi bagus. Yes! my mistake. Silap aku dan suami relaks sgt... Hehe. Tapi staff/nurse tu bgtau... datang je la dulu. Bawak salinan rekod perubatan aku. Bg diaorg semak dulu dekat kaunter pendaftaran klinik antenatal PPUM. Maka, 30/10/2015 aku set date dgn incik asben nak pegi PPUM. Tanya lebih lanjut berkenaan pendaftaran, booking & check up.

No. tel utk dihubungi utk sebarang pertanyaan: 603-7494422 (suruh sambungkan ke bahagian klinik antenatal utk pertanyaan pendaftaran & booking tmpt bersalin)

30/10/2015 - kami sampai di PPUM jam 10.30pagi... terus masuk ke klinik antenatal dlm keadaan terpinga². Hahahaha!!!... sib baik ade staff lelaki perasan. tegur kami dgn baik. Cam tau je kami 1st time & nak tau cara booking & pendaftaran. Dia suruh kami masuk ke dalam, ada kaunter pendaftaran tekan button B - tempah tmpt bersalin. Sib baik la tak ramai org. hari Jumaat kan... No. kami no yg ke-2 dipanggil. 

Sampai kat kaunter, kami suami isteri senyum bg salam. Staff muka cengeng. Masam. lantak la... aku relaks je senyum je kat dia. Hahaha.. tak salah pun senyum. Dapat pahala tau. Pastu dia mula start bertanya. Soalan yg kami agak blur (pertama kali sebagai bakal ibubapa). Pastu dia mcm bengang sikit, sbb kami salah jawap. Hahaha... Konfius cara dia tny soklan tu sebenarnya... tanya aku sebelum ni bersalin kat mane? aku ckp la... "saya pertama kali mengandung ni..." pastu dia tny lg soklan yg sama, aku dah xtau nak jawap ape... last² suami tlg jwpkan... bila dia dpt pick up..."owhhh... sebelum ni check up kat klinik swasta je, belum decide bersalin dkt mane... ni baru dtg nak tny la ni." Incik asben dgn muka tersengeh²... Hehehe!!

Pastu... staff tu mintak salinan rekod perubatan aku. Ehhhhhh... sekali kena sound, "kenapa dtg lmbt? dah lmbt dah ni... appoinment penuh dah..."(sambil tgk buku rekod catatan & kalendar). Laki aku selamba jawap, "Xtau... pertama kali ni kan..." Pastu dia cek punya cek... mintak ic aku, pastu catat tulis apekebenda ntah... pastu dia ckp, " appoinment boleh dtg bulan 12 ya. 14/12/2015... nnt isi borang ni bawa mase daftar & bayar. Bla... bla... bla... bla... Pendaftaran RM31 dgn deposit RM 500 utk booking wad bersalin." 

Aku pandang incik asben... incik asben pandang aku. Lama tuh kena tggu sampai bln 12... hahaha! silap kami juga. Lambat kan... Maka, utk next check up bulan dpn kami kena pegi jugak dulu dkt klinik Tunku Azizah. Nnt kena mintak salinan rekod perubatan yg baru utk bagi pd staff PPUM 14/12/2015 depan.

Borang yg aku kena isi nanti:




Maklumat:


 


Aku pilih mana? Hehehe... Next update ya!

24 comments:

  1. Ingat bilik bersalin TAMH dh operate, last check up tanya Dr Zana die ckp Oct 2015 start..mintak2 by the time sy due bulan March nnt dh ok.

    Thanks for review kan GMC.

    Ramai patient Dr K and Dr Zana bersalin dkt DBM while Labour Room TAMH xboleh operate tu, and Dr K and Dr Zana sendiri yg attend. Cube cek semula dgn doc2 TAMH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. dah tanya dah. patients akan transfer ke DBM kalo TAMH belum boleh buka lagi. Dah tny dr. Kay, katanya semua dah siap. Tunggu lesen je. Tp saya dah decide bersalin kat PPUM. Lagipun dekat dgn umah parents 15/20mnts je. Ni pun dah dok umah parents. tgh sarat tak larat dah... Hehe.

      Delete
  2. Boleh tau bapa bayaran kene??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kena caj rm500 deposit + lps bersalin keluar wad (1mlm) rm73.50. total semua rm573.50 shj termasuk gst. Saya bersalin secara normal dkt ppum. Anak saya takde masalah. Takde kena tahan wad ke ape. Bersalin ptg, keesokan ptgnya saya & anak kuar wad. 😃 Alhamdulillah... semua berjalan lancar atas izin Allah.

      Delete
    2. assalammualaikum..nak tanye, betul ker syarat PPUM sekarang bile time pregnant ade masalah jerk baru diorg accept utk bersalin kat situ???

      Delete
    3. Waalaikumussalam. Eh takde la. Setahu saya takde mcm tu. Saya regis daftar lmbt, diaorg still terima. Janji kena buat appointment dan byr deposit rm500 utk bersalin kat situ. If tak sure boleh contact terus. Ckp² org kdg² tak berapa betul. Rumours je...

      Delete
    4. oooo...time kasih pn cikin amin..senang ckit hati nih rasenye..alhamdulillah..

      Delete
  3. Masa kat labour room mcm mana progress?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry dah lama tak update blog. Bz ngn anak. Tak sempat nak cerita pengalaman bersalin.

      Alhamdulillah... pengalaman bersalin anak pertama saya dkt ppum takde byk karenah. Staff semua baik. Dpt doktor perempuan. Both doktor pakar + doktor pelatih. Masa kena jahit je doktor lelaki. Tp masa tu ada nurse & sorang doktor perempuan tgk pantau.

      Saya kena induced sbb anak dah berak kat dlm. Saya xde amik ubat tahan sakit or ape². Staff nurse ada yg bantu. Doktor pelatih pun bagus sgt. Every hour pantau saya tny sakit or tak. Nak ubat tahan sakit ke tak... saya just amik sedut gas sedia ada kat dlm labour room. Op... suami xleh masuk ya. Mmg tak boleh.

      Apa² pun saya syukur sgt sbb dgn izin Allah saya takde masalah bersalin di ppum.

      Delete
    2. Bwtul ke suami xboleh masuk? Sbb bace dr a few blog lain kate suami dibenarkan masuk sekali dlam labor room....mane satu yea yg betul?

      Delete
    3. Setahu saya syarat LB di ppum husband tak boleh masuk. Mungkin yg boleh masuk tu maybe patient condition dia berlainan dr yg lain. Dulu²mmg boleh masuk. Tp bila time saya, dah tak dibenarkan dah

      Delete
    4. Now ppum dah mesra suami since jun 2016....just beritahu misi nak suami masuk...tapi suami kena sign borang

      Delete
    5. nak tnye la,
      1)kalau monthly checkup buat Kat Klinik Kesihatan biasa blh ke tp kite still book kt PPUM untuk brsalin
      2)suami dibenarkan bersama ke semasa bersalin

      Delete
    6. nak tnye la,
      1)kalau monthly checkup buat Kat Klinik Kesihatan biasa blh ke tp kite still book kt PPUM untuk brsalin
      2)suami dibenarkan bersama ke semasa bersalin

      Delete
    7. Sorry lmbt reply.

      Boleh je. Takde masalah. Janji kena bawak buku rekod kesihatan (buku pink/merah) tu la. Lg bagus booked awal. Kalo lmbt takut kena jd cam saya je... hehe kena sound setepek. Booked la if dah pregnant dlm 6bln camtu. Lps tu terus je check monthly kat ppum sampai bersalin. Tp kena byr la setiap kali check up. Tak mahal sgt. Rm15.90 tak silap saya.

      Ada yg kata sekarang suami dah boleh masuk. Tp mase saya jan 2016 suami tak boleh masuk LB. Nnt awak try call la tny sendiri utk confirm camne. Bilik LB okay. Satu bilik utk 1 org sahaja. Selesa. 😊

      Delete
    8. Slalunya kalau ada complication mmg husbnd xdibenarkn masuk..maybe anak puan dh berak,sbb tu husband xdibenarkn masuk.

      Delete
  4. Masa kat labour room mcm mana progress?

    ReplyDelete
  5. Boleh tau bapa bayaran kene??

    ReplyDelete
  6. Skg husband dh blh masuk.tp time wife betul2 dh nk branak la.bukaan dh 8cm keatas camtu.

    ReplyDelete
  7. Skg husband dh blh masuk.tp time wife betul2 dh nk branak la.bukaan dh 8cm keatas camtu.

    ReplyDelete
  8. Skg husband dh blh masuk.tp time wife betul2 dh nk branak la.bukaan dh 8cm keatas camtu.

    ReplyDelete
  9. Salam sis. Sye nk tanye bersalin kat klinik ni? Kalau untuk bukn warge negare brpe kene bayar? University malaya medical center knpe xde letk numbur telpone te. Sbb yg fisrt dan kedue sya dah call dn tnya langsung brpe pembayaran. Yg last ni je tak tau harga. Brpe kene bayar sis? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lmbt reply. Saya xtau harga utk bukan W/N malaysia. Tp harga mungkin berganda dari rakyat tempatan. Cuba call no yg saya attached atas tu. Nnt operator akan sambungkan direct ke klinik.

      Delete
  10. Salam sis. Sye nk tanye bersalin kat klinik ni? Kalau untuk bukn warge negare brpe kene bayar? University malaya medical center knpe xde letk numbur telpone te. Sbb yg fisrt dan kedue sya dah call dn tnya langsung brpe pembayaran. Yg last ni je tak tau harga. Brpe kene bayar sis? Tq

    ReplyDelete

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...