Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Tuesday 24 April 2012

D.I.Y - SHAWL & TUDUNG BAWAL WITH 3D ROSES

*Tudung bawal 2 tones with 3D roses

*Shawl with 3D roses

Alhamdulillah... jadik jugak aku jahit 3D roses kat tudung & shawl sindri. Hehehe... Sgt teruja. Btw, Tudung bawal tu xsiap lg sebelah. Tudung bawal kena guna 2mtr. Shawl semeter je. Kalo mengadap, sehari leh siap. Sbb aku keje... amik masa la jugak. Shawl tu aku jahit amik masa 2hari. Tudung bawal ni aku rasa esok baru siap kot... ikut mood la jugak nak buat. Haha!!! Yang penting, Sabtu ngn Ahad ni aku kena pakai nak gi kursus. Hihihi... #gediks

Kalo korang rajin view blog aku ni, korang tau la kan aku beli katne 3D roses tu. Skang tgh trend dan "in" 3D flowers. Aku tgk Hatta Dolmat suka bebenor buh 3D flowers ngn beads kat baju pengantin dia. Suka tgk rekaan dia & opkos rekaan Rizalman. Sangat suka mereka berdua. Rizalman design dia sgt esklusif. Hatta Dolmat plak aku tgk suka bereksperimen dgn rekaan dia. Sgt Berani!!! :) :) :)

Saturday 21 April 2012

D.I.Y - PEARLS @ 3D ROSES (FOR MY SHAWL)

Hari ni lepak kat kedai Emamin xde buat ape2 pun... Sbb semo keje kraf kawin aku buat kat umah je. Penuh ler kalo semo brg nak letak kat kedai Emamin. Bak mak aku kate, "Buat penuh kedai je ngn brg2 ko ni... bawak balik, buat kat umah sindri"... NAMPAK TAK TU? kena buat sindri... huhu!!! Xpe... leh je buat sorang2... janji mak aku pantau la.. kang jadik lain plak. :P


So kat kedai tadi... aku just menjait pearls kat 3D roses. Nak letak kat shawl tu sebenarnya. Tgk org pakai cam cantik je. Tu yg teringin nak pakai jugak. Gler mahal tgk jual kat online. Baik aku buat sindri. Tol tak? 3D roses ni aku potong amik sket utk buat baju nikah. Sebab xbyk guna kaler itam, lebihnya aku piki nak letak kat shawl. Bila nak pakai shawl tu? Hahaha... nak pakai masa kursus kawin 28hb ni... poyo tak? gi kursus kawin pun nak melawa sakan! Hihihi... :P

Okay la... nnt dah siap, aku post kan blog ye nnt. Ntah comel/cantik ke tidak?... Hrmmm. Kena tgk respon dr "my-sayang" dulu... :)

Thursday 12 April 2012

EMAMIN ENTERPRISE @ MAJALAH PESONA PENGANTIN MEI 2012

Alhamdulillah... Kini koleksi hantaran Emamin Enterprise sudah dipaparkan di dalam majalah Pesona Pengantin Edisi Mei 2012. Teruja! Teruja! Teruja!... Bertambah teruja sebabnya hantaran itulah yg aku bagi kat "my-sayang" masa majlis tunang kami. Hehehe... Tak sangka pics hantaran tu yg terpilih antara byk2 hantaran yg mak aku buat.

Nak tgk? Klik kat bawah ni:



==================================================================

Nak tgk gambar hantaran aku bagi kat tunang aka "my-sayang"?

Theme: Polkadot
Colors: Blush-dusty pink+baby pink+black

*my lovely & cute handbouquet


Emamin Blogspot

Emamin Facebook

Tuesday 3 April 2012

B2B TASK [9]: DISKUSI DENGAN WEDDING PLANNER - ILHAM SERI CINTA

*My Wedding Proposal

Lepas je majlis tunang tu, aku bgtau kat wedding planner ILHAM SERI CINTA "impian" perkahwinan aku nak mcm ni, nak mcm tu. So, Pn. Hasni Irdina kata suh aku survey2 dulu macamana yg aku nak, bagi contoh gambar keseluruhannya... senang dia nak buat keje & survey/sediakan barang dan prop. Lagi satu, jangan lupa bagitau kat wedding planner BAJET YANG MAMPU KITA BAYAR. BERBELANJA IKUT BAJET KITA TAU! Hehe... kdg2 org ni xsedar diri... nak mcm tu. Nak mcm ni... nak lawa aje. Tapi nak murah... Hish! Xsedar diri betul. Ni pengalaman aku sendiri la sepanjang menolong mak aku kat EMAMIN ENTERPRISE. (Sesape yg terase tu... ampunnnn!!! :p)

So, dlm masa sebulan dh dpt idea ape yg aku nak... dah emel semua perkara yg diperlukan ke ILHAM SERI CINTA. Kami pun jumpa & diskusi dgn lebih details. Ubah2 ape yg patut. Tambah2 ape yg kurang. Alhamdulillah... senang berbincang dgn Pn. Hasni Irdina. Dia byk bg idea dan cadangan. yelah, kita ni baru pertama kali nak wat majlis besar, kena la dgr nasihat dr yg pakar. Yang bestnya, wedding planner aku ni siap buat proposal kertas kerja. Tengok kat atas tu. Siap dgn kiraan bajet skali mengikut kemampuan aku. Bagus! Senang aku nak nampak dgn lebih jelas. Alhamdulillah... ianya mengikut bajet aku. InsyaAllah, kami akan berjumpa lg selepas ni. Terima kasih ye Pn. Hasni Irdina - ILHAM SERI CINTA.

Monday 2 April 2012

B2B TASK [8]: D.I.Y - BUNGA TELUR & BUNGA DULANG (DIP)

***Ni aku buat sendiri. Lawa tak? :p

***Ni pun aku buat sendiri. :)

Alhamdulillah... Syukur kpd Allah aku diberi "skill lebih" bab2 handicraft ni. Dah mak aku tokey kedai kraf perkahwinan... malu la kalo anak sindri xreti buat. Tol tak?...

Hari Sabtu lps mak aku buat kelas gubahan bunga dip. So aku pun join skali. Memang wajib kena joined pun. Kan aku ni PA, Manager, SA & Kuli tehormat kat EMAMIN ENTERPRISE. Kalo korang nak tgk pics leh klik kat sini. ----> KELAS GUBAHAN BUNGA DIP 2012

Sunday 1 April 2012

B2B TASK [7]: KAIN NIKAH @ JAKEL SHAH ALAM

Assalammualaikum... :)

Dah lama xupdate blog. Cam biasa. Sibuk... Hehe. Harini tghari td gi shopping kain nikah kat JAKEL SHAH ALAM. Ingatkan g awal tghari xramai org... Huuuuuuuuuuu!!! sgt "meriah" okaayyy. Ade org lg awal drp kami. Owh, "Kami" itu ialah aku, "my-sayang" ngn my PA iaitu my elder sister. Hehehe...

Sampai2 sana trus naik tingkat 3. Sampai je dah kena sapa ngn SA. Biasalah.. mereka kan peramah. :P Aku trus ckp, "nak cari kain satin n lace for nikah pakej bajet below RM300". Hehe... senang kan camtu? ckp direct. Terus SA tu carik material mengikut bajet aku. 

Aku xnak beli border patch lace psl harga mahal sket n nak guna byk. So, beli la pakej full lace. Pastu nnt suh tailor aku potong2. Jimat dan dpt byk. Owhh ye... beli kain net for veil skali. Ni link design: baju nikah yg aku berkenan. Nak buat camni. Tapi ade sket nak tambah2 3D roses dgn beads or pearls. :)

Nak tau brp harga aku shopping td kat JAKEL?

PAKEJ
Lace 2.5mtr (1panel)
Satin 4mtr + satin utk baju melayu 4.5mtr
Kain net (for veil)
JUMLAH: RM370


***Terlebih RM70 je. Xpe, janji puas hati. "my-sayang" pun kate okay. Tak kisah. :)

B2B TASK [6]: UJIAN HIV (JAIS - BAHAGIAN NEGERI SELANGOR)


UPDATED! TAK JADI BUAT UJIAN HIV 10HB APRIL 2012. BARU DPT TAU TEMPOH HANYA UTK
6 BULAN SAHAJA.
====================================================================

UPDATED! Kami dah buat appointment. InsyaAllah nextweek 10hb April kami pegi
ujian HIV dekat KK Kelana Jaya. :)
====================================================================
Semalam mlm diskusi ngn "my-sayang"... InsyaAllah, awal bln depan kami akan pegi Klinik Kesihatan Kelana Jaya nak buat ujian HIV. Tarikh tak sure lagi, sbb ktorg kena apply cuti dulu. Kat bawah ni sedikit info mengenai Ujian HIV (JAIS- Bahagian Negeri Selangor).

INDIVIDU YANG PERLU MENJALANI UJIAN HIV
1. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin di Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

2. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin Negeri Selangor Tetapi Ingin Berkahwin Di Luar Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

3. Pengecualian akan diberikan kepada individu yang telah menjalani ujian tersebut di Negeri, Johor, Melaka dan Pahang, dengan syarat individu tersebut perlu mengemukakan laporan ujian tersebut.

4. Pasangan Yang Ingin Mendaftarkan Perkahwinan Setelah Berkahwin di Luar Negeri.
(Permohonan Mendaftar Perkahwinan Sek 31,33,40 (2) dan 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

Sekiranya salah seorang pasangan berasal dari negeri selain daripada Negeri Selangor, Johor, Melaka dan Pahang, maka individu tersebut akan diberi pilihan seperti berikut :

i. Pemohon hadir ke Negeri Selangor untuk menjalani ujian tersebut seperti biasa, atau ;

ii. Pemohon mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Negeri Selangor dan membuat ujian tersebut di Klinik Kesihatan Kerajaan di negeri mereka dengan menanggung segala kos yang telah ditetapkan oleh pihak klinik.

*** Pemohon boleh mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan seluruh Selangor.

Bagi maklumat lebih lanjut, sila klik link dibawah ini:-

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...