Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Wednesday 21 March 2012

B2B TASK [5]: ISI BORANG PERMOHONAN PERKAHWINAN PEREMPUAN – JAIS (BAHAGIAN NEGERI SELANGOR)

Malam smlm dok garu2 kepala yg tak gatal sbb isi form online permohonan perkahwinan perempuan. Huuuuu… skang undang2 agak ketat dan lebih teliti. Elok la mcm tu… xde lah org memperlekehkan institusi perkahwinan Islam kat Malaysia ni. Bagi aku yg baru pertama kali ni, mmg agak “blur” nak isi form. Tercangak2 ngn abah aku. Makin moden/maju zaman skang ni. Makin terasa bongek la kepala otak. Hehe… Alhamdulillah, berkat kesabaran (membebel la jugak kejap) dlm 2jam settled isi form online dan sudah pun dload. Isi perkara yg wajib dahulu. Yang x wajib biarkan kosong dan isi kemudian nnt.

Btw, nak share ngn korang step by step cara permohonan dan prosedurnya:-
  • Sebelum nak isi online & dload form, kita kena register dulu (bagi pemohon pertama kali seperti aku). Mcm kita nak register email la. Tu senang je… lps dh register dan letak password, barulah kita leh log in mendaftar… Selamat mendaftar ye! :)


PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN
1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DI JAIS/ PAID ATAU DOWNLOAD BORANG DI SINI.
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN
  UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH.
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.
9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).
 ===================================================================

KURSUS PRA PERKAHWINAN
Pasal kursus kahwin tu dicepatkan lak. Abah aku suh pegi awal2. Marah dia tau nape aku nak pegi bln 6. Apsal tak gi bln dpn (April).

Abah: “Nape lmbt sgt pegi? Pegi la bln dpn… cepat nnt settle hal borang ni. Bln 8 aku tau settle semua.” <-- lebih kurang camtu lah ayat abah aku. Xder la marah, dia plg tak suka keje mudah ditangguh2 kan… dan abah mmg seorang yg sgt organize dan tak suka buat keje last minute.

Alhamdulillah, pagi td sampai je opis aku trus faks form apply kursus pra perkahwinan. InsyaAllah akan pegi pd 28 dan 29 April bln dpn di Shah Alam. Settled 1 perkara!!! Boleh tersenyummm…

**nape aku pilih date akhir bln April? Sbb date tu je yg available. Awal bln sampai minggu ke-3 dah fully booked! Perghhh… ramainya org nak kahwin. :) 

Sunday 18 March 2012

B2B TASK [4]: PLAN - D.I.Y VEIL NIKAH

Dapat idea nak berjimat lagi... Hehehe. Nak buat veil nikah sendiri. Tak susah pun nak buat rupanya. Janji ade basic skill menjahit la kan. Alaaa... setakat jahit sembat xkan la xreti. Usha2 kat net/blog org step by step buat veil nikah. Alhamdulillah... aku cnang nak pikap. Bagus betol diaorg ni, bg tutorial. Banyak pahala diaorg dpt, kongsi ilmu dan idea. :)

*Ni cth half oval shaped veil. Ukuran ikut rasa sesuka hati korang. 

Pilihan veil nikah aku, nak buat HALF-OVAL SHAPED. Beli 2 meter cukup. Labuh sampai ke punggung je la. Material samada kain net atau chiffon. Mana lagi elok eh? Nnt nak survey2 lah dulu... For hiasan letak patch lace bead ngn 3d roses lace. Ala2 veil Elyana (#berangan). Doakan aku berjaya buat ye... Chaiyok!!! :D

Ni ukuran utk veil... panjang mana korang nak. :)


credit to:

B2B TASK [3]: BELI 6 ROWS 3D ROSES LACE

Sebenarnya dah lama usha/survey design utk baju nikah. Macam2 design la aku dok save/simpan/reserved. Kejap2 nak mcm ini, kejap2 nak mcm itu... haha! Last2... piki2 balik, baik jahit sindri patch lace/beaded/3d roses design. Ade basic skill, gunakanlah sebaiknya. Lagipun leh cut cost byr kat tailor beratus-ratus-ratus. Janji kena RAJIN, USAHA & TAWAKAL. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. Aminnn...

Ni design aku nak jahit nanti. Tapi xde la serupa sebijik nk tiru camni. Ubah sket2 la nnt. Patch lace beaded nak beli kat SSF, jln TAR. Nak mix & match with 3d roses lace. Semoga menjadik! :)

*cantik kan design ni? suka sgt2... 

Pagi tadi dok usha kat mane lar nak cari/beli 3d roses lace? cari kaler itam ngn kuning. Nak dekat sejam cari kat net. Ade jumpa 2 online store. 1 kedai tu dah xde stock. Yg kedai ni ade stock. Tp kena pre-order. End of this Mac baru sampai. So, dgn senang hati aku dah byr pun utk RESERVED. :) :) :) 
Nak tau katne aku beli/order?

Haaaa... beli kat site ni la:

Aku order yg design 6 row 3d roses lace. Harga sgt murah dan berpatutan. Bleh beli borong tau. Sebelum beli baca Terms & Conditions dulu ye. Kat situ ade bgtau cara2 nak order dan buat bayaran. Ni maklumat yg diberi utk order 6 rows 3d roses lace:

1 - 9 meter = RM15.90/m
PROMO MARCH: Rebat RM1/m jika payment within 24hrs dari masa last email urusniaga. Jadi, harga menjadi RM14.90/m

10 - 19 meter = RM13.90/m
PROMO MARCH: Rebat RM1/m jika payment within 24hrs dari masa last email urusniaga. Jadi, harga menjadi RM12.90/m

20 - ke atas = RM12.90/m
PROMO MARCH: Rebat RM1/m jika payment within 24hrs dari masa last email urusniaga + Rebat RM1/m pembelian melebihi 20m ke atas. Jadi, harga menjadi RM10.90/m


Warna yg ada skang utk order:-
  • Off White
  • Ivory (color cream pekat)
  • Pink
  • Black
  • Hot Red
  • Chocolate (koko gelap)
  • Lavender (ungu cair)
  • Navy (BIRU GELAP POLIS)
  • Hot Pink (pink terang)
  • Green Flash (hijau fluorescent)
  • Coral Rose (kumpulan pink rose)
  • Turquoise
  • Medium Green (hijau petronas)
  • Light Green (hijau sawah padi yang lembut)
  • Apple Green (Seperti epal hijaU)
  • Fucshia (Keluarga pink juga -- pink ungu)
  • Vivid Scarlet (Merah hati)
  • Dark Purple
  • Bright Yellow (kuning soya cair)
  • Watermelon (color  seperti isi tembikai merah)

*Contoh pic 6 rows 3d roses lace

REVIEW: E-DAY

Hrmmm... penat! baru lps pintal2 dawai buat doorgift utk customer aku. Doorgift special gitu. Nak kasi guest semo bunga dip. Hamboiii... kalo org kaya xpe, bajet byk leh je nak rekues yg cantik2... yg mahal2... kami di Emamin Enterprise sentiasa memberi perkhidmatan terbaik utk pelanggan tersayang kami. Terutama kpd customer yg TAK KEDEKUT, TAK BERKIRA & SANGAT FAHAM HASIL KERJA HANDMADE.

Mlm2 ni aku nak review & cte sket psl majlis pertunangan aku yg dah 15 hari sudah berlalu. 15hari?!!! Rasa mcm baru smlm je... puiii! #gediks. Hahaha!!! Btw, nak bgtau hari ni 18hb Mac 2012. Genaplah aku & "my-sayang" 5 bulan bercinta. Alhamdulillah... :)

Okay... mari mula review.


Baju tunang - Kain and border patch lace beli kat Jakel. Harga xyah tau la... korang mesti la tau kan rate price kat Jakel tu. Plg untung beli border lace. Beli semeter tp dpt 2 meter. Sbb border lace tu lebar... kena potong dua. Cukup utk buat bhgn lengan dan bawah baju. (Sila shopping ketika sale ye...)

Shawl chiffon beaded & inner - Beli kat Dirs Gallery, Semua House Jalan TAR. Yg biz shawl online kat fb tu amik kat diaorg la. Dirs Gallery amik for wholesales. Nak beli borong gi kat kedai dia deret2 ngn Guardian, jln TAR. Leh cek kat website/FB Dirs. Inner Ayraa lak beli kat online FB Al-Humaira Contemporary.

Mini Pelamin & Make up - Amik dari Ilham Seri Cinta. Harga reasonable dan sgt berbaloi bg mereka yg nak bajet. Highly recommended!!!

Photographer - Hired budak2 baru nak naik belajar jd photographer:Nanolensa Photography. Majlis tunang xyah nak mahal2 sgt. Dah nikah nnt xper kalo nak mahal sket. Ini pndpt personal aku la. If nak yg bajet murah. Tapi korang jgn la harap hasil kerja mereka mcm yg profesional tu. Kita nak murah, maka hasil kerja pun bukan A+. Masih cantik tp bukan A+. Paham kan maksud aku tu? Tapi aku rasa syukur... ade jugak bgambar, drp xde langsung? :)

Doorgift - Beli paperbags ngn riben polkadot dkt SSF, Jalan TAR. Sbb aku ngn mak buat business card member, so kami dpt diskaun byk la jugak. :) kan kami buat bisnes kahwin. Pastu sticker ngn pic frame tolsby ikea order dari dida zenal/zoul prinstation. Makanan lak aku buat (D.I.Y) Mini Me choc cakes, gula2 n choc beli kat kedai borong, dpt harga murah. Banyak je kat area pasar Chow Kit. :)

Hantaran Polkadot - Semestinya dari EMAMIN ENTERPRISE. Idea & konsep semua dtg dari kepala otak aku... Sangat2 suka polkadot ketika ini. Hehe!!! Patch lace beaded kain utk buat hantaran aku beli kan SSF, Jalan TAR. Beli 3mtr cukup utk lengan & bwh baju. Cupcakes ngn cookies lak beli kat Wondermilk, Damansara.

Catering - Amik katering kwn mak. Mmg every event ape2 amik kat dia aje la. Macik Fauziah, Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Mmg sedap... sampai kan kazen aku nak tapau bwk balik. Hehehe...

Saturday 17 March 2012

B2B TASK [2]: SURVEY OFFICIAL PHOTOGRAPHER

Hari ni hari Sabtu... xkeje. Bermalasan+bergolek2 shj di rumah. "My-sayang" xde. Balik umah kampung tersayang kat Port Dickson (mentang2 dekat, setiap minggu nak balik je) Tak marah pun. Jeles je. Hahaha!!! jeles dia melepak ngn kwn2 dia.. #ntahape2ntah

Hari ni menatap lappy tgk blog/fb photographer ngn videographer. Photographer byk la jugak aku survey. Antaranya yg paling aku minat hasil kerja drp:-




Dah submit emel/enquiry quotation harga for my 2 events - Nikah & Sanding. Semuanya masing dlm perancangan... InsyaAllah akan bgtau kata putus akhir bulan ni. Kena cepat2 nnt terlambat nak blocked date... Kalo terlepas... haih! menyesal nnt... for now, i'm not sure nak pilih yg mana 1. Kena discussion with my famili & "my-sayang". Apa yang penting? KERJAAAA$$$SAMAA... Nmpk tak simbol $ tu? paham2 sudah... Hehehe!!!


***NOTAKAKI: Btw, teringin nak buat OV if ade bajet lebih. Nak laaa... sape nak sponsor? Gatal2 tgn klik CSTProduction... Danngggg!!! kan dah ketagih... T_T <-- #menangis

B2B TASK [1]: KURSUS PRA PERKAHWINAN - JAIS

Assalammualaikum... Selamat pagi sabtu.

Hari ni aku sgt2 ceria... Nak tidur mlm td pun leh tersenyum2 lg menatap pics tunang dr OP aku. Sgt sweet. Soooo LOVELY..really*sejutakali LOVE IT!!! Ok, Alhamdulillah... majlis tunang berjalan dgn lancar dan meriah. Terima kasih kepada sedara-mara,sahabat dan tetamu2 yg lain kerana sudi dtg memeriahkan majlis aku itu. Wlpun sederhana shj, bg aku ianya sangatlah meriah... boleh ulang lg skali tak? hehehe...

Lps habis je majlis tunang... tugas2 lelain pun dtg - "B2B TASK". Kwn aku bertanya, "ape menatang b2b tu?" kihkihkih... BRIDE TO BE la sayang oiiii...

Sebenarnya aku belum penah lg gi kursus kawin... bukan xnak pegi awal2, bg pndpt aku la, selagi belum kawin xnak pegi. Nak pegi ngn bakal suami aku jugak. Lantak la kalo umur dah tua pun. Nak jugak pegi berteman. Gedikkan ayat aku tu? Puiii... hahaha!

Sebab aku ngn "my-sayang" dok area selangor, maka aku search la website JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR @ JAIS. Skang mudah dan senang je kan? :) Siap dan lengkap semua maklumat mengenai Kursus Pra Perkahwinan 2012. InsyaAllah, kami akan pegi awal bulan Jun. Semoga urusan kami dipermudahkan oleh Allah SWT... Aminnn!


*Inilah rupa cth borang yg perlu di download.
*Jgn save kat cni lak. Sila ke website JAIS. Ni aku nak kasi korang tgk cth je. :p

MAKLUMAT PENTING

1) TEMPAT KURSUS

** Di Dewan Kuliah Pusat Pembangunan Kekeluargaan Islam, Aras G, Bangunan Sultan Idris Shah,No. 2 Persiaran Masjid, Seksyen 5 Bukit SUK, 40676 Shah Alam, Selangor

2) TEMPOH MASA KURSUS

** 2 hari (tiada bermalam)

3) BAYARAN KURSUS

** RM 80.00 - termasuk fail, makan dan minum
** Bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran kursus

4) PROSEDUR MENYERTAI KURSUS PERKAHWINAN & KEKELUARGAAN

** Isi borang permohonan kursus di mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah yang berkenaan atau download borang di sini (Isi borang kursus) untuk mengikuti kursus anjuran JAIS di Shah Alam.
** Kursus ini hendaklah diambil oleh bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga sebelum mereka membuat permohonan untuk bernikah.
** Hantar borang sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh kursus yang dipilih
** Hadir Pendaftaran kursus di Bangunan Sultan Idris Shah pada hari tarikh yang dipilih -->Sabtu (7.45 - 8.30 pagi)
** Aturcara Kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam(MBKPPI)

5) DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

** Salinan IC semasa pendaftaran( jika diminta )


***SOALAN YANG SERING DITANYA

Berapakah tempoh sah laku sijil Kursus Pra Perkahwinan yang diikuti di mana-mana tempat yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri?
Sijil Kursus Pra Perkahwinan tersebut sah laku pada bila-bila masa.

E-DAY OFFICIAL PHOTOS

Sgt sukahati bila abg posmen ketuk pintu opis. Mmg dah agak dah parcel cd sampai tghari td (opps!! abg posmen tak gi smyg jumaat ke? kantoii~) Bukak2 je parcel, tgk ade kotak. Kotak kaler merah, ade kad kecik love lg dlm tu. Pastu nmpk 3cds... huhuhu!!! mase tu dah teruja sgt2... xheran nak mkn. *Tetiba kenyang trus... #poyo


Silalah tatap my E-day Official Photos
(**official la sangattt~)




Ok habis! Takleh letak banyak2... nanti korang jeles. Hihihi... #perasan

Thursday 15 March 2012

E-DAY: 03.03.2012

Actually nak tggu official pics dr photographer, baru aku nak posting cte psl majlis tunang aku yg dah lepas seminggu sudah. Tp lmbt sgt la plak nk dpt cd gmbrnya. Alhamdulillah... td dpt sms dari team Nanolensa Photography cd gambar sudah dipos tghari tadi. Eiii... xsabarnyer nak tgk. Eiii... tak sabarnya nak posting kat blog ni. Hehehe... Mintak2 pics semo lawa2 wlpun dlm RAW file. :)

Diberitahu ade 3 cd dan 700 keping gambar!!! Wow... saya sangat-sangat puas hati. Harga pun sgt berpatutan. Tak sabar. Tak sabar. Tak sabar nak tengok. Heeee!!!

Kat bawah ni aku share sket pic aku curik dr album kwn2/sedara2.
Jom tgk sy yg comel ini. #poyo

*ini kazen aku. Cam minah arab pompuan ni. Padehal xde keturunan arab pun ktorg. hehe!

*Sesi debaran telah bermula. Hehehe...

*kasi close up sket tang mata tu. Ops! btw, lawa tak baju n shawl sy tu? :)

*Tang ni rasa cam artis plak. Kat tepi tu ramai nak amik pics saya. hehe!

*Selesai sudah... sy sudah menjadi tunangan kpd "my-sayang"

Wednesday 14 March 2012

TASK [23]: HANTARAN TEMA POLKADOT

order dari

*Kasi highlight lebih besar lagi.*
Dah anak yg tunang, of cos la mak sponsor. Hehehe!!!
Seperti biasa, hantaran emamin sentiasa dapat pujian. Alhamdulillah...
syukur sgt2!!! Syukran...


HANTARAN TELAH DI SPONSOR

TASK [22]: D.I.Y - PAPERBAG POLKADOT

sticker order dari

Ni haaa laaa... paperbag riben polkadot buatan sindri. Tambah/gam riben tu je kat paperbag tu. Pastu tempek sticker. Kasi naik seri lebih banyak lagi. Hehehehe!!! Haritu nak order kat Reowngift, Asik xder stock je... in the end malas nak piki2 nak cari lain, so aku "design" la sindri paperbag polkadot idaman. Sib baik sempat siap. Sib baik comel dan kiut (puji diri sindri...hehehe!)

Tak susah pun buatnya... Hanya banyak kerah tenaga tulang empat kerat dan mata 2 biji. Adik aku tolong tempek kan sticker tu je... lelain semo aku buat sindri. 200pcs tau!!! nak dekat 2 minggu baru siap sbb buat time balik keje. Malam2 ngadap dok gam riben... :) :) :)

Ni ler contoh2 yg aku kena pilih utk sticker aku tuh. Semo comel2 kan?
nak order? nak murah dan harga pun reasonable? gi la order kat

TASK [21]: D.I.Y - "MINI ME" CHOCOLATE CAKES

sticker order dari 


Lagi 2 hari majlis tunang nak langsung, aku kena buat sindri "mini me" choc cakes. Mini cup choc cakes ni dah jd perkara wajib kena buat bila ada ape2 majlis kat umah famili aku. Banyak la jugak kena buat. Dlm 200pcs. Korang pecaya tak aku buat sorang2? Mesti la pecayakan... hihihi... :p

Tiap2 kali kalo sedara mara aku dtg, mesti nak cari kek choc ni. Senang cte, kalo diaorg nak mkn free kek choc ni... diaorg kena dtg umah aku la. stock limited. ekekeke!!! Bukan nak ckp riak or ape lah kan, kek aku buat ni mmg sedaplah <--- bukan aku kata, MEREKA YANG MERASA yg kata. Sampaikan bakal kakak ipar mntk resepi. (ehem...ehem... kembang sekejap...hehe)

Kalo korang nak resepi ni, aku leh je nak share. Sharing is caring kan... Ilmu mesti dikongsi bersama. Tol tak? :)

KEK COKLAT KUKUS
(Untuk 1 adunan - anggaran dpt dlm 45-50pcs bekas kecil)
BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan koko (gunakan koko van housten lebih sedap)
  • 2 cawan gula kasar
  • 1/2 tablespoon soda bikarbonat
  • 1 1/2 tablespoon baking powder
  • 3 biji telur ayam (gred B)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 cawan minyak jagung

CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Ayakkan dan masukkan bersama-sama tepung, koko, soda bikarbonat dan baking powder.
  • Kemudian masukkan gula kasar, telur, susu cair dan air panas mendidih.
  • Kacau bahan-bahan tersebut dgn mixer sehingga rata.
  • Kemudian sudah rata masukkan minyak jagung.
  • Kacau dgn mixer sekali lagi sehingga adunan bersatu dan rata.
  • Panaskan periuk kukus sehingga mendidih.
  • Masukkan adunan dan kukus selama 1jam bg adunan di dalam bekas besar. Bagi adunan spt cup kecil, hanya kukus selama 1/2 jam shj.

SELAMAT MENCUBA!!!

MINI PELAMIN JADI BUAT LA PULAK...

Igt tak posted aku yg lepas ade bgtau xjd buat mini pelamin? Hehe.. last2 dpt gak buat tau. Janji kena yg simple dan paling simple bukan cam nak menikah tu. Si baik abg aku setuju... kalo tak potpetpotpet mulut dia. Alhamdulillah... keje2 membuat pelamin diteruskan. :)

Alhamdulillah... ramai yg kata mini pelamin aku sgt sweet, comel dan cantik. Ikut tema POLKADOT seperti yg diidam2kan. Aminnn... menjadik! :) :) :)

Haaaa... korang nampak tak polkadot kat tang mana? Tuuuhhhh... kat bantal tu la. Comel kan? Tema mesti polkadot dan bunga pun kena style bolat2 cam polkadot. Sgt simple... Sgt comel... Sgt sweet. Terima kasih kepada ILHAM SERI CINTA krn merealisasikan mini pelamin yg sy idamkan. 

"HILANG" SEKEJAP... [hibernated]

Hilang sekejap sbb aku bizi. 1 week before majlis dah sibuk dah. ye la... semo buat sindri. Lepas abis majlis pun bizi jugak... baru hari ni ade kesempatan nak update blog. So... nak start cite dr mana dulu ek? :P

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...