Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."
Showing posts with label MAKANAN. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

RESEPI: GULAI LEMAK STAIL ORANG BANJAR

Assalammualaikum semua,

Aku nak share resepi lain pulak. Masak gulai lemak stail orang banjar. Owh yeee... Aku ade darah keturunan org banjar. Tapi tak reti ckp banjar apentah lagi nak memahami bahasa itu. Yang aku tau satu je perkataan ni: GURING. GURING IS TIDUR in bahasa malaysia. Hehehe...

Ok, malas nak ngomel panjang... Nah ini aku kasi resepi. Cuba korang try test. Kalo sedap habaq mai. Kalo tak sedap dok dediam je haaa... Hihihi!



Bahan-bahan:
  1. Ikan (masa la ni masak ikan baung liar. Giler sedapppp!)
  2. Cili kering  (ikut suka hati nak pedas sikit or pedas byk)
  3. Serai 3 btg
  4. Lengkuas 1 inci
  5. Bwg merah  4 ulas
  6. Bunga kantan 1 btg/belimbing buluh 12 biji/timun 1 biji
  7. Santan 1 kotak
  8. Asam keping 2 keping (kalo besar letak sekeping je)
  9. Air
  10. Garam secukup rasa

 Cara-cara masak:
  1. Cili kering potong2 kecil dulu. rendam dlm air panas kasi kembang. Cuci bersih2 buang biji.
  2. Lepas tu masukkan sekali cili kering,serai, lengkuas & bawang merah dlm blender.
  3. Blend sampai hancur halus.
  4. Lps dah blend, satukan semua bahan tadi dgn santan dan air dlm 3 cawan ke dlm periuk. Tunggu mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Dah mendidih masukkan ikan, asam keping dan sayur  utk sesedap rasa.
  6. Sayur tambahan (pilihan): bunga kantan (belah 4) atau belimbing buluh atau timun. Ikut suka hati nak masak yg mana korang suka makan.
  7. Tunggu la segala dlm kuah tu masak. Sekejap je... Siappp!!!

Selamat mencuba kawan-kawan!!!

RESEPI: KUIH CARA BERLAUK STAIL CIKINOT

Assalammualaikum semua...,

Alhamdulillah, kita dah masuk 16Ramadhan. Syukur Alhamdulillah... kita kat Malaysia ni untung sangat. Makanan ade macam2 kat param tu. Haih! Jangan membazir tau. Membazir kawan shaitoooonnnnn!!! Selama berpuasa ni, aku jarang beli makanan kat param. Mostly masak sendiri, makan masakan emak dan makan lagi masakan emak... dan lagi. dan lagi... Hahaha! (Mak aku time posa je rajin bebenor masak. Time cenggitu la amik kesempatan lebih byk sedikit... Hihihi)

La ni aku nak share resepi kuih cara berlauk stail cikinot <--- akulah tuh! Hehehe... Dpt resepi ni dr kwn uitm. Owhhhhhhh!!! sangat simple dan senang sgt buatnya. Aku ubah sket2 cara buat dan bahan ikut kesesuaian tekak. 1st attempt aku buat terus menjadik tauuuuu!!! #bangga #kembangkempislobanghidung. 

Ni la rupa kuih cara berlauk stail cikinot. Jeng... Jeng... Jeng...

*Kuih cara berlauk kaler pink. Ko hado? Haha....

Actually, aku buh pewarna ape yg ade dlm esbok tu. Malas nak beli yg baru. Skali tgk ade kaler merah je. Haish... lupa kaler hijau pandan haritu dah habis guna buat apam. Btw, comel tak kaler pink tu? Hehehe... Dah mcm kaler buah pink guava dah kan... Lantak ler. Janji sodap dan lauk daging tu mesti byk melimpah2 xmcm jual kat param yg kodokut yaaa amat!!! cili takdo... daun bwg pun kdg2 lotak sodikit ajo. Haih!!! Ok lah... jom tgk resepi nya. Untuk makluman, sukatan dibwh ini boleh dpt dlm 28/30 biji.

Bahan-bahan A (untuk inti)
  1. 1/2 peket daging cincang (lebih kurang 200gram)
  2. 2 sudu makan serbuk kari daging (campur ngn air tp jgn bg cair sangat ye)
  3. 2 @ 3 ulas bawang merah dipotong cincang (dadu kecil)
  4. 2 batang cili merah dipotong cincang (dadu kecil)
  5. 1/2 ikat daun sup dipotong cincang (mcm nak buat bergedil)
  6. minyak secukupnya
  7. air secukupnya
  8. garam secukup rasa
Cara-cara masak inti:
  1. Letak minyak dlm kuali secukupnya. Tunggu minyak panas.
  2. Masukkan daging, goreng hingga setengah masak.
  3. Lepas tu masukkan kari daging. Gaul hingga nmpk dah garing pekat sedikit.
  4. Tambahkan air sedikit utk bg daging empuk dan tak melekat.
  5. Dah agak2 pekat dan masak, masukkan bwg dan cili merah td. Letak garam secukup rase.
  6. Kecilkan api, masukkan daun sup. Gaul hingga rata.
  7. Tutup api dan ketepikan. (tak berapa suka daun sup masak lama dan jadi lembik sgt)


Bahan-bahan B (untuk bancuhan tepung)
  1. 2 senduk nasi tepung gandum
  2. 2 biji telur ayam gred C
  3. 1 sudu kecil garam
  4. Air secukupnya
  5. Pewarna
Cara-cara bancuhan:
  1. Masukkan tepung, telur, garam dan air sekali. Gaul. Agak2 pekat, tambah air lagi.
  2. Bila dah konfiden bancuhan tu rata secukupnya, masukkan dlm blender.
  3. Blender sampai halus supaya tepung tak nmpk berketul2 langsung.
  4. Tambah sedikit pewarna semasa blend. (suka hati nak bubuh warna ape)
  5. Kalau agak2 pekat, tambah lg sedikit air.

CARA-CARA MASAK CARA BERLAUK BERMULA!!!
*Aku beli acuan tembaga tu kat PD area umah mertua. Harga RM7.90 aje. Acuan ada 7 bentuk telur. Beli yg saiz kecik aje.

Cara2nya adalah:
  1. Panaskan bekas acuan tembaga dgn api yg kecil.
  2. Dah panas sedikit, sapukan sedikit minyak masak pada acuan.
  3. Lepas tu tuang bancuhan tepung dlm acuan. Kemudian masukkan terus inti daging.
  4. Tutup sekejap dgn penutup periuk. Kejap je dlm 2 or 3 minit.
  5. Lepas tu cungkil perlahan-lahan dgn sudu.
Siapppp!!!... :)

Selamat mencuba kawan-kawan... :)

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...