"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Lilypie - Maternity

Tuesday, 15 December 2015

MENGANDUNG/PREGNANCY: 3RD TRIMESTER (PART 3)

Assalammualaikum semua,

Hari ni 15/12/2015 (Selasa). Nak stori pasal 1st check up kat PPUM semalam, (14/12/2015). Btw, tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor... Juara Piala Malaysia (tak minat bola punnnn... tapi mengikuti perkembangan semasa itu penting. Hehe!)

Last posted kan aku ade bgtau kena dtg 1st appointment kat PPUM 14hb Disember kan kan? xtau la nape... tiap kali nak pegi check up mesti ada rasa berdebor². Normal kot bg semua mak² mengandung... Kot aku je yg camgitu? Hahaha...


Ok, nak start cite skang...
(Kali ini agak panjang ye posting. Harap baca dengan tenang pengalaman aku nih. Hehe!)

Ikut jadual pendaftaran start pukul 8pagi sampai 10pagi utk pendaftaran kali pertama. Aku ngn incik asben sampai pkl 8.30pagi. Mmg kuar awai pun... tapi ktorg pegi bekfes dulu. Perot ummi dok kreok kreuk dari lps subuh... xleh tahan. kena pi mamam dulu. Sib baik dekat je dari umah parents aku ke PPUM. Jalan tak jem. 17minit dah sampai dah... Heeeee!!! 

Sesampai je kat klinik Antenatal (klinik ibu mengandung PPUM) terus pegi bhgn pendaftaran, TEKAN BUTTON 'A'. Ktorg tunggu takde la lama sgt... dalam 10-15mnt je kot. Pendaftaran bayar RM31 sahaja. Lps staff dah key in semua details, dpt nombor angka giliran yg baru utk next check up dgn nurse & doktor. Sebelum tu kena pegi kaunter pembayaran dekat LOBI untuk bayar booking DEPOSIT RM500 - tempah WAD BERSALIN/BERSALIN DI PPUM <--- WAJIB!!! Sebelum tu kami suami isteri dapat flyer dari staff kaunter berkenaan UJIAN SARINGAN BAYI UNTUK PENYAKIT "INBORN ERRORS OF METABOLISM". Kami setuju nak buat saringan utk baby kami nnt selepas lahir. BAYARAN HANYA RM 84.80 termasuk GST.

Apa itu IEM?....

Kitaorg pun xtau punnnnnn.... lps staff tu terangkan sikit & ktorg baca dari flyer tersebut, ktorg dah paham la sedikit. Penyakit IEM - ADALAH DISEBABKAN OLEH PERUBAHAN GENETIK YANG MENGHALANG PEMBENTUKAN ENZIM TERTENTU DI DALAM BADAN. INI MENYEBABKAN KEKURANGAN KOMPONEN TERTENTU YANG PENTING DALAM PERKEMBANGAN MENTAL & FIZIKAL BAYI.

Nanti korang google la lebih lanjut berkaitan penyakit IEM ni eh... aku pun baru tau, xleh nak cite details sgt. Kang tersalah bagi info pulak. Naya!

Nah... ini flyer pasal IEM.



Sesi ditemubual dengan macik nurse kekwat...

Dah settled bayar deposit kat lobi, masuk balik ke klinik tunggu nama kena panggil oleh nurse utk saringan. Amik urine, catat tinggi & berat, tekanan darah... lps tu "ditemubual" kejap dgn nurse. Tang bhgn jumpa nurse² ni aku nak stori sikit... sikit je. Hehehe... so far so good. Semua staff nurse okay. Alaa... yg kekwat sikit tu, yg nurse macik² yg dah berusia. Xyah nak amik hati sangat la... anggap la mcm mak kita tgh bagi nasihat dan ceramah serta arahan. Hahaha!!!... don't heart feeling okay ibu² mengandung sekalian. Peace! Heee... Yang klaka bg aku time amik ukuran tinggi dan berat. Akak nurse tu dia duduk je. Tulis je. Dia tanya Berat berapa? Tinggi berapa? padehal mesin penimbang/ukuran tinggi ade je kat situ. Nampak nau malasnya dia nak bangun buat check ukuran dan tengok berat badan kita. Xper la... hal kecik je bagi aku.

Ok tang kena "temubual" berkenaan sejarah perubatan pulak... aku dapat macik kekwat... tapi aku cool je. Layan kan je. Kan aku kata tadi, anggap je mcm mak² kita tgh bagi nasihat & arahan. Hehehe... Macam² la kena tanya itu ini. Tang aku gelabah sikit bila, nurse macik tu bgtau takleh follow up check up kat klinik PPUM situ, sbb aku dtg lmbt utk pendaftaran. Appointment doktor semua dah full. Dia suh aku follow up je kat klinik Tunku Azizah sampai aku nak bersalin. Nak dekat bersalin baru dtg PPUM bawak report perubatan. Ehehhh...? Aku kata, "kenapa tak boleh pulak? kan saya nak bersalin kat sini?" Dia tetap tekankan APPOINTMENT FULL. Lagipun salah aku sbb lambat dah masuk 3rd trimester baru nak datang follow up kat PPUM. Aku iye kan je la... tp still tak puas hati selagi tak jumpa doktor. Nak bgtau tanya doktor jugakkkkk... Hehe! Lepas dah kena soal siasat itu ini, nurse macik tu suruh aku tunggu nombor kena panggil utk check up dgn doktor pulakkkk. Legaaaaaa....


Sesi menunggu giliran jumpa doktor...

Azaaaabbbbbbb... rupanya lama giler nak tunggu turn kena jumpa doktor. Hampir nak dekat 3 jam aku & incik asben kena tunggu. Pengalaman pertama... aku kalut kejap. Sbb paling tak suka tunggu lelama. Incik asben cool je, dia okay je. Sambil main game COC. Hahaha... Mmg la selesa sgt... ekon sejukkkk je. tmpt kerusi selesa jugak. Tapi tang tunggu tu je laaaaaaaa.... Bayangkan dari jam 10pagi sampai ke zohor, nak dekat pkl 1.30 tengahari, baru sampai nombor aku kena panggil. TAPI BERBALOI!!!! SEBAB APA?

Sebab... Aku dapat doktor melayu perempuan Islam. Namanya Doktor Hasliza tak silap aku. Mmg pun, sebelum ni aku hari² doa biarlah masa check up aku dpt doktor melayu perempuan, kalo boleh Islam. Bukan racist ke memilih ke ape... Tapi aku lebih rasa selamat dan selesa... sbb kan selama ni aku monthly check up ngn doktor perempuan je. Alhamdulillah... Allah dengar doa aku. Syukur. Tapi aku rasa boleh rekues la kalo masa check up fizikal, kita nak doktor perempuan check kejap. Sbb masa check up fizikal tak amik masa lama pun. Sapa² yang ada pengalaman... leh ler stori kat komen aku ya?

Masa borak² dgn doktor... aku rasa santai sangat. Doktor sangat bagus!!! check pun okay... Alhamdulillah, doktor kata BabyHN kepala dah ke bawah (mmg dah rasa nyilu kat bhgn ari² skang ni), degupan jantung baik/okay. Semua normal setakat ni. So far so good! lps tu incik asben tny la pasal nak follow up weekly je kat PPUM. Xnak pegi klinik sebelum ni. Doktor kata boleh je, xde masalah... tapi kena tgk jadual dan ikut jadual appoinment. Appointment mmg full, tapi boleh fix. Legaaaa aku dan incik asben dengornya... memandai je tauuuuu nurse macik kat luar tu ckp tak boleh. Doktor Hazliza kata, lagipun aku dah nak dekat dah... dah hampir masuk 35weeks. So senang follow up je kat PPUM terus. Ibu mengandung yg nak dekat tarikh EDD bersalin didahulukan... gittew!!! Next appointment hari Khamis (17/12/2015) utk ORAL GTT - MINUM AIR GULA!!! Huhuhu... kena berpuasa la malam Rabu ni... Pengalaman pertama jugak kena telan air gula. Bertabahlahhhhh walapun aku dgr mcm² pasal telan air gula. Tak penah kena minum lagi ni tau sepanjang menngandung. Ni dah nak masuk 35 weeks baru kena. Hehehe!!! Next appointment dgn doktor lagi 2 weeks - 28/12/2015 (Isnin). Semoga ummi dan BabyHN sihat² sahaja... 

Okay... ini je kot rasanya nak stori. Dah xde dah kot nak cite benda lain lagi. Next post aku stori la pengalaman pertama minum air gula. Tak sabar pula rasanya. Hahaha!!!... 

No comments:

Post a Comment

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...