"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Wednesday, 21 March 2012

B2B TASK [5]: ISI BORANG PERMOHONAN PERKAHWINAN PEREMPUAN – JAIS (BAHAGIAN NEGERI SELANGOR)

Malam smlm dok garu2 kepala yg tak gatal sbb isi form online permohonan perkahwinan perempuan. Huuuuu… skang undang2 agak ketat dan lebih teliti. Elok la mcm tu… xde lah org memperlekehkan institusi perkahwinan Islam kat Malaysia ni. Bagi aku yg baru pertama kali ni, mmg agak “blur” nak isi form. Tercangak2 ngn abah aku. Makin moden/maju zaman skang ni. Makin terasa bongek la kepala otak. Hehe… Alhamdulillah, berkat kesabaran (membebel la jugak kejap) dlm 2jam settled isi form online dan sudah pun dload. Isi perkara yg wajib dahulu. Yang x wajib biarkan kosong dan isi kemudian nnt.

Btw, nak share ngn korang step by step cara permohonan dan prosedurnya:-
  • Sebelum nak isi online & dload form, kita kena register dulu (bagi pemohon pertama kali seperti aku). Mcm kita nak register email la. Tu senang je… lps dh register dan letak password, barulah kita leh log in mendaftar… Selamat mendaftar ye! :)


PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN
1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DI JAIS/ PAID ATAU DOWNLOAD BORANG DI SINI.
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN
  UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH.
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.
9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).
 ===================================================================

KURSUS PRA PERKAHWINAN
Pasal kursus kahwin tu dicepatkan lak. Abah aku suh pegi awal2. Marah dia tau nape aku nak pegi bln 6. Apsal tak gi bln dpn (April).

Abah: “Nape lmbt sgt pegi? Pegi la bln dpn… cepat nnt settle hal borang ni. Bln 8 aku tau settle semua.” <-- lebih kurang camtu lah ayat abah aku. Xder la marah, dia plg tak suka keje mudah ditangguh2 kan… dan abah mmg seorang yg sgt organize dan tak suka buat keje last minute.

Alhamdulillah, pagi td sampai je opis aku trus faks form apply kursus pra perkahwinan. InsyaAllah akan pegi pd 28 dan 29 April bln dpn di Shah Alam. Settled 1 perkara!!! Boleh tersenyummm…

**nape aku pilih date akhir bln April? Sbb date tu je yg available. Awal bln sampai minggu ke-3 dah fully booked! Perghhh… ramainya org nak kahwin. :) 

No comments:

Post a Comment

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...