"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Lilypie - Maternity

Wednesday, 14 March 2012

TASK [21]: D.I.Y - "MINI ME" CHOCOLATE CAKES

sticker order dari 


Lagi 2 hari majlis tunang nak langsung, aku kena buat sindri "mini me" choc cakes. Mini cup choc cakes ni dah jd perkara wajib kena buat bila ada ape2 majlis kat umah famili aku. Banyak la jugak kena buat. Dlm 200pcs. Korang pecaya tak aku buat sorang2? Mesti la pecayakan... hihihi... :p

Tiap2 kali kalo sedara mara aku dtg, mesti nak cari kek choc ni. Senang cte, kalo diaorg nak mkn free kek choc ni... diaorg kena dtg umah aku la. stock limited. ekekeke!!! Bukan nak ckp riak or ape lah kan, kek aku buat ni mmg sedaplah <--- bukan aku kata, MEREKA YANG MERASA yg kata. Sampaikan bakal kakak ipar mntk resepi. (ehem...ehem... kembang sekejap...hehe)

Kalo korang nak resepi ni, aku leh je nak share. Sharing is caring kan... Ilmu mesti dikongsi bersama. Tol tak? :)

KEK COKLAT KUKUS
(Untuk 1 adunan - anggaran dpt dlm 45-50pcs bekas kecil)
BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan koko (gunakan koko van housten lebih sedap)
  • 2 cawan gula kasar
  • 1/2 tablespoon soda bikarbonat
  • 1 1/2 tablespoon baking powder
  • 3 biji telur ayam (gred B)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 cawan minyak jagung

CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Ayakkan dan masukkan bersama-sama tepung, koko, soda bikarbonat dan baking powder.
  • Kemudian masukkan gula kasar, telur, susu cair dan air panas mendidih.
  • Kacau bahan-bahan tersebut dgn mixer sehingga rata.
  • Kemudian sudah rata masukkan minyak jagung.
  • Kacau dgn mixer sekali lagi sehingga adunan bersatu dan rata.
  • Panaskan periuk kukus sehingga mendidih.
  • Masukkan adunan dan kukus selama 1jam bg adunan di dalam bekas besar. Bagi adunan spt cup kecil, hanya kukus selama 1/2 jam shj.

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...