Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Thursday 4 October 2012

B2B TASK [41]: ALKISAHNYA HIV TEST (PART 2)


Hari kejadian saringan ujian HIV... (Rabu - 3/10/2012)

Pagi2 "my-sayang' dah kuar umah nak menjemput "Ratu" kesayangan dia ni. Hehehe... Sib baik demam aku dah ok. 2 hari demam panas tuhhh... akak aku kate demam rindu sbb dah lama tak jumpa incik tunang. Hahaha... ntahape2ntah. Baru nak masuk 3 minggu xjumpa... tapiiiii rindu la jugak. Kehkehkeh!!! :P


"My-sayang" sampai dlm 9.30pagi. Jalan jem teruk katenya kat area ioi mall puchong ngn tol sunway. Hrmm... janji kol 10pagi kat NCI hospital. Selamba sampai lambat la kami nnt. Tp xde la lmbt sgt pun, kol 10.30pg ktorg dah sampai Nilai dah. Owhh ye... NCI hospital tu kat Nilai, Negeri Sembilan. Hahaha... jauhnya nak buat HIV test kan? Tak kisah ler janji leh siap 1 hari, tak byk peel... tak byk kerenah. Yang penting servis TIP TOP!!!


Sampai je kat sana, trus kitaorg gi information counter. Dh dpt tunjuk arah... nampak la tmpt nak daftar HIV test. Huhuhu... hospital swasta kan... masuk je dlm, rasa nyamannnn aje. Selesaaaaa aje. Hihihi... Sampai je kat kaunter trus ckp nak buat HIV test utk kawin. Usha kiri kanan, pandang sekeliling... Aku tgk ade lg spsg couple buat HIV test mcm ktorg jugak.

Prosedur pertama -  isi & submit form lebih kurang dlm 1/2 jam (11pagi):
  • Isi form butiran diri
  • Tunggu form ktorg di "key-in" utk simpanan hospital NCI.
  • Check maklumat & sign utk pengesahan.
  • Kena masuk bilik jap jumpa pegawai perubatan utk ala2 mcm kaunseling/pemberitahuan psl HIV/HIV test.
  • Kena tandatangan mcm surat AkuJanji sbb maklumat adalah sulit.



Prosedur kedua - Pegi lab "derma" darah amik masa dlm 3/5mnt je:
  • Tunggu nama kena panggil masuk dlm lab.
  • Kena cucuk "derma" darah. Hrmmm aku tak berani nak tgk. Takut laaa. "my-sayang" kate diorg amik sampai penuh 1 jarum pendek gemok tu. Yeke? kdg2 "my-sayang ni suka menyakat. Tak caya lah aku. Tp rase berdenyut sakit kejap la mase darah aku tu kena "sedut".



Prosedur ketiga - Buat bayaran & tunggu result kuar (2.30ptg):
  • Lps kena cucuk, g kaunter balik buat bayaran sebanyak RM45.60 SAHAJA. Ktorg mmg dah bajet dlm RM50. Dah nama pun buat kat hospital swasta, mesti la kena caj lebih.
  • Katanya result akan kuar dlm masa 2jam. Kol 2.30ptg siap. Hrmmm... tgk jam dah pukul 12tghari. Ktorg trus out.. xkan nak tunggu kan... Terus pegi cari makanan. Lapaaaarrrrrr!!!

*cuba korang tgk staff klinik tgh buat ape kat kaunter? yezza! berborak berjemaah beramai2!

Prosedur keempat - Kena cop & sign utk pengesahan kat KK Kerajaan. (Menyampah!)
  • Dlm kol 3 lbh mcm tu ktorg sampai KK Kerajaan Salak. Nak mintak cop & sign utk pengesahan dah buat HIV test. Igtkan cepatlah kan... rupa2nya nak amik cop ngn sign pun remeh jugakkkkkk kat klinik kerajaan nih. Kenapa laahhhhh!!!! Kenapa lahhhhh!!!!... KENAPALAH SUKA MERUMITKAN PERKARA YANG TAK RUMIT?... nak tau cte? meh sini aku cte... baca elok2 dan kusyuk serta penuh tawaduk... hahaha!!!

Situasinya begini utk mendapatkan
"secoek sign & secoek cop"
  • Kena pegi kaunter pendaftaran bg maklumat diri (tunjuk I/C) dan dpt nombor giliran. 
  • Kena pegi kaunter 2 utk amik borang & isi borang. (Time ni aku dah hangin. Amik borang pun kena g kaunter lain?)
  • Kena pegi kaunter/bilik lain utk hantar borang & ambil cop pengesahan HIV test. (Masa ni aku dah sokseksoksek kat "my-sayang". Dia senyum suh aku dediam sabar. Hahaha!)
  • kena pegi kaunter 1 hantar form yg dah cop utk ditandatangani pegawai kesihatan pulak.  Staff suh tggu kejap. (Lama la gak tunggu nak mntk sign. Masa ni dah konpius, nombor giliran yg ktorg pegang tu nak buat ape?)
  • Akhirnya dlm kol 4ptg kami dapat cop & pengesahan. Amik masa 1jam????!!! WTH?!!! (Masa ni no giliran salah sorang staff mntk balik. Aku dah gelak2 besar dah time tu... BUAT APE SUH AMIK NO. GILIRAN KALO TAK GUNAAAAAAA??????)

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah... Akhirnya. Hihi

      Kin ade baca blog b2b (silent reader...) Cian diorg, ade yg tak siap lg wlpun dh buat awal. Ade kena tggu sampai sebulan. Ade setengah negeri takleh buat kat klinik swasta... Hrmm. Benda mudah di rumitkan. Kwn kin kate, dia buat lawak, kawin tangkap basah senang. Tangkap trus kawin... Xyah nak dokumen itu ini. Hahaha! Dia bengang sbb prosedur kawin kat malaysia ni cam nak nyusahkan org terutama gomen. Tp tak semua kot... Sesetengah negeri. Mcm kin masalah ngn KK je la setakat ni... Gomen... Oh! Gomen... Haha.

      Delete

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...