Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"Love needs giving and receiving, Love means believing in someone, in something,
Love is being together, struggling through bad time or rejoicing in the good.
Love is always forgiving and never selfish.
Love needs commitment, to grow in search of happiness and life's fulfilment together.
Love is a constant journey to understand what each other need.
LOVE TAKES TIME..."

Monday, 2 April 2012

B2B TASK [8]: D.I.Y - BUNGA TELUR & BUNGA DULANG (DIP)

***Ni aku buat sendiri. Lawa tak? :p

***Ni pun aku buat sendiri. :)

Alhamdulillah... Syukur kpd Allah aku diberi "skill lebih" bab2 handicraft ni. Dah mak aku tokey kedai kraf perkahwinan... malu la kalo anak sindri xreti buat. Tol tak?...

Hari Sabtu lps mak aku buat kelas gubahan bunga dip. So aku pun join skali. Memang wajib kena joined pun. Kan aku ni PA, Manager, SA & Kuli tehormat kat EMAMIN ENTERPRISE. Kalo korang nak tgk pics leh klik kat sini. ----> KELAS GUBAHAN BUNGA DIP 2012

Sunday, 1 April 2012

B2B TASK [7]: KAIN NIKAH @ JAKEL SHAH ALAM

Assalammualaikum... :)

Dah lama xupdate blog. Cam biasa. Sibuk... Hehe. Harini tghari td gi shopping kain nikah kat JAKEL SHAH ALAM. Ingatkan g awal tghari xramai org... Huuuuuuuuuuu!!! sgt "meriah" okaayyy. Ade org lg awal drp kami. Owh, "Kami" itu ialah aku, "my-sayang" ngn my PA iaitu my elder sister. Hehehe...

Sampai2 sana trus naik tingkat 3. Sampai je dah kena sapa ngn SA. Biasalah.. mereka kan peramah. :P Aku trus ckp, "nak cari kain satin n lace for nikah pakej bajet below RM300". Hehe... senang kan camtu? ckp direct. Terus SA tu carik material mengikut bajet aku. 

Aku xnak beli border patch lace psl harga mahal sket n nak guna byk. So, beli la pakej full lace. Pastu nnt suh tailor aku potong2. Jimat dan dpt byk. Owhh ye... beli kain net for veil skali. Ni link design: baju nikah yg aku berkenan. Nak buat camni. Tapi ade sket nak tambah2 3D roses dgn beads or pearls. :)

Nak tau brp harga aku shopping td kat JAKEL?

PAKEJ
Lace 2.5mtr (1panel)
Satin 4mtr + satin utk baju melayu 4.5mtr
Kain net (for veil)
JUMLAH: RM370


***Terlebih RM70 je. Xpe, janji puas hati. "my-sayang" pun kate okay. Tak kisah. :)

B2B TASK [6]: UJIAN HIV (JAIS - BAHAGIAN NEGERI SELANGOR)


UPDATED! TAK JADI BUAT UJIAN HIV 10HB APRIL 2012. BARU DPT TAU TEMPOH HANYA UTK
6 BULAN SAHAJA.
====================================================================

UPDATED! Kami dah buat appointment. InsyaAllah nextweek 10hb April kami pegi
ujian HIV dekat KK Kelana Jaya. :)
====================================================================
Semalam mlm diskusi ngn "my-sayang"... InsyaAllah, awal bln depan kami akan pegi Klinik Kesihatan Kelana Jaya nak buat ujian HIV. Tarikh tak sure lagi, sbb ktorg kena apply cuti dulu. Kat bawah ni sedikit info mengenai Ujian HIV (JAIS- Bahagian Negeri Selangor).

INDIVIDU YANG PERLU MENJALANI UJIAN HIV
1. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin di Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

2. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin Negeri Selangor Tetapi Ingin Berkahwin Di Luar Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

3. Pengecualian akan diberikan kepada individu yang telah menjalani ujian tersebut di Negeri, Johor, Melaka dan Pahang, dengan syarat individu tersebut perlu mengemukakan laporan ujian tersebut.

4. Pasangan Yang Ingin Mendaftarkan Perkahwinan Setelah Berkahwin di Luar Negeri.
(Permohonan Mendaftar Perkahwinan Sek 31,33,40 (2) dan 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

Sekiranya salah seorang pasangan berasal dari negeri selain daripada Negeri Selangor, Johor, Melaka dan Pahang, maka individu tersebut akan diberi pilihan seperti berikut :

i. Pemohon hadir ke Negeri Selangor untuk menjalani ujian tersebut seperti biasa, atau ;

ii. Pemohon mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Negeri Selangor dan membuat ujian tersebut di Klinik Kesihatan Kerajaan di negeri mereka dengan menanggung segala kos yang telah ditetapkan oleh pihak klinik.

*** Pemohon boleh mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan seluruh Selangor.

Bagi maklumat lebih lanjut, sila klik link dibawah ini:-

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Solemnization - #SEXYBLACKYELLOW

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK

Theme Reception: #SWEETTIFFANYBLUEBABYPINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...